Berbisnes Dengan MLM

Semua orang nak berjaya bukan?… Tapi banyak jenis kejayaan yang boleh kita kecapi. Tapi bagi saya, saya mahukan sesuatu yang luar biasa kepada orang yang biasa seperti saya… Hmmm… Pelik? Macam mana?… Kini saya dalam mengejar kerjaya saya selain dari belajar, saya mencari sedikit cebisan ilmu perniagaan yang boleh berkongsi dengan orang lain. Mungkin ramai orang pernah dengar Multilevel Marketing atau Network Marketing, dan ada juga yang tidak pernah dengar langsung tentang hal ini. Tapi pada saya, antara Modern Solutions kepada Modern Problems adalah datang dari perniagaan MLM ini.

Kenapa saya menyatakan begitu adalah kerana, Modern Problems yang dialami oleh masyarakat Malaysia ini adalah lebih kepada masalah KEWANGAN. Masalah ini adalah ibu kepada masalah yang lain. Bukan saya mengatakan kita perlu kepada hati metrialistik, tetapi itulah hakikatnya sekarang. Mengikut satu kajian di U.S, keseluruhan wang simpanan EPF (KWSP) di negara itu telah habis digunakan oleh penduduk U.S yang pencen hanya selama 3 tahun sahaja selepas mereka pencen, dan oleh sebab demikian, ramai pesara terpaksa bekerj semula untuk mendapatkan sumber kewangan mereka. Malah hal ini telah pun berlaku di negara kita Malaysia, KWSP hanya boleh bertahan selama 3-4 tahun sahaja dan ramai pesara yang terpaksa bekerja semula untuk menyara keluarga.

Dalam beberapa bulan ini, saya sudah pun mula untuk melihat realiti negara kita yang semakin hari semakin maju, dan kemajuan ini kadang-kadang menyusahkan rakyatnya sendiri. Dengan kenaikan harga, sedikit sebanyak telah memberikan implikasi yang besar kepada mereka yang makan sekadar cukup. Gaji RM 1800 sebulan tidak dapat mejanjikan apa-apa jaminan kepada kita, kerana semakin hari gaji yang kita banggakan itu telah menjadi kecut dan mengecil… tiada apa yang tinggal pada mereka yang bekerja sehari suntuk, meninggalkan anak-anak, keluarga dengan hanya mencari kesenangan yang tidak berbaloi.

Akan tetapi bukan tiada jalan penyelesaiannya, ada…. salah satunya ialah melakukan perniagaan MLM. Banyak MLM dalam Malaysia yang telah beroperasi. Dan pelbagai produk dan pelan pemasaran yang telah diwacanakan bagi memberikan kesenangan kepada para ahlinya. Salah satu yang saya ingin kongsikan dengan anda ialah SHAKLEE yang akan menyambut tarikh lahirnya yang ke-50 tahun hadapan. Satu syarikat yang mendedikasikan keupayaannya untuk memberi kebebasan kepada kesihatan dan juga kebebasan kepada kewangan kita. Syarikat yang telah menghabiskan hampir RM 960 juta untuk Research & Development terhadap produknya dan melakukan ujian klinikal terhadap semua produknya dan sehingga 176 kali ujian terhadapat bahan mentah dan 262 kali ujian terhadap produk yang telah siap bagi memastikan produk yang dikeluarkannya itu berkesan. Semua ada pada Shaklee… Insyaallah.

Posted on Jun 23, 2005, in Bebas, Isu Semasa, Mari Berniaga. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: