Arkib untuk kategori 'Bebas'

06
Nov
09

3gp Qunut: Lawak, Persenda atau Nasihat?

Pernah dapat klip 3gp tentang seorang mamat yang disuruh jadi imam solat subuh, tapi tak tahu baca doa qunut. Kawan si mamat tersebut mengajar doa qunut ada 2 jenis, iaitu qunut panjang dan qunut pendek. Qunut panjang dibaca “Qunuuuuuuuuuuuttt“, manakala qunut pendek dibaca “qunut!“. Maka terbahak-bahaklah kita ketawa kerana dek kejahilan dua mamat yang cetek ilmu agama ini.

Sebenarnya klip 3gp tu menayangkan banyak lagi adegan-adegan cetek ilmu agama dari dua mamat tersebut. Cuma yang penting yang aku mahu tekankan di sini ialah, adakah klip-klip 3gp seperti ini sebagai bahan lawak atau satu persendaan kepada orang Islam atau nasihat supaya kita dilengkapi dengan ilmu agama yang cukup?.

Memang banyak klip-klip seperti ini, tak susah nak cari, pergi YouTube pun boleh jumpa. Tapi adakah kita sedar dengan kemungkinan ini seperti mempersenda kita sebagai umat Islam. Tapi dilihat dari perspektif yang lain, ia menunjukkan dan menasihat kita umat Islam supaya tidak lupa akan agama.

Tetapi… perlukah cari ini digunakan. Dari nasihat menjadi bahan jenaka yang di “foward” melalui bluetooth dan terus di”upload” ke YouTube untuk tontonan umum tanpa mengira agama, bangsa dan negara.

Apakah pandangan penganut agama yang lain apabila melihat klip-klip ini?

Mungkinkah kita perlu melihat ini dari sudut yang positif? Tapi manakah sudut positif, dan yang manakah sudut negatif itu?

Mungkin hanya kita sendiri yang perlu tapis dan mengkaji apa yang terbaik untuk kita.

18
Okt
09

Indonesia Yang Mengancam

Aku memang tak ada masalah dengan warga Indonesia. Malah kedai aku pun ada pekerja Indonesia yang aku ambil. Tapi aku tak puji semuanya, kerana mereka pun manusia biasa yang ada malas dan ada yang rajin. Ada yang baik dan ada yang jahat. Ada yang boleh diharap dan ada yang langsung tak boleh diharap.

Ancaman dari mereka di sana (Indonesia) yang mahu ganyang Malaysia menyebabkan aku terasa mahu saja buang semua pekerja Indonesia di tempat aku. Tapi disebabkan atas rasa belas kasihan dan hubungan sesama Islam menghalang aku bertindak melulu. Masih lagi ada hati budi dan perasaan baik sangka.

Apa yang mereka bising-bising mahu ganyang Malaysia? Apa yang marah-marah dangan Malaysia? Jaga negara sendiri dahulu dan lihat sekeliling jurang rakyat yang kaya dan yang miskin terlalu jauh. Jangan jadi batu api. Bantu yang susah, biar sama-sama jadi senang. Inikan tidak, kerjanya nak bergaduh je.

Aku ada terbaca satu artikel dari satu blog. Artikel ini adalah khutbah Jumaat mengenai malapetaka yang menimpa Padang dan Jambi Sumatera, Indonesia. Mungkin warga Indonesia yang berada di Malaysia dan juga yang berada di negaranya sendiri sekarang ini perlu baca dan ambil ia sebagai iktibar. Satu peringatan dari Allah Ta’ala untuk hambaNya yang derhaka, jangan nak gaduh dengan negara lain. Jaga perihal negara sendiri dahulu.

Khutbah ini adalah khutbah kedua, khutbah penuh boleh baca di sini.

Gempa bumi yang berlaku di Padang dan Jambi Sumatera pada 30 september dan 1 oktober baru-baru ini cukup memilukan. Kemusnahan dan kebinasaan akibat gempa bumi yang dahsyat ini sukar untuk dianggar  Musnah harta benda dan binasa segala nyawa. Namun peristiwa sedemikian tidaklah berlaku secara spontan atau hanya fenomena alam sebagaimana yang sering diungkapkan oleh mereka yang tidak beriman kepada Qadha’ dan Qadar Allah swt .

Al Quran [wahyu Allah swt] telah menegaskan beberapa peringatan yang boleh di dapati dalam banyak surah dan ayat guna membimbing ummat manusia agar beriman, bertaqwa dan mengabdikan diri kepada Allah swt. Antara yang menarik sekaligus membuktikan mukjizat al Quran ialah keselarasan ayat quran dengan peristiwa gempa bumi di Padang Sumatera. Gempa bumi yang berlaku di Padang pada 30 september tempohari ialah tepat jam 5.16 pm [atau jam 17:16] dan gegaran kedua berlaku pada jam 5.58 pm [atau jam 17:58]  Sementara esoknya [1 Oktober] jam 8.52 am berlaku gegaran susulan di Jambi .

Apabila kita laraskan masa berlaku gempa bumi dengan surah dan ayat al quran, kita akan temui persamaannya seperti berikut. [Jam 17:16 = Surah ke 17 ayat ke 16] [Jam 17:58 = Surah ke 17 ayat ke 58] [ Jam 8:52 = Surah ke 8 ayat ke 52]

Secara indeksnya surah ke 17 ialah surah al Israa’ sementara surah ke 8 ialah surah al Anfaal .

و إذا أردنا أن نهلك قرية أمرنا مترفيها ففسقوا فيها فحق عليها القول فدمرناها تدميرا

17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya

و إن من قرية إلا نحن مهلكوها قبل يوم القيامة إو معذبوها عذابا شديدا كان ذلك في الكتاب مسطورا

17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz)

كدأب آل فرعون و الذين من قبلهم كفروا بأيات الله فأخذهم الله بذنوبهم إن الله قوي شديد العقاب

8.52 (QS. Al Anfaal: 52): “(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya

Ayat – ayat di atas jelas menunjukkan azab dan musibah yang Allah swt timpakan ke atas sesebuah negara atau negeri lantaran penghuninya derhaka kepada Allah swt. Ia boleh berlaku dan telah berlaku di hadapan mata kepala kita biarpun jauh di negara orang untuk menjadi iktibar buat seluruh ummat manusia. Ayat – ayat Allah ini merupakan sistem amaran awal yang perlu diambil perhatian oleh seluruh ummat manusia supaya menjauhi segala perbuatan mungkar dan maksiat yang dimurkai oleh Allah swt. Hari ini mungkin Indonesia, tetapi tidak mustahil ia boleh berlaku di negara kita Malaysia pula pada bila – bila [wali'yazubillah] jika maksiat dan mungkar makin membarah .

Maka mimbar jumaat hari ini menyeru seluruh rakyat negara ini khususnya negeri pahang agar kembali kepada Islam sekaligus meninggalkan maksiat dan mungkar [zina, pergaulan bebas, pendedahan aurat, judi, arak, rogol, rompak, samun, rasuah, salah guna kuasa, zalim dan 1001 perkara mungkar] agar seluruh rakyat dan negara di berkati dan dirahmati oleh Allah swt.

15
Okt
09

Dia Yang Berfikiran Negatif

“Aku buat kerja ni baru lagi. Full time. Dah tak keje lagi dah. Exam gomen pun aku tak amik”.

“Gile ape kau ni?. Exam gomen kau tak pi amik. Nanti susah baru tau. Kerja gomen lagi terjamin”.

“Apa yang susahnya. Selama ni pun hidup aku memang susah pun. Sekarang ni aku dah buat kerja ni ada juga masyuk untuk beli susu anak. Nak harapkan kerja gomen?. Lepas exam pun bukan tentu boleh lepas. Kalau lepas pun, status kontrak. Mana terjaminnya?”

“Ye la kontrak. Tapi dah keje lama dapat la status tetap. Kena la sabar. Lagipun orang lain berkejar-kejar cari kerja ngan gomen. Ko senang-senang aje buat dono. Kufur nikmat sungguh”.

“Sedap mulut ko je. Aku bukan kufur nikmat, aku nak bagi peluang kat orang lain berkerja sebab aku dah ada kerja aku sendiri. Kerja yang aku suka. Kerja yang aku minat. Nak buat ape tamak-tamak. Umur dah lanjut tapi nak lompat sana lompat sini cari kerja. Tak fokus!. Ko tau tak focus tu apa? FOCUS = Forget Other Commitment Untill Succes

“Bukan tak fokus, tapi nak cari yang selesa. Dah jumpa nanti, stay aje la situ”

“Adoyaiii… kerja apa yang selesa kat dunia ni bang oi!. Ko dah jumpe ke kerja yang selesa tu?”

“Tak lagi”

“Dah tu. Sampai bila nak mencari?. Ko pernah terpikir tak kenapa aku buat kerja sendiri?. Kalau kerja dengan orang, kita mungkin kerja gila-gila. Maksud aku pergi kerja pukul 7-8 pagi dan balik pukul 5-6 petang, kekadang terlajak sampai 9-10 malam. Tapi apa kata ko guna cara kerja yang rajin tu kepada kerja sendiri macam aku. Lepas tu baru ko tahu betapa rugi hidup ko bertahun-tahun kerana mencari-cari yang tak tentu bila boleh jumpa. Entah-entah kalau jumpa pun, masa tu umur ko dah 40 tahun… rugi bro!”

Nota:
Sembang di atas memang ada kena mengena dengan anda. Minta maaf jikalau terasa.

04
Okt
09

Kerja Dan Kerjaya

Apa maksud KERJAYA?

Adakah kita berkerja untuk berjaya, atau kerja dengan jayanya atau kerja dan seterusnya berjaya.

Kalau kerja yang kita buat itu adalah kerja yang kita tidak minat, tetapi disebabkan desakan ekonomi yang memerlukan seseorang itu mendapatkan duit melalui pekerjaan. Adakah itu boleh dikategorikan sebagai kerjaya?

Berapa ramai yang kerja pada waktu ini tetapi hatinya berbolak-balik dengan kerjanya?

Berapa ramai yang kerjanya kini tidak dapat mengaplikasikan apa yang dia belajar dahulu?

Berapa ramai yang bekerja sebagai penjawat kerajaan kerana itu sahaja yang boleh sara kehidupan mereka?

Berapa ramai yang menghabiskan wang ringgit semasa belajar dahulu tetapi hanya mengejar jawatan gomen semata-mata kerana pencen?

Banyak lagi persoalan yang timbul bila melibatkan kerja dan kerjaya.

Malah ada cerita seorang yang belajar hingga ke negara Jepun dalam bidang Kejuruteraan Elektronik, dan menjadi kebanggaan keluarganya. Balik ke Malaysia mendapat jawatan Pembantu Jurutera di syarikat multinational tetapi hanya bertahan hanya dua bulan dan berhenti kerja kerana KPLI.

Kenapa bertindak demikian? Hanya dia sahaja yang ada jawapannya.

Tetapi janganlah kerana kerja sebagai guru boleh kerja relaks, ada cuti banyak, banyak elaun, gaji tinggi dan sebagainya menjadi ukuran.

Pemikiran kerja gomen dapat menjamin hidup adalah pemikiran zaman dahulu. Kini pemikiran itu perlu ditukarkan kepada TANGGUNGJAWAB kepada rakyat. Kerja gomen perlu ketelusan dan keihklasan, jika tidak ia akan menjadi seperti apa yang terjadi sekarang -  rasuah, makan gaji buta, kerja lambat, hasad dengki, iri hati dll – walaupun tak semua begitu, tapi ia tetap ada. Tak perlu nafikan hal ini. Mungkin ia teman sepejabat anda. Mana tahu?

Kerjaya semamangnya kerja, tetapi tak semua kerja boleh jadi kerjaya. Aku memilih untuk kerja sendiri kerja itulah kerjaya aku.

22
Sep
09

Bukan Idea, Tapi Masa

Bagai dah seabad aku tak kemaskini blog usang ni. Penuh sawang, penuh dengan sarang angkut-angkut. Tak sempat nak cuci, tak sempat nak lawat pun. Apatah lagi blog orang lain, langsung tak jenguk. Bukan malas tapi masa yang kurang.

Pernah satu ketika dulu semasa aku ligat menjalankan bisnes, ramai orang yang aku jumpa untuk perbentangan proposal perniagaan selalu menjawab tak ada masa, kata mereka mungkin akan datang akan ada masa untuk berniaga. Tapi hakikat kehidupan sekarang ni, semakin usia meningkat, semakin kita sibuk dengan hal kehidupan, kerja dan tanggungjawab.  Mahu tak mahu, kita akur bahawa masa itu emas.

Aku pun begitu, tak dapat lari dari hakikat kehidupan ini. Dengan kerjaya baru aku kini, semakin banyak masa aku terpaksa luangkan untuk menganalisa, mengkaji, membaca, memerhati dan bermacam lagi untuk masa depan keluarga. Hah!… memang masa itu emas dan perak… makin lama di disimpan, semakin berharga nilainya.

Kini aku dah kekurangan masa. Harap pembaca blog aku bersabar menanti pembaharuan pada artikel-artikel aku pada masa akan datang. Insay Allah, akan datang aku mungkin akan cuba untuk luangkan masa untuk blog usang ini.

20
Jul
09

Selamat Bersara & Selamat Belajar

Terlalu banyak selamat untuk diucapkan “selamat”, tetapi mendoakan seseorang itu dikira satu ibadah. Tak apa. Ucaplah sebanyak mungkin selagi nyawa dikandung badan.

Sejak dua menjak ni, blog aku dah lama tak cerita pasal politik. Bukan malas, bukan tak tahu, bukan tak ada idea, tapi tak sempat masa nak dikejar. Terlalu pantas masa berlalu. Yang bekerja kini sudah bersara bergelar pula YB = Yang Bersara. Haha.

Kalau diikutkan, ucapan “selamat” ni sebenarnya dah basi sebab dah lama. Tapi aku tak kira, aku nak juga turut serta walaupun lambat sikit (lambat banyak sebenarnya).

SELAMAT BERSARA kepada ayahanda dan bonda selepas lebih 30 tahun mendidik anak bangsa menjadi manusia yang berilmu. Satu perkara yang amat subjektif bila mempersoalkan komitmen, kesungguhan, ketekunan, kekuatan dan berbagai “ke” lagi yang tak tercapai akal aku bila membicarakan tentang dua PENDIDIK ini.Terlalu banyak.

Ayahanda penuh dengan ilmu, pagi seawal 5 pagi awal sudah berada di kerusi sambil membaca buku. Bukunya penuh satu bilik, siap boleh bagi aku dan beberapa orang yang lain buat rujukan untuk thesis dan projek akhir tahun. Bonda pula seawal 4 pagi menyiapkan sarapan pagi dan segala persiapan untuk kesekolah menjalankan tanggungjawabnya.

Tumbesaran aku dengan mereka berdua ini memang menyimpan berbagai kenangan. Dibesarkan dalam keluarga yang besar, dididik oleh dua insan yang bergelar PENDIDIK membuat aku memahami pengertian “ILMU“. Ayahanda dan bonda selalu berpesan “Ayah dan mak tak ada harta untuk dipusakai, tapi hanya satu sahaja harta yang kami ada untuk diberikan kepada kamu iaitu ILMU“.

Hingga kini, umur aku hampir mencecah 30an, ayahanda dan bonda masih lagi mengizinkan (+ menaja) aku untuk menyambung lagi pelajaran. Tiada halangan bagi mereka untuk melihat semua anak dan anak didik mereka dipenuhi ilmu didada dan menggunakan ilmu untuk agama.

Bagi aku, ucapan SELAMAT BELAJAR lagi untuk aku sendiri sebagai ingatan kepada ayahanda dan bonda kerana keizinan mereka untuk aku melangkah setapak kehadapan.

Terima kasih ayahanda, bonda dan cikgu…

26
Jun
09

Antara Nasib dan Usaha

Tak ada apa-apa yang aku buat,

Tak ada apa-apa perubahan,

Tak ada apa-apa yang terjadi untuk mengubaha apa yang sudah ada.

Maksud bermain dengan maksud yang kadang-kala aku sendiri tak tahu mahu berbicara bagaimana ia terjadi,

Kadang-kadang biasa terdengar ungkapan “malu bertanya, sesat jalan“, tapi realitinya kini “Sering bertanya, kita yang sesat“… sudah bagaimana?,

Mahu mendengar kata orang, ataupun hanya mengikut sikap degil yang biasanya menyelamatkan diri sendiri.

Antara mendengar nasihat dan mendengar kata orang. Mana yang banyak mempengaruhi hidup ini?.

Alah bisa, tegal biasa“, kadang-kadang berlebam badan terasa, bebal otak dihina, buruk nasib terjatuh.

Mana yang bisa, mana yang biasa pun tiada beza. Yang nampak berjaya dijulang, yang nampak gagal tersenyap.

Adakah nasib ataupun usaha yang menentukan hidup ini?.

Apakah rencana kehidupan ditentukan oleh nasib, atau usahanya?.

Yang jelas – yang tahyul mempercayai nasib, yang realiti mempercayai usaha.

Mana yang berbaloi, mana yang benar, mana yang sah!…..

Aku dalam dilema antara NASIB dan USAHA….




Bebaskan Palestin!

Ini adalah blog 3K - Kaji, Kritik, Kantoi. Blog ini hanya dipunyai oleh Kipp dan dia berhak menulis apa-apa mengikut kesukaan akal, hati, emosi dan kepala otaknya sendiri. Ruang lingkup tulisannya adalah berunsur apa-apa saja yang melibatkan hal-hal duniawi dan ukhrawi. Dan juga terbuka pada sesiapa yang nak komen, kritik atau apa-apa sahaja di atas tulisan oleh Kipp... selamat membaca!!!


E-mail Kipp ke:

kipptriplek@yahoo.com


Pemberitahuan:

Untuk aktiviti "menconteng", anda bolehlah ke halaman profil kipp dan "menconteng" dibahagian komen tersebut, atau klik sahaja di bawah ini.

klik disini

 

November 2009
I S R K J S A
« Okt    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Kategori Artikel

Arkib Artikel

Foto Flickr Kipp

BN gila 21

BN gila 20

BN gila 19

BN gila 18

BN gila 17

More Photos

Statistik Pelawat Blog 3K

  • 28,376 kali dilawati

Apa?!