Arkib untuk kategori 'Bahasa'

10
Jul
09

Kos Melepas PPSMI

Aku sokong dengan pemansuhan PPSMI, tapi aku tak sokong pemansuhannya pada tahun 2012.

Kenapa tahun 2012? Nak buat isu simpati PRU ke 13 ke?

Aku melawat blog Prof. Abdullah dalam artikel Berapa Kos PPSMI?

Ramai rakan yang mahu tahu berapa kos PPSMI selama ini!

Dalam majlis perkahwinan anakda Datuk Dr. Hassan Ahmad pada 17 Mei lalu, ada ahli GMP, Datuk Abdu Bakar Hamid, Datuk A Samad Said, Dr. Shahrir Mohd. Zain, Prof. Abdullah dan Puan Ainon berkesempatan duduk semeja dengan YB. Datuk Puad Zarkashi dan bertanya pada Timbalan Menteri Pelajaran.

Jawab beliau, beliau diberi tahu oleh seorang pegawai tinggi kmenterianya, “Easily RM 12 billion … ” (Paling tidak RM12 bilion … terjemahan bebas pengarang).

Wah banyaknya. Berapa banyak?

Sekiranya setiap universiti yang baru ditubuhkan, termasuk UPSI, diberi satu bilion, maka semua universiti baru kita ini sudah siap kampusnya dalam masa enam tahun lalu.

Bayangkan universiti di Perlis, di Tanjung Malim, di Kelantan, di Terengganu, di Pahang, dll. .. semua ada kampus sendiri yang siap dibina.

Itulah yang sudah tiada kerana PPSMI.

Jadinya… kerana hanya untuk memenuhi kehendak pemimpin, banyak yang rugi.

17
Jan
09

PPSMI: Satu Lagi Projek “Tipu Melayu” Kerajaan BN – Bahagian 2

Mengapa Kami Bantah! Penggunaan Bahasa Inggeris bagi mengajar Sains dan Matematik. Itulah tajuk buku susunan Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan (blognya disini) yang menentang PPSMI.

Apa yang kerajaan banggakan dengan PPSMI? Mereka pun tahu bahawa PPSMI ini akan memusnahkan bangsa Melayu, tetapi kerana sudah terlanjur dengan tindakan sendiri, maka mereka pun pertahankan walaupun ia memang bengang.

Penyokong bawahan BN pula menjadi pencacai-pencacai najis mempertahankan ide pemimpin mereka. Mana-mana kita akan dengar dari media perdana tentang tahap peningkatan matapelajaran Sains dan Matematik dalam UPSR dan PMR. Kini SPM dalam pembikinan untuk diumumkan. Kertas telah pun siap diperiksa. Hanya yang belum buat ialah skrip skema untuk Menteri Pelajaran Malaysia baca semasa umumkan keputusan SPM nanti.

Rata-rata pengamal pendidikan baik di sekolah rendah hingga ke universiti menentang PPSMI. Ahli politik tidak faham tentang ini. Yang mereka faham ialah dapatkan kontrak untuk supply buku dan komputer ke sekolah. Yang dapat kontraktersebut ialah anak beranak mereka. Demi kepentingan kroni, rakyat menjadi mangsa.

Dibawah ini aku copy-paste artikel dari blog Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan tentang kedudukan Malaysia dalam TIMSS (Trends in International Mathematics and Science Study) – klik disini.

Apabila Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UPSI, seorang ahli sains yang terdidik dalam bahasa Melayu menghantarkan kepada saya keratan blog Lim Kit Siang mengenai kemerosotan kedudukan Malaysia dalam TIMSS (Trends in International Mathematics and Science Study), maka tindakan selanjutnya pada saya adalah menggoogle TIMSS.

Betullah, kedudukan Malaysia itu merosot. Prestasi pelajar gred 8 kita (Tingkatan 2) dalam matematik dan sains adalah seperti berikut.

Matematik
1999 = skor 519, tangga 16
2003 = skor 508, tangga 10
2007 = skor 474, tangga 20

Perhatikan, skor pelajar kita dalam sains menurun walaupun ‘tidak terlalu jatuh tangganya.’

Sains
1999 = skor 492, tangga 22
2003 = skor 510, tangga 20
2007 = skor 471, tangga 21

Yang dikritik oleh pemerhati adalah hakikat bahawa Menteri Pelajaran kita membisukan isu ini. Beliau tidaklah berbega-bega mengumumkannya seperti halnya dengan keputusan TIMSS pada tahun 2003 dan 1999. Penilaian ini diadakan empat tahun sekali.

Dan juga, Menteri Pelajaran kita tidaklah seriang mengumumkan keputusan UPSR dan PMR sebagai bukti kemantapan PPSMI.

Perkara yang menarik dalam laporan TIMSS itu adalah negara yang tidak mengamalkan PPSMI menunjukkan prestasi cemerlang. Lihat prestasi 35 negara berikut:

1. Singapura 567 (PPSMI, Inggeris adalah bahasa komunikasi keluarga)
2. Taiwan 561
3. Jepun 554
4. Korea Selatan 553
5. England 542 (PPSMI, Inggeris adalah bahasa ibunda)
6. Hungary 539
7. Republik Czech 539
8. Slovenia 538
9. Hong Kong 530
10. Persekutuan Rusia 530
11. Amerika Syarikat 520 (PPSMI, Inggeris adalah bahasa ibunda)
12. Lithuania 519
13. Australia 515 (PPSMI, Inggeris adalah bahasa ibunda)
14. Sweden 511
15. Scotland 496 (PPSMI, Inggeris adalah bahasa ibunda)
16. Italy 495
17. Armenia 488
18. Norway 487
19. Ukrain 485
20. Jordan 482
21. Malaysia 471 (PPSMI + BM, Inggeris bukan bahasa ibunda)
22. Thailand 471
23. Serbia 470
24. Bulgaria 470
25. Regim Israel 468
26. Bahrain 467
27. Bosnia & Herzegovina 466
28. Romania 462
29. Iran 459
30. Malta 457 (PPSMI, Inggeris adalah bahasa rasmi)
31. Turki 454
32. Syria 452
33. Cyprus 452
34. Tunisia 445
35. Indonesia 427

Kecuali Singapura dan England yang bahasa di rumah pelajarnya adalah Inggeris, 10 negara yang teratas tidak datang daripada negera yang tidak mengamalkan PPSMI.

Harap maklum, bahasa Inggeris adalah bahasa ibunda England, Amerika Syarikat, Australia dan Scotland.

Kajian sosiolinguistik menunjukkan bahawa bahasa dalam kalangan keluarga di Singapura adalah Inggeris (Tajuddin Jaafar, 2005).

Hanya Malta yang mengamalkan ddasar PPSMI di samping bahasanya sendiri. Namun bahasa mereka itu adalah bekeluarga dengan bahasa Inggeris.

Data ini membuktikan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa ibunda itu lebih berkesan.

Apa lagi yang kerajaan mahukan?, Apa lagi alasan kerajaan untuk pertahankan PPSMI jikalau ia menambah-terukkan lagi situasi pendidikan negara ini?, Kenapa mahu sokong lagi kerajaan yang sudah hilang kredebeliti ini?. Tolak jauh-jauh biar jadi sejarah hitam Malaysia!.

kepala-kami-bantah-ppsmi1

16
Nov
08

PPSMI: Satu Lagi Projek “Tipu Melayu” Kerajaan BN

Mana lebih penting BM di tepi jalan atau BM di dalam kelas sekolah?, itulah yang dinyatakan dalam blog Baha Zain (Datuk)Padan Bahasa Melayu!. PPSMI (Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris) dicanangkan oleh Kerajaan BN kononnya untuk memperkasakan Bahasa Inggeris, akan tetapi mangsanya ialah subjek yang kritikal – Sains dan Matematik.

Statistik terbaru oleh kerajaan menyatakan peratus kelulusan untuk subjek Sains meningkat 1.7% dalam UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) baru-baru ini. Wah! satu peningkatan yang baik, tapi anda perlu tahu satu perkara sebelum membuat apa-apa konklusi.

Aku bagi realiti sebuah sekolah kluster di Kawasan Muadzam Shah yang mejoritinya pelajar Asli. Ya, memang statistiknya memberangsangkan dengan hampir 80% pelajarnya mendapat A dalam sains. Tapi bagaimana korang fikir jika; Pelajar Asli yang hanya datang ke sekolah tidak lebih 10 hari boleh mendapat C dalam sains? Lojik? Tidak mustahil? Dan bagaimana sekolah mejoriti Asli itu boleh mendapat 80% A dalam Sains? Aku bukan memperkecilkan kebolehan anak-anak Asli. Cuma lojik atau tidak korang kira-kira sendiri – Gild

Apa yang sebenarnya terjadi?. Siapa tipu siapa?. Hah! Apa-apa pun jawapannya yang rugi tetap orang Melayu. Mahu perkasakan bahasa Melayu, tapi memusnahkan penggunaannya.

Aku mahu berkongsi dengan pembaca mengenai “trick” peratusan kelulusan yang boleh ditentukan oleh orang atasan untuk “memaksumkan” apa yang mereka buat. Dengan memperjudikan “kualiti” pelajar, maka kerajaan akan dapat “kuantiti” yang boleh dibanggakan.

Kebiasaannya, sekolah akan menetapkan markah 40 adalah markah minimum untuk lulus, manakala markah bawah 40 adalah gagal. Katakanlah hanya sedikit sahaja pelajar yang mendapat markah atas 40, maka sudah pasti bilangan pelajar yang lulus akan menjadi rendah, manakala yang bilangan pelajar yang gagal akan menjadi ramai, kita boleh lihat ilustrasinya seperti graf dibawah ini:

Graf Kelulusan 1

Graf Kelulusan 1

Tapi Kementerian Pendidikan dan juga Lembaga Peperiksaan ada cara yang untuk mengubah graf ini menjadi peratusan kelulusan yang tinggi dan bilangan pelajar yang lulus juga ramai. Ia dipanggil dengan konsep “Cut of Volume“.

Graf Kelulusan 2

Graf Kelulusan 2

Seperti graf diatas, kita boleh lihat apa yang dilakukan oleh kerajaan. Jika Menteri Pelajaran ingin melihat 90% kelulusan untuk satu-satu subjek, maka markah minimum untuk lulus boleh diubah kepada 10 markah. Olah itu kita boleh lihat ramai pelajar yang lulus, dan hanya sedikit yang gagal – Kualiti akan berkurangan, kuantiti akan bertambah demi menjaga hati orang atasan.

Sekali lagi aku nyatakan disini, apakah yang patut kita banggakan dengan  peningkatan peratus kelulusan 1.7% bagi subjek Sains jikalau ia hanya satu permainan politik semata-mata. Yang rugi bukan orang lain, tetapi anak bangsa kita juga.

08
Jul
08

Janganlah Takut Pak Lah

Pak Lah risau dengan penyebaran bermacam-macam berita dalam blog. Siap suruh para bloggers hentikan penyebaran cerita-cerita mereka. Janganlah takut Pak Lah. Kalau suratkhabar kerajaan boleh ceritakan macam-macam, kami pun boleh juga. Barulah adik dan saksama.

Memang la tak nafi kalau ada bloggers macam kami ni tulis macam-macam.  Tapi itulah cara untuk kami meluahkan isi hati kami menggunakan logik akal dan fakta yang cuba disembunyikan oleh media. Lagipun tulisan kami bukan la teruk sangat pun, kutuk sikit-sikit aje. Kan masa dah berubah, dunia makin maju begitulah iklan baru Berita Harian. Terima ajelah hakikat.

Kalau kami tulis macam-macam kat sini pun bukannya datang effect kat kerajaan pun. Kalau ada pun sikit aje, setakat kerajaan jatuh kedebab, tak pun tukar kerajaan aje. Paling banyak pun kami membuka pekong didada pemimpin kerajaan… itu aje. Bukannya nak mengkhianat pun.

Kalau kata nak khianat, lama dah Malaysia ni kena jajah semula. Tapi yang ternampak macam kami yang kena khianat. Sikit-sikit kata kerajaan tak ada duit, biasiswa tukar jadi pinjaman, matapelajaran Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris, Sekolah Agama Rakyat dicop sarang militan, kewibawaan Di-Raja dipermainkan, macam-macam lagilah. Nak cerita pun dah tak berapa ingat sebab banyak sangat yang nak kena ingat. Yang penting kami tak mudah lupa…

28
Nov
07

Kemandulan Otak

Aku pinjam ayat ahli parlimen semalam yang kata DBP mengalami “Kemandulan Minda“. Tak banyak sangat aku tahu apa yang diperkatakan oleh ahli parlimen tersebut. Tapi yang jelas pada aku beliau mengutuk keras kerja-kerja yang dilakukan oleh DBP untuk memperkayakan Bahasa Melayu. Dengan menyatakan DBP tidak kreatif dan tidak berusaha untuk mengkaji perkataan-perkataan baru. Sebagai contoh katanya, perkataan KONSULTASI diambil dari perkataan Inggeris iaitu CONSULTATION. Pada aku pihak yang mengata juga mengalami kemandulan pemikiran… sama-sama mandul.

Mungkin anda masih ingat masa perbentangan belanjawan tahunan oleh kerajaan. Masa tu pihak kerajaan menggunakan perkataan BAJET bagi menggantikan BELANJAWAN. Kenapa beliau tak bising-bising masa tu?  Bukan ke BAJET tu dari perkataan Inggeris iaitu BUDGET? Kenapa tak gunakan terus perkataan BELANJAWAN sedangkan masa tu DBP belum lagi mewartakan perkataan BAJET sebagai salah satu perkataan Bahasa Melayu dalam Kamus Dewan. Kini si ahli parlimen tergedik-gedik mengaku kononnya dialah yang memartabatkan Bahasa dan Bangsa. Salahkan pihak lain kerana tak buat kerja. Kononnya dialah yang buat kerja, tapi bila Bahasa Melayu di letakkan kelas kedua untuk matapelajaran Sains dan Matematik, masing-masing diam. Bagusssss katanya.

Lain pula di Pahang, “Kemandulan Minda” a.k.a “Kemandulan Otak” MB Pahang jelas terpapar bila bangga menjadi juara pembida nombor plat CCC 9 dengan bidaan RM 48, 000. Langsung tak boleh berfikir tentang masalah rakyat, tapi bergembira dengan duit rakyat dan terus membazir. RM 48k boleh buat mengubah nasib si fakir miskin yang minum air lombong di Gambang, Pahang (sila klik di sini untuk cerita MB Pahang yang otaknya di lutut). Mana letaknya otak yang Allah bagi untuk berfikir?. Menangis mata dan hati melihat kemiskinan rakyat bangsa aku sendiri bila pemimpin dari bangsa aku juga yang lupa daratan dan lupa diri. Label yang patut mereka guna di dahi adalah “AKU PEMIMPIN BODOH”…. 

08
Dis
05

Aku dan Saya

Terdengar radio ERA pagi tadi… Si pendengar menceritakan dia tak boleh meng’diri’kan dirinya dengan perkataan AKU, nanti nenek dia pakukan mulut… hehehehe. Aku sendiri pun pernah kena sound macam tu masa kecik dolu-dolu…

Mari kita tengok jenis-jenis ayat yang menggunakan perkataan AKU dan SAYA kejap:

1. Dalam bersembang: Pada aku la kan…. (bunyi macam kurang sopan, tapi ngan kengkawan kira tak de hal laa). Pada pendapat saya… (macam masuk forum kat skolah)

2. Dalam doa: Ya Tuhanku… aku memohon pada Mu (biasa kita gunakan dalam baca doa versi Bahasa Melayu). Ya Tuhan… saya memohon pada Mu (emmmm…. lain aje bunyinye)

3. Dalam menhampehkan orang lain: Ishhh.. kalo aku la, mau je aku debik budak tu.. (Biasa kita dengar…). Ishhh… kalo saya la, mau je saya debik budak tu.. (orang yang cakap tu ala-ala pakai spek bulat macam Nobita, rambut sikat tepi pastu baju confirm tide-in and + poyo…. hehehehe)

4. Dalam cerpen: Menanti aku di jendela dengan harapan datangnya burung merpati membawa khabar dari si dia… (macam biasa dalam novel). Menanti saya di jendela dengan harapan datangnya burung merpati membawa khabar dari si dia… (macam kureng je bunyinye)….

5. Cakap ngan orang tua kita: Mak, aku nak kuar ni.. (bunyik memang kurang hajar.. hampeh punye anak..). Mak, saya nak keluar ni… (bunyik macam baik, tapi tak ramai orang guna…)   

Aku pun tak tau nak explain camne, tapi aku sendiri guna perkataan AKU untuk aku sendiri… pada aku ada nampak sedikit bunyi ‘mesra’, walaupun ada yang kata tak sopan.

Kalo susah sangat, guna aje perkataan yang lain macam orang Pahang cakap koi, kawan, kaweh, keh, kome. Orang Kelate plak kawe, ambo. Nak bunyi arab skit guna Ana. Tapi nak moden skit, I laa… you laa… amacam.. ikut suka hati korang la nak guna apa…

19
Nov
05

Zaman Pekerjaan

Bila abis blaja… keje.. pastu bila keje pulak… kena bebetul, kalo tak “You’re Fired“. Bak kata Labi (Filem Labu Labi), “Selagi tak tutup mata.. Keje, keje, keje“…. Begitulah nampaknya. So, bende masalahnya bukan datang daripada aku. Aku pun keje gak, keje part-time, part-time lagi buat bisness… boleh la masyuk. Tapi kesian kat bebudak yang lain… Sanggup lepak kat umah… tak nak keje sebab nak tunggu keje best… Kalo gaji setakat RM 400-700 tu tak nak layan… kekadang tu tersinggung gak aku bila memikirkan kata-kata cam tu. Rezeki halal maaa… Kalo suruh mengembala kambing, aku rasa mati idup semula pun dorang tak nak… bende nak jadi bebudak zaman sekarang ni…. ish, ish, ish… Pada hemat aku la, nak tunggu keje best tu aku tak tau nak describe cam ne… best gaji besar, best pangkat besar, best opis besar, best itu, best ini… ntah la, tak reti den nak cakap. Kalo bapak die mamang ade company juta-juta tu tak de hal la nak cakap macam tu… tapi bapak pun keje makan gaji, pastu anaknya demand tinggi… sedih bila aku tengok keadaan tu.

Yang paling tragisnya dan yang paling aku tak tahannya, mak bapak toreh getah, tapi anak lepasan universiti duk rumah goyang kaki… pastu kalo pompuan tak pe la gak tapi jantan!!!… Suruh toreh getah tak mau… padahal getah skang tengah mahal… dua ekar getah boleh dapat RM 100++… tapi tak mau gak… tak de standard katenya… sanggup duk rumah dah masuk 4 bulan tapi habuk pun tak dak… hampes punya budak. Nak keje standard konon… kot kalo ko jadi C.E.O pun, ko tetap KULI orang laaa… berlagak giler… 

Nasihat aku la kat sesapa yang sedang menganggur skang ni, buat la sesuatu untuk diri kita ni, jangan menzalimi diri sendiri apatah la lagi kat mak bapak kita yang yang hari-hari cari sesuap makan untuk kita dari dalam perut sampai dah bercabuk bulu ketiak ni. Tak de nyer keje terus dapat yang best.. kalo ade pun tu dah nasib dia, 3 dalam 10… sebagai orang biasa nak tak nak kena usaha gak… Yang keje best skang ni pun, dulunya pun tak best gak. Sabar, usaha, istiqamah, tawakal pada Allah… Insyaallah, ada la tu nanti.




Bebaskan Palestin!

Ini adalah blog 3K - Kaji, Kritik, Kantoi. Blog ini hanya dipunyai oleh Kipp dan dia berhak menulis apa-apa mengikut kesukaan akal, hati, emosi dan kepala otaknya sendiri. Ruang lingkup tulisannya adalah berunsur apa-apa saja yang melibatkan hal-hal duniawi dan ukhrawi. Dan juga terbuka pada sesiapa yang nak komen, kritik atau apa-apa sahaja di atas tulisan oleh Kipp... selamat membaca!!!


E-mail Kipp ke:

kipptriplek@yahoo.com


Pemberitahuan:

Untuk aktiviti "menconteng", anda bolehlah ke halaman profil kipp dan "menconteng" dibahagian komen tersebut, atau klik sahaja di bawah ini.

klik disini

 

November 2009
I S R K J S A
« Okt    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Kategori Artikel

Arkib Artikel

Foto Flickr Kipp

BN gila 21

BN gila 20

BN gila 19

BN gila 18

BN gila 17

More Photos

Statistik Pelawat Blog 3K

  • 28,376 kali dilawati

Apa?!