Arkib untuk kategori 'Islam'

12
Nov
09

Al-Falah VS. Tak Apalah!

Dalam aku belajar dan mengajar mengenai perancangan kewangan Islam kepada rakan dan kenalan, masih lagi ada yang lari dan memberikan alasan-alasan yang hebat tapi habat. Bukannya aku meminta wang atau pertolongan, tetapi aku meminta mereka mendengar dan mengambil iktibar dari apa yang aku ingin sampaikan.

Pasti anda setuju bahawa wang bukan segalanya, dan sesungguhnya wang bukan penentu kepada kebagiaan, tetapi kenapa Allah S.W.T banyak menyebut mengenai zakat dan sedeqah dalam Al-Quran?. Menurut Shiekh Yusof Al-Qardhawi, terdapat 27 ayat-ayat dalam Al-Quran menceritakan bahawa zakat itu penting selepas solat. Malah sistem kiraan faraid juga diceritakan oleh Allah S.W.T dalam Al-Quran, tetapi tidak diceritakan pula cara-cara menunaikan solat di dalam Al-Quran. Persoalannya sekarang ini adakah wang itu penting?

Malangnya kita orang Melayu yang menganut agama Islam tidak mempraktikkan dan memandang enteng mengenai soal wang, baik semasa hidup ataupun sesudah mati. Kata orang, harta tak boleh di bawa mati. Tapi kata aku bahawa harta itu boleh di bawa mati. Malah harta itu juga akan membantu kita di alam kubur kelak. Masakan Hadis Rasulullah menyatakan bahawa apabila kita mati, terputus perkara dunia kecuali 3 perkara iaitu:
1. Harta yang disedeqahkan ke jalan Allah
2. Ilmu yang bermanfaat
3. Doa anak yang soleh

Jadi? Apa alasan kita kali ini bagi membincang perancangan kewangan untuk masa hadapan?

Biasanya dikalangan kita, apabila datangnya wakil takaful, wakil unit amanah atau perunding kewangan, meraka akan bertempiaran lari. Alasan yang biasa kita dengar ialah “Tak apalah, aku tak ada duit lagi“, “Tak apalah, nantilah“, “Tak apalah, nanti bincang dengan isteri dulu“, “Tak apalah itu“, “Tak apalah ini“. Apa yang mahu ditakutkan. Apa yang mereka (wakil-wakil) ini ingin buat adalah untuk kebaikan kita.

Di mana Al-Falah yang kita mahu selama ini?

Dalam aku menjadi perancang kewangan Islam, apa yang aku tekankan ialah keadaan kewangan (financial condition) kita pada masa hadapan, sesudah mati dan juga bekalan untuk keluarga jika kita mati awal. Mungkin persoalan ini boleh membuka minta kita untuk menyedarkan kita apa yang kita kadang-kadang tertinggal:

APA YANG KITA TINGGALKAN UNTUK KELUARGA KITA JIKA KITA MATI ESOK?

WANG atau HUTANG

Aku sendiri juga pernah menyoal diri aku perkara yang sama. Takut dan sedih juga ada, malah lebih malang lagi, kita hanya mengetahui tarikh lahir kita, tetapi tidak mengetahui tarikh mati kita?. Masih lagikah perancangan kewangan tidak penting? Dan yang paling ironi ialah apabila kita memandang sebelah mata mengenai wang sedangkan kita hari-hari bekerja awal pagi balik petang kerana inginkan wang. Tidakkah itu sesuatu perkara yang ganjil?

Apa yang aku jelaskan di sini bukanlah sesuatu yang baru. Perkara ini telah lama diperkatakan, sediakan payung sebelum hujan, bukannya lari dari hujan kerana hujan itu rahmat dan berkat yang perlu kita ambil.

06
Nov
09

3gp Qunut: Lawak, Persenda atau Nasihat?

Pernah dapat klip 3gp tentang seorang mamat yang disuruh jadi imam solat subuh, tapi tak tahu baca doa qunut. Kawan si mamat tersebut mengajar doa qunut ada 2 jenis, iaitu qunut panjang dan qunut pendek. Qunut panjang dibaca “Qunuuuuuuuuuuuttt“, manakala qunut pendek dibaca “qunut!“. Maka terbahak-bahaklah kita ketawa kerana dek kejahilan dua mamat yang cetek ilmu agama ini.

Sebenarnya klip 3gp tu menayangkan banyak lagi adegan-adegan cetek ilmu agama dari dua mamat tersebut. Cuma yang penting yang aku mahu tekankan di sini ialah, adakah klip-klip 3gp seperti ini sebagai bahan lawak atau satu persendaan kepada orang Islam atau nasihat supaya kita dilengkapi dengan ilmu agama yang cukup?.

Memang banyak klip-klip seperti ini, tak susah nak cari, pergi YouTube pun boleh jumpa. Tapi adakah kita sedar dengan kemungkinan ini seperti mempersenda kita sebagai umat Islam. Tapi dilihat dari perspektif yang lain, ia menunjukkan dan menasihat kita umat Islam supaya tidak lupa akan agama.

Tetapi… perlukah cari ini digunakan. Dari nasihat menjadi bahan jenaka yang di “foward” melalui bluetooth dan terus di”upload” ke YouTube untuk tontonan umum tanpa mengira agama, bangsa dan negara.

Apakah pandangan penganut agama yang lain apabila melihat klip-klip ini?

Mungkinkah kita perlu melihat ini dari sudut yang positif? Tapi manakah sudut positif, dan yang manakah sudut negatif itu?

Mungkin hanya kita sendiri yang perlu tapis dan mengkaji apa yang terbaik untuk kita.

18
Okt
09

Indonesia Yang Mengancam

Aku memang tak ada masalah dengan warga Indonesia. Malah kedai aku pun ada pekerja Indonesia yang aku ambil. Tapi aku tak puji semuanya, kerana mereka pun manusia biasa yang ada malas dan ada yang rajin. Ada yang baik dan ada yang jahat. Ada yang boleh diharap dan ada yang langsung tak boleh diharap.

Ancaman dari mereka di sana (Indonesia) yang mahu ganyang Malaysia menyebabkan aku terasa mahu saja buang semua pekerja Indonesia di tempat aku. Tapi disebabkan atas rasa belas kasihan dan hubungan sesama Islam menghalang aku bertindak melulu. Masih lagi ada hati budi dan perasaan baik sangka.

Apa yang mereka bising-bising mahu ganyang Malaysia? Apa yang marah-marah dangan Malaysia? Jaga negara sendiri dahulu dan lihat sekeliling jurang rakyat yang kaya dan yang miskin terlalu jauh. Jangan jadi batu api. Bantu yang susah, biar sama-sama jadi senang. Inikan tidak, kerjanya nak bergaduh je.

Aku ada terbaca satu artikel dari satu blog. Artikel ini adalah khutbah Jumaat mengenai malapetaka yang menimpa Padang dan Jambi Sumatera, Indonesia. Mungkin warga Indonesia yang berada di Malaysia dan juga yang berada di negaranya sendiri sekarang ini perlu baca dan ambil ia sebagai iktibar. Satu peringatan dari Allah Ta’ala untuk hambaNya yang derhaka, jangan nak gaduh dengan negara lain. Jaga perihal negara sendiri dahulu.

Khutbah ini adalah khutbah kedua, khutbah penuh boleh baca di sini.

Gempa bumi yang berlaku di Padang dan Jambi Sumatera pada 30 september dan 1 oktober baru-baru ini cukup memilukan. Kemusnahan dan kebinasaan akibat gempa bumi yang dahsyat ini sukar untuk dianggar  Musnah harta benda dan binasa segala nyawa. Namun peristiwa sedemikian tidaklah berlaku secara spontan atau hanya fenomena alam sebagaimana yang sering diungkapkan oleh mereka yang tidak beriman kepada Qadha’ dan Qadar Allah swt .

Al Quran [wahyu Allah swt] telah menegaskan beberapa peringatan yang boleh di dapati dalam banyak surah dan ayat guna membimbing ummat manusia agar beriman, bertaqwa dan mengabdikan diri kepada Allah swt. Antara yang menarik sekaligus membuktikan mukjizat al Quran ialah keselarasan ayat quran dengan peristiwa gempa bumi di Padang Sumatera. Gempa bumi yang berlaku di Padang pada 30 september tempohari ialah tepat jam 5.16 pm [atau jam 17:16] dan gegaran kedua berlaku pada jam 5.58 pm [atau jam 17:58]  Sementara esoknya [1 Oktober] jam 8.52 am berlaku gegaran susulan di Jambi .

Apabila kita laraskan masa berlaku gempa bumi dengan surah dan ayat al quran, kita akan temui persamaannya seperti berikut. [Jam 17:16 = Surah ke 17 ayat ke 16] [Jam 17:58 = Surah ke 17 ayat ke 58] [ Jam 8:52 = Surah ke 8 ayat ke 52]

Secara indeksnya surah ke 17 ialah surah al Israa’ sementara surah ke 8 ialah surah al Anfaal .

و إذا أردنا أن نهلك قرية أمرنا مترفيها ففسقوا فيها فحق عليها القول فدمرناها تدميرا

17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya

و إن من قرية إلا نحن مهلكوها قبل يوم القيامة إو معذبوها عذابا شديدا كان ذلك في الكتاب مسطورا

17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz)

كدأب آل فرعون و الذين من قبلهم كفروا بأيات الله فأخذهم الله بذنوبهم إن الله قوي شديد العقاب

8.52 (QS. Al Anfaal: 52): “(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya

Ayat – ayat di atas jelas menunjukkan azab dan musibah yang Allah swt timpakan ke atas sesebuah negara atau negeri lantaran penghuninya derhaka kepada Allah swt. Ia boleh berlaku dan telah berlaku di hadapan mata kepala kita biarpun jauh di negara orang untuk menjadi iktibar buat seluruh ummat manusia. Ayat – ayat Allah ini merupakan sistem amaran awal yang perlu diambil perhatian oleh seluruh ummat manusia supaya menjauhi segala perbuatan mungkar dan maksiat yang dimurkai oleh Allah swt. Hari ini mungkin Indonesia, tetapi tidak mustahil ia boleh berlaku di negara kita Malaysia pula pada bila – bila [wali'yazubillah] jika maksiat dan mungkar makin membarah .

Maka mimbar jumaat hari ini menyeru seluruh rakyat negara ini khususnya negeri pahang agar kembali kepada Islam sekaligus meninggalkan maksiat dan mungkar [zina, pergaulan bebas, pendedahan aurat, judi, arak, rogol, rompak, samun, rasuah, salah guna kuasa, zalim dan 1001 perkara mungkar] agar seluruh rakyat dan negara di berkati dan dirahmati oleh Allah swt.

04
Jun
09

Bercerai Kita Roboh!

UMNO masih lagi menanti di Penanti, walau apa jua ulasan dan alasan kekalahan mereka di Penanti bukanlah satu kejutan. Kejutan kepada kejatuhan UMNO baru sahaja bermula.

Mungkin orang Terengganu perlu belajar dengan orang Kelantan mengenai pemilihan bagi mewakili suara mereka. Manek Urai akan menjadi medan perjuangan kali ke-7 selepas PRU ke-12 yang sudah. Bagi UMNO, desakan perubahan suara rakyat menjadi trauma yang memakan diri.

Tragedi tersungkurnya Stadium Sultan Mizan menyembah bumi akan menjadi agenda “fresh” untuk PAS di Manek Urai. PAS bagai orang yang mengantuk disorongkan bantal, bagai kucing buta terlanggar bangkai tikus diwaktu malam, bagai rezeki yang datang bergolek dengan tragedi ini diwaktu UMNO sedang berpeluh darah untuk tidur malam di rumah pengundi dan menoreh batang getah untuk memancing undi. Apa pula alasan UMNO kali ini?

Mungkin kecelaruan kepimpinan UMNO di Terengganu dengan dua kumpulan – kumpulan Ahmad Said dan kumpulan Idris Jusoh – menjadi klu tragedi ini. Umur stadium baru sahaja setahun, tapi kecelakaannya seperti sudah berumur 100 tahun!. Sudah tentu masa pembikinan stadium ini sebenarnya dibawah kepimpinan Idris Jusoh. Ahmad Said baru sahaja pegang MB setahun lebih. Siapa yang makan lebih ni? Patrick Lim kot?.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya, percayalah. Hikmah yang jelas ialah membuka peluang besar bagi PAS di pentas kubunya di Kelantan untuk mempertahankan kerusinya. Ini isu besar. RM 300 juta duit rakyat sudah roboh!. Apa yang terjadi ini perlu UMNO fikir berkali-kali, berfikirlah secara rasional, secara realistik, secara statistik, secara sedar!… adakah ini waktu sesuai untuk meletakkan calon untuk melawan PAS di sana?

Mungkin aku lebih menyukai perkataan “provokasi” dalam artikel ini. Dalam hati memang mahu melihat kekalahan UMNO, tetapi takut terjatuhnya ‘takbur’ diatas diri. Nau’ Zubillah. Apa yang penting, rekod PAS di Manek Urai perlu dipertahankan. Rekod UMNO mungkin bercalar-balar sudah, tak perlu nak diperkatakan lagi.

Muktamar PAS akan bermula esok di Shah Alam. Isu kepimpinan antara professional dan ulama’ perlu diperjelaskan untuk ahli mereka. Kedua-duanya penting bagi pembangunan parti itu sendiri. Bagi aku ulama’ itu adalah professional. Tak perlu dipersoalkan lagi. Dan sudah menjadi trademark PAS bagi “Dibawah Kepimpinan Ulama” menjadi teras kepimpinan mereka. Tetapi professional juga amat penting untuk pembangunan duniawi ini. PAS bukan lagi parti lebai dan serban, PAS kini adalah wadah kepimpinan dan kepercayaan rakyat Malaysia untuk keadilan dan keimanan yang tiada pada UMNO.

Oleh itu, bersatulah demi Islam dan rakyat, jangan jadi seperti stadium tadi, baru setahun tersergam indah hingga lupa diri akhirnya tersembam ke bumi kerana lalai. Ingat!, rakyat lihat apa yang PAS buat, apatah lagi Allah S.W.T yang Maha Melihat apa yang pemimpin PAS buat. Jangan jadi seperti UMNO, mungkin inilah istidraj oleh Allah S.W.T sebagai bala kepada mereka. Wallahu ‘Alam.

03
Feb
09

Alkisah Antara Polis Palestin Dan Polis Malaysia

Alkisah bermula 3 – 4 minggu yang sudah di bumi Gaza, Palestin diganyang Israel Zionis. Ramai yang syahid, arwah, cedera parah dan ramai juga yang mati katak. Maka tersahutlah satu NGO dari Malaysia untuk menghulurkan bantuan ke sana. Selama seminggu berada disana, maka mereka pun pulang ke bumi Malaysia dengan membawa pegkhabaran dari sana.

Pada satu malam yang hening, terdengar ceramah hebat di surau berhampiran. Rupa-rupanya sang pengembara wakil dari NGO ke Gaza sedang bercerita tentang pengalamannya di sana.

Sang pengembara bercerita dengan sepenuh hati. Kekadang naik bulu roma, kekadang terasa mahu menangis membayangkan cerita sang pengembara. Sedih. Kasihan. Syukur. Doa. Itu sahaja yang mampu para jemaah lakukan.

Sang pengembara membuat perbandingan antara umat Islam di Malaysia dan di Palestin. Katanya:

Polis di Palestin mati dibunuh semasa solat, tetapi polis di Malaysia tak solat pun….. tapi tak semua…

Begitulah bunyinya.

Selesai solat Isya’. Semasa kudapan ringan. Seorang pak cik bersuara, “Dia ni (sang pengembara) mesti orang PAS. Tak suka la cara dia cakap pasal polis tu“.

Sambung seorang lagi pak cik, “Betul. Macam tu ke nak bagi ceramah kat orang. Memang orang PAS tu“.

Sampuk seorang pak cik yang lain, “Apa la korang ni, dalam banyak-banyak benda yang dia cakap, itu juga yang korang ingat. Betul apa cakap dia. Memang la polis Malaysia tak solat. Takkan polis Cina dan India pun solat. Korang je yang serkap jarang. Terus tuduh orang tu PAS la, itu la, ini la. Kot kalau dia PAS pun bukan dosa pun dia sokong“.

Dalam hati aku, “Power la pak cik, gua selute lu la beb… hahahaha“.

p/s: Asal ceramah kutuk kerajaan aje tuduh PAS. Asal PAS buat ceramah aje tuduh kutuk kerajaan. Kalau PAS buat solat hajat minta bantuan dari Allah, korang nak tuduh apa pulak?

16
Jan
09

Islam: Harapan Untuk Bersatu

Lihat sahaja di Gaza, Palestin. Sesekali aku terasa kuat untuk menjadi mujahidin disana. Mahu sahaja aku acukan senjata menembak tentera Israel tanpa belas kasihan, tanpa perasaan dengan hati yang kering sehingga berkecai tubuh badan sehingga ibu mereka pun tak kenal anak sendiri.

Kebencian memuncak apabila melihat anak-anak kecil yang tak bersalah menjadi mangsa. Alasan tentera Israel mudah, “Mahu memusnahkan Hamas“. Tetapi kenapa anak kecil, wanita, orang tua dan mereka yang sakit menjadi mangsa?. Apa salah mereka?.

Laungan boikot Israel sudah mula bergema. Aku mula melihat apa yang ada kaitan dengan produk Amerika-Israel akan aku hentikan pembeliannya.

Biarlah anak aku memakai lampin pakai buang murah daripada memakai Huggies.

Biarlah aku makan burger tepi jalan daripada membeli di McDonalds.

Biarlah isteri aku meneguk air kopi dari minum Cola-cola.

Walaupun ada keinginan untuk membelinya, tetapi berkorban untuk Islam lebih besar ganjarannya.

Apa yang tinggal kini adalah perjuangan memperjuangkan Islam itu sendiri. Jikalau Israel boleh serang Gaza. Kita disini pun boleh serang Israel dengan kekuatan ummah. Yang perlu ialah bersatu.

Bersatu untuk Islam, bukan untuk diri sendiri, harta, pangkat, parti dan lain-lain lagi. Tetapi ada juga yang bengong tahap Israel Tahi yang menolak hukum Islam.

Rujuk tulisan aku sebelum ini (klik disini dan disini). Islam dijadikan modal untuk tarik undi orang Melayu tetapi hudud dijadikan modal untuk takutkan orang Cina dan India dari sokong parti yang perjuangkan Islam.

Si Sengal Karpal Singh pula sibuk bising pasal hudud. Hudud tu bukan untuk kamu. Hanya untuk orang Islam. Apa yang kamu sibuk sangat nak jaga agama kami. Kami perjuangkan sebab itu suruhan agama kami. Anu kamu pun tak potong, tapi ada hati nak buat kacau. Kalau nak bising kasi potong itu anu baru boleh. Porah chit!

Apa yang ditulis KNB (klik disini) dalam blog beliau tentang rayuan pada para ulama’ untuk perjelaskan isu ini memang aku sokong. Aku juga merayu pada Ustaz, Ustazah, Ulama’ yang memahami isu ini untuk memberikan kerjasama dalam menerangkannya kepada rakyat Malaysia.

Sudahlah Islam itu telah dikotorkan oleh Amerika, Israel, UMNO, Najib Tun Razak, Karpal Singh. Datu dunia lihat Islam itu dengan berbagai pandangan yang negatif, maka di Malaysia ini jangan benarkan ia berlaku. Itulah harapan aku.

Hei Karpal Singh! Aku mahu baca maksud ayat surah al-Kafirun dari kitab Al-Quran kami bagi peringatan kepada kamu yang dangkal dengan agama kami:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! (bukan orang Islam). Aku tidak menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak pernah pula menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.

Nak bagi kamu faham apa yang surah ini nyatakan – kalau kamu nyatakan “Hak Asasi Manusia” sebagai agama kamu, kalau itu yang kamu ’sembah’, maka kamu ikutilah ia dan kami tidak akan kacau. Oleh itu jangan masuk campur urusan agama kami!. Hudud itu hanya untuk kami, “Hak Asasi Manusia” itu untuk kamu. Itupun tak boleh faham ka?.

07
Jan
09

Oh Palestin, Oh Kuala Terengganu

Bertali arus SMS sampai ke telefon bimbit aku. Semua meminta agar meminta baca surah Yasin, Al-Fath, Yunus dan doa untuk menghancurkan Israel dan sekutunya dari membuat onak di tanah Palestin.

Aku tak berdaya untuk pergi ke sana dan berjuang seperti mujahidin di sana. Apa yang aku mampu ialah hanya berdoa dan berharap agar Allah menolong mereka.

Ya ALLAH selamatkanlah agama-Mu, hanya engkau yang Maha Berkuasa!!!

Lain pula di Malaysia, orang diluar mengerah tenaga mempertahankan agama, tetapi disini mempersoalkan kenapa mahu agama, kenapa mahu hudud, kenapa mahu qisas, kenapa mahu PAS!

Ini bukan soal PAS atau UMNO, tapi yang nampak hanya PAS yang memperjuangkan Islam.

UMNO hanya menggunakan Islam sebagai alat untuk tarik undi. Umum Malaysia sebagai Negara Islam tetapi undang-undang tertinggi masih lagi berteraskan Common Law dari Barat. Apa ini semua!!!

Dengarlah rintihan mereka di Palestin, anak kecil hilang ibu, suami hilang isteri, ibu hilang anak, semua hilang dek keganasan syaitan Israel. Kenapa mahu ‘mainkan’ Islam. Kalau berani buat betul-betul. Barulah anak jantan!

Semoga mujahidin disana terus berjuang untuk Islam dan teruskan kita berdoa dan memberi bantuan kepada mereka.

TAKBIR!!!!




Bebaskan Palestin!

Ini adalah blog 3K - Kaji, Kritik, Kantoi. Blog ini hanya dipunyai oleh Kipp dan dia berhak menulis apa-apa mengikut kesukaan akal, hati, emosi dan kepala otaknya sendiri. Ruang lingkup tulisannya adalah berunsur apa-apa saja yang melibatkan hal-hal duniawi dan ukhrawi. Dan juga terbuka pada sesiapa yang nak komen, kritik atau apa-apa sahaja di atas tulisan oleh Kipp... selamat membaca!!!


E-mail Kipp ke:

kipptriplek@yahoo.com


Pemberitahuan:

Untuk aktiviti "menconteng", anda bolehlah ke halaman profil kipp dan "menconteng" dibahagian komen tersebut, atau klik sahaja di bawah ini.

klik disini

 

November 2009
I S R K J S A
« Okt    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Kategori Artikel

Arkib Artikel

Foto Flickr Kipp

BN gila 21

BN gila 20

BN gila 19

BN gila 18

BN gila 17

More Photos

Statistik Pelawat Blog 3K

  • 28,657 kali dilawati

Apa?!

Komen Spam Yang Ditahan