Arkib untuk kategori 'Hiburan'

25
Jun
08

TV3: Sudah-Sudahlah Tu…

Bila tengok TV3 ni, kadang-kadang tu rasa naik angin juga. Nak tukar TV lain tak clear (ye la, sebab tak guna Astro. Guna TV gelombang UHF, V-L, V-H aje yang mampu). Nak tak nak, tercegat juga la depan TV3 yang “hebat” itu.

Rasa hampa dengan media ini yang masih lagi berat sebelah dalam menyampaikan informasi kepada rakyat Malaysia ini. Baik dalam hal ekonomi, sosial, politik dan hiburan, semuanya dah naik menyampah. Entah apa yang si pengurus fikirkan untuk menjaga imej TV3. Aku boleh tengok dengan rancangan mereka, tapi untuk menerima - I don’t think so!.

Dalam berita, penyampaian yang berat sebelah terlalu nyata. Negeri yang diperintah PR dijadikan agenda utama dalam berita, kebanyakan berita yang kurang sedap didengar. Hal sebenar tak disiarkan. Hanya didengar dari mulut wartawan mereka sahaja. Cerita sebenar dari mulut pihak yang berkuasa di negeri-negeri tersebut macam tak wujud. Nak harapkan mereka siarkan berita baik tentang PR – jauh sekalilah!, tak payah nak berharap, nanti kecewa. Kalau ada pun berita dah diputarbelitkan.

Dalam rancangan hiburan juga begitu - rancangan main tangkap muat. Tak nampak sangat nilai tambahan (value added) yang boleh dinilai dalam rancangan tersebut. Lebih-lebih lagi rancangan realiti TV yang…. syok sendiri – tak tahu nak letak perkataan apa, itu sahajalah yang terlintas kat kepala otak aku ini.  

Tak semua yang hampeh. Ada yang baik. Tapi yang hampeh tu banyak dari yang bagus…

18
Jun
08

Peraduan 100 Days 100 Cars Haram

Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan pertandingan  100 Days 100 Cars dari Celcom adalah HARAM.

Diputuskan oleh Majlis Fatwa, ia adalah kerana berunsurkan pembaziran.

Mungkin undi untuk Akademi Fantasia, Gengstarz, One In A Million, So You Think You Can Dance dan lain-lain lagi program realiti TV yang menggunakan undi SMS pun kena ambil tindakan juga kerana ianya mempunyai unsur pembaziran dan ditambah lagi dengan pengundi terbanyak mendapat hadiah mingguan.

Secara konsep, ianya sama dengan peraduan Celcom itu.

Mungkin itu “badi” warna BIRU, BIRU, BIRU…. huhuhuhu

24
Mei
08

Akedemi Fantasia: Apalah Kami Sebagai Siswazah….

Tiga, empat hingga lima tahun bertungkus lumus memerah otak untuk mendapatkan segulung ijazah. Dengan istiadat konvokesyen yang dihormati, graduan penuh ceria berjubah dan bertopi empat segi tersenyum dengan penerimaan sehelai kertas yang akan menentukan hidupnya selepas itu. Akan tetapi istiadat itu kini tidak dianggap sebagai satu perkara yang bernilai, ianya boleh digunapakai kepada “pelajar” yang hanya perlu belajar hanya dalam tempoh 10 atau 12 minggu untuk mendapat taraf graduan tersebut. Tidak perlu tugasan, tidak perlu kerja rumah, tidak perlu kekalkan CGPA atau GPA pada tahap “kepujian”, tidak perlu semua itu, hanya nyanyian dan undian, mereka mendapat hak yang sama dengan graduan universiti ini.

Walaupun di Akedemi Fantasia, pelajarnya juga belajar, sama dengan pelajar universiti yang belajar, tetapi tekannya lebih tinggi kerana ia melibatkan kewangan, masa, tenaga, pengetahuan yang lebih banyak berbanding dengan rancangan hiburan yang hanya menumpukan kepada keuntungan semata-mata. Secara jujurnya aku melihat (kali pertama aku melihat secara langsung final A.F iaitu A.F 6) ia sebagai memperli pelajar universiti dengan jubah dan topi empat segi ditambah pula dengan “istiadat penganugerahan” yang sama dengan konvokesyen. Ini memperlihatkan graduan universiti ini tiada yang istimewa selepas belajar tiga hingga lima tahun dengan pelajar yang belajar sepuluh atau dua belas minggu. Keistimewaan itu hilang dek populariti dan juga hiburan yang mendatangkan keuntungan.

Apalah kami sebagai siswazah jika dibandingkan dengan pelajar A.F ini. Mereka mendapat lebih banyak maafaat walaupun hanya belajar selama beberapa minggu berbanding pelajar universiti yang belajar betahun-tahun lamanya untuk mendapatkan sehelai kertas sahaja, bukan wang tunai puluh ribu ringgit, bukan apartment, bukan kereta, bukan piala, hanya segulung kertas yang dicop mohor universiti sahaja, itupun mereka (orang hiburan) nak tiru “istiadat” yang kami banggakan ini. Dan selepas ini orang hanya tersenyum bila melihat gambar graduan di hari konvokesyen sambil berkata, “Kalau setakat nak bangga dengan gambar konvokesyen, baik masuk A.F aje, dapat juga pakai jubah konvo…. tak payah buang masa“.

 

13
Apr
08

Andainya Pak Lah Pergi Dulu Sebelum UMNO

Sila nyanyikan lagu ini dengan nyanyian kumpulan Alleycats, Andainya Aku Pergi Dulu.

Andainya aku pergi dulu sebelum UMNO
Janganlah Jeanne meninggalkanku
Andainya aku tiada lagi di Seri Perdana
Janganlah Anwar jadi pengganti

Bayangkanlah masa-masa bahagia
Semasa Pilihanraya 2004
Cemerlang, Gemilang, Terbilang
Di waktu berkuasa temberang

Andainya UMNO pergi dulu sebelumku
Menantu kroni akan melarat
Andainya UMNO tiada lagi di dunia
Tentunya Melayu lebih hebat

Ku percaya UMNO suah semput
Goyang kelam kabut
Bila-bila UMNO boleh terkubur
Nasi sudah menjadi bubur

Sebelum pilihanraya rakyat dicabar
Bulan, roket dan mata bersinar
Berguguran keris jatuh terpelanting ke bumi
Rakyat meraikan kemenangan

Disini ku berjanji disaksi rembulan
Andainya ku pergi dulu
Jikalau ku pergi dulu
Ku pasti UMNO terjun sekali

Lirik lagu: Fudzail
Lagu: Alleycats
Sumber: Suara Keadilan 

02
Apr
08

PR, BN & Sudin Si Bujang Lapok

Baru semalam DS Anwar Ibrahim bersama Tuan Guru Haji Hadi Awang, Lim Kit Siang dan Wan Azizah telah bersepakat untuk menamakan “team” mereka dengan PRPakatan Rakyat bagi menggantikan Barisan Alternatif yang digunakan sebelum ini. Ya, satu langkah yang betul untuk memastikan Be End tidak lagi berada dalam zon selesa selepas hampir 51 tahun memerintah Malaysia. Satu pakatan dari hasil gabungan parti-parti yang bersifat universal dan bukan lagi bersifat perkauman seperti yang dibanggakan pihak UMNO, MCA, MIC dan lain-lain lagi yang berada dalam Barisan Nasional. Bukan senang nak gabungkan 3 buah parti yang masing-masing memperjuangkan prinsip mereka. Malah masing-masing juga mempunyai kekuatan yang tersendiri.

Dalam posting aku terdahulu (disini dan disini) ada beberapa komen dari Tanjung Malim yang menyatakan hal berkaitan Kerajaan Persekutuan yang dah menyibuk dalam pentadbiran Kerajaan Negeri. Kita baca dulu komen Tanjung Malim yang pertama:

Tanjung Malim… Mac 29, 2008 pada 10:36 pm

(The Star,Saturday March 29, 2008)

School blocks invitation to non-Barisan elected rep

WHILST we the rakyat amuse ourselves over the post-election mud slinging and airing of dirty linen in public by the political parties, here’s something else to ponder over.

We are a PTA of a national-type school and being neighbourly and courteous, we decided to invite our newly-elected member of parliament for the Segambut constituency for a function.

Being politically polite, we sought the blessings of the principal of the school. We were told point-blank that because the MP was not of Barisan lineage, neither the school nor the PTA were to even think of such a thing.

Shouldn’t schools be apolitical where the soul of democracy is being taught to the future generation? The amusement continues. What say you?

URBAN MALAYSIAN VOTER,
Kuala Lumpur.

~~~~~~~
ni apa cerita ni? nampaknya rkyt dah mentally-blocked (tmasuk yg keja federal)…
takut nak jmput ape2 je bkaitan B.Rakyat

 

Komen kedua:

Tanjung Malim… Mac 31, 2008 pada 10:01 pm

Hari ini daku terfikir.. apakah kuasa yg ada exco2 kerajaan BR.. jika d bwhnya masih lg dpegang oleh Federal.. Exco Pelajaran negeri nak buat apa… e.g. di sekolah kerajaan, nampaknya KPM dah mula keluar arahan2 baru yg x pernah wujud sebelum ni..

1. Larangan menjemput mana2 pemimpin politik.. BN @ BR (kecuali diluluskan oleh JPN/PPD)
2. Turunkan gambar MB lama (Khir Toyo / Tajol Rosli etc… tetapi tidak boleh naikkan gmbr MB baru)

dan mungkin bnyk lg ‘arahan baru’ yg akan memeningkan kepala rakyat.. d samping menafikan hak-hak exco yg d bwh kerajaan BR…

Ape ke hey ni yobb???

* boleh sape2 ‘paste’kan garis kuasa State & Federal? Bior nmpk.. jelas dan terang…

Komen ketiga:

Tanjung Malim… April 1, 2008 pada 9:41 pm

dulu mmg dah bljr.. tp dah lama dah..lupa.. (melayu mudah lupa???)
lgpun… takde pulak hal2 ini (federal list vs state list) dbangkitkan dlm tulisan2 d akhbar utama.. bior org ramai phm.. dan org atas tu takde la pulak salah amik tindakan.. demey ingat org lain xtau..
ikut suka hati demey ajer…
ni yg teman nak marah ni….

Dan aku jawab persoalan ini:

Semalam pegi beli Undang-undang Tubuh Negeri Selangor, dan beli sekali FC untuk semakan jikalau ada hal ini berkaitan antara faderal dan state. Tapi bak kata Zoyak, jikalau faderal nak buat sesuatu kat negeri, dia kena mintak izin pada kerajaan negeri itu dahulu sebab untuk melulusan sesuatu memerlukan keizinan kerajaan negeri. Tapi bab gambar MB ni masih lagi tak jumpa jalan untuk di kritikkan. Tapi secara rasionalnya, sekolah atau jabatan kerajaan faderal seperti JKR dll masih dalam pegangan faderal. Jika keluar pekeliling yang suruh buat macam tu untuk semua negeri (termasuk negeri dibawah pentadbiran BN) maka ia boleh la diterima akal. Tapi jika pekeliling itu hanya dikeluarkan untuk negeri dibawah pentadbiran PR sahaja, nampak sangat la ia double standard. Tapi ikut pandangan saya, lagi faderal buat perkara yang bukan-bukan, maka ia membuka pekung didada dorang sendiri, orang akan kata “takut dengan bayang2 mereka sendiri”. Lagi orang akan menyampah dengan BN. Pada saya lagi, ia sudah kira bagus. Tak perlu nak cari bukti yang mereka double standard, depan mata dah ada. Sebab nanti kalau kita sedarkan mereka (BN), kita yang rugi. Biarkan BN ni syok sendiri dengan perkara yang dia nak buat. Nanti boleh kita jadikan ia sebagai isu untuk jatuhkan mereka… itu cuma pandangan saya sahaja.

Tapi jika ada diantara pembaca yang ingin tambah sesuatu, ia amat dialu-alukan.

Sekarang kita saksikan sedikit hiburan dari filem P.Ramlee yang mengutuk UMNO (maaf kerana tak dapat embed klip YouTube tersebut ke dalam blog ini. Untuk tontonan, sila klik disini).

24
Mac
08

The Blog Readibility Test

Singgah melepak di blog TongkangBocor sambil menulis komen-komen membina kepada beliau. Tiba-tiba terpandang pada satu gambar “otak” di sidebar blognya yang tertulis, “THIS BLOG’S READING LEVEL: GENIUS“.

Wah!.. Tahap pendidikan untuk memahami blog si TongkangBocor ialah GENIUS!!!

Macam mana dengan tahap pendidikan yang sesuai untuk memahami blog 3K ini?. Dengan sepantas kilat, aku klik di gambar tersebut dan terus akses ke halaman web yang tertulis – THE BLOG READIBILITY TEST – What Level of Education is Requaired to Understand Your Blog?.

Dengan terkejut dan terasa lucu bahawa tahap pendidikan untuk memahami blog aku adalah:

 Genius?

Cuba juga dengan beberapa blog lain, ada yang dapat ELEMENTRY SCHOOL, COLLEGE (PostGrad), HIGH SCHOOL, JUNIOR HIGH SCHOOL dan lain-lain lagi…. hehehehe… Cubalah!!!

p/s: Posting ini hanya sekadar hiburan sahaja… huhuhuu. Terima kasih pada TongkangBocor juga.

28
Jan
08

AJL-22 Dan Faizal Tahir

Terhibur bila menonton AJL ke-22. Lagu dan persembahan yang menarik yang menaikkan bulu roma aku. Walau bagaimanapun, terasa kesian bila terkenangkan nasib si Faizal Tahir. Bukanlah minat sangat kat dia, tapi  lagu yang dia bawa tu memang layan. Dua lagunya masuk ke final AJL ke-22, dan disebabkan Angan dan Sedar membuka baju di khalayak ramai menunjukkan logo Supermen Untuk Kamu semua di dada dia, maka dia di Sembunyi. Semua orang mengecam tindakan beliau dan hilanglah Harapan untuk beraksi di pentas AJL. Dah la di gam, royalti kena tarik tambah dengan hukuman buat kerja kebajikan… aduhhh. Pedih dan letih bila dikenangkan. Maka hilang Maha Karya Cinta dan Kasih Tercipta kerana dek terlebih aksi (over acting) dia atas pentas. Habis disambar Fiq dan Bob. Kesiaannn… nak buat camne, bukan rezeki dia.

Ada juga terfikir tentang si Faizal Tahir ni, sebelum jadi naib juara OIAM dulu tu, memang dia ni orang dah kenal dalam dunia nasyid tempatan. Dan bila dia masuk realiti tv tu, macam tak percaya. Kenapa dia nak beralih arah? Mahu kejar apa? Populariti ataupun memenuhi kepuasan diri? Apa Destinasi Cinta beliau dalam dunia hiburan ini?. Dan akhirnya disebabkan sikap agak keterlaluan tu menyebabkan dia entah ke mana, yang nak kejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Maka hilanglah coretan Ceritera Cinta dia dalam dunia yang dia pilih sendiri.  

Dalam AJL ke-22, lagu dia si Fiq dan Bob nyanyi, dan langsung tak ada sebut pun pasal dia atau nama dia. Wah! memang gam habis… pantang nenek moyang!!!. Mungkin ada hikmahnya disebalik kejadian tu. Mungkin juga ia satu peringatan daripada dia dihanyut Samudera dalam dunia populariti. Dan diluar sana mungkin ada Farhana dan juga Balkis yang kecewa dengan ketiadaan Faizal Tahir di AJL ke-22. Dah takdir kata begitu, maka begitulah adanya.

Kata orang atasan dunia hiburan, “Bukan Janjiku untuk dia berada di pentas AJL yang akan datang. Kalau Dirgahayu (panjang umur) Faizal Tahir, mungkin ada la rezeki dia selepas ini“. Dan lagu yang paling sesuai untuk aku pilih untuk ditujukan khas kepada peminat Faizal Tahir - Izinkan Ku Pergi…..

p/s: Kalau setakat lelaki tunjuk dada tu tak hal la sangat, bukan aurat pun. Lagipun dada si Faizal tu bukannya seksi sampai nak kena tindakan macam tu. Yang patut kena gam tu ialah artis wanita yang remaja, muda dan tua yang patut bergelar nenek yang tayang “lurah dendam” kat orang ramai. Tu tak masuk lagi artis tangkap gambar bogel sendiri. Itu yang sepatutnya kena ambil tindakan!. Barulah adil.




Bebaskan Palestin!

Ini adalah blog 3K - Kaji, Kritik, Kantoi. Blog ini hanya dipunyai oleh Kipp dan dia berhak menulis apa-apa mengikut kesukaan akal, hati, emosi dan kepala otaknya sendiri. Ruang lingkup tulisannya adalah berunsur apa-apa saja yang melibatkan hal-hal duniawi dan ukhrawi. Dan juga terbuka pada sesiapa yang nak komen, kritik atau apa-apa sahaja di atas tulisan oleh Kipp... selamat membaca!!!


E-mail Kipp ke:

kipptriplek@yahoo.com


Pemberitahuan:

Untuk aktiviti "menconteng", anda bolehlah ke halaman profil kipp dan "menconteng" dibahagian komen tersebut, atau klik sahaja di bawah ini.

klik disini

 

November 2009
I S R K J S A
« Okt    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Kategori Artikel

Arkib Artikel

Foto Flickr Kipp

BN gila 21

BN gila 20

BN gila 19

BN gila 18

BN gila 17

More Photos

Statistik Pelawat Blog 3K

  • 28,376 kali dilawati

Apa?!