Arkib Pengarang untuk Kipp

06
Nov
09

3gp Qunut: Lawak, Persenda atau Nasihat?

Pernah dapat klip 3gp tentang seorang mamat yang disuruh jadi imam solat subuh, tapi tak tahu baca doa qunut. Kawan si mamat tersebut mengajar doa qunut ada 2 jenis, iaitu qunut panjang dan qunut pendek. Qunut panjang dibaca “Qunuuuuuuuuuuuttt“, manakala qunut pendek dibaca “qunut!“. Maka terbahak-bahaklah kita ketawa kerana dek kejahilan dua mamat yang cetek ilmu agama ini.

Sebenarnya klip 3gp tu menayangkan banyak lagi adegan-adegan cetek ilmu agama dari dua mamat tersebut. Cuma yang penting yang aku mahu tekankan di sini ialah, adakah klip-klip 3gp seperti ini sebagai bahan lawak atau satu persendaan kepada orang Islam atau nasihat supaya kita dilengkapi dengan ilmu agama yang cukup?.

Memang banyak klip-klip seperti ini, tak susah nak cari, pergi YouTube pun boleh jumpa. Tapi adakah kita sedar dengan kemungkinan ini seperti mempersenda kita sebagai umat Islam. Tapi dilihat dari perspektif yang lain, ia menunjukkan dan menasihat kita umat Islam supaya tidak lupa akan agama.

Tetapi… perlukah cari ini digunakan. Dari nasihat menjadi bahan jenaka yang di “foward” melalui bluetooth dan terus di”upload” ke YouTube untuk tontonan umum tanpa mengira agama, bangsa dan negara.

Apakah pandangan penganut agama yang lain apabila melihat klip-klip ini?

Mungkinkah kita perlu melihat ini dari sudut yang positif? Tapi manakah sudut positif, dan yang manakah sudut negatif itu?

Mungkin hanya kita sendiri yang perlu tapis dan mengkaji apa yang terbaik untuk kita.

27
Okt
09

BAJET 2010 & EGM PAS

Ada yang tak kena dengan Bajet 2010. Kalau rakyat didahulukan, mungkin tak perlu GST (kata mudah GST ialah pemansuhan cukai perkhidmatan dan cukai jualan) untuk ekonomi kita – walaupun masih diperingkat kajian.

Penggunaan GST memang nampak bagus bila dipandang dari sudut ekonomi negara. GST menggalakkan pengguna berbelanja dengan banyak dan ini akan meningkatkan pasaran sesebuah negara. Bagi faedah penggunaan GST, pengguna yang berbelanja banyak akan dapat pengurangan cukai yang banyak, manakala pengguna yang kurang berbelanja akan membayar cukai yang lebih banyak dari pengguna yang banyak berbelanja. Selain itu, kemungkinan besar juga kenderaan yang diimport dari luar akan mengalami pengurangan harga berbanding sekarang. Memang nampak bagus dan berfaedah kerana ia boleh mambawa Malaysia sebagai sebuah negara maju.

Tetapi apa terjadi kepada mereka yang kurang berkemampuan? Bagaimana pula survival Proton yang ditatang bagai minyak yang penuh selama ini?

Kita lihat negara jiran disekeliling kita, kebanyakan negara ini telah menggunakan GST di negara mereka. Perbezaan yang nyata apabila perbezaan taraf kehidupan antara kaya dan miskin terlalu nyata. Di Malaysia, jurang perbezaan ini masih dikira dekat dan “kurang nampak” berbanding negara lain di rantau ini, tetapi persoalannya adakah kita boleh benteras masalah kemiskinan di negara ini.

Mengikut Bajet 2010 yang dibentangkan, hanya jumlah yang dinyatakan untuk membantu rakyat miskin, tetapi pengurusan, cara dan siapa yang terlibat masih lagi samar. Siapakah yang dikategorikan sebagai miskin? atau tangga gaji yang manakah yang dikategorikan sebagai miskin?. Adakah orang yang bergaji RM 900 dan mempunyai tanggungan yang bekerja di kampung boleh dikategorikan sebagi miskin. Bagaimana mereka yang bergaji RM 900 dan mempunyai tanggungan tetapi bekerja di bandaraya seperti Kuala Lumpur, adakah ia juga dikategori miskin ataupun miskin papa kedana?

Masalah gaji minimum masih lagi tidak diputuskan oleh kerajaan dengan angka yang terbaik untuk rakyat. Masih lagi samar-samar. Jadi, kenapa perlu tergesa-gesa untuk mengaplikasikan GST? Banyak lagi yang perlu dilihat dan disemak sebelum GST dilaksanakan di negara ini.

Ketepikan Bajet 2010 sementara, kerana ramai yang hebat telah mengeluarkan buah fikiran mereka yang hebat-hebat bagi memastikan rakyat dibela. Kembali ke arena politik sekejap.

Hebohnya suratkhabar pro-UMNO mengenai PAS dan Tok Guru Nik Aziz dan masuk 3 hari 3 malam, tambah 4 hari lagi cukup 7 hari 7 malam. Semua orang mahu bersuara. Yang dalam PAS memang dah wajib, tapi yang luar PAS pun sama naik. Orang UMNO lihat ini sebagai satu peluang keemasan mereka untuk menghancurkan PAS dari dalam. Orang PAS pula lihat ini sebagai kematangan dan ketelusan pemimpin tertinggi PAS membuat keputusan demi kebaikan parti. Orang luar seperti aku melihat kepimpinan sebenar PAS bukan sekadar cium tangan pemimpin dan ampu pemimpin, tetapi perjuangan Islam yang perlu dipertahankan.

Tok Guru Nik Aziz kata nak buat dua tiga kerat yang dah jadi “UMNO Jadian” dalam PAS. Mereka beriya-iya dengan idea Kerajaan Perpaduan, sedangkan apa yang diperjuangkan oleh PAS ialah Kerajaan Islam yang berlandaskan al-Quran dan As-Sunnah. Idea Kerajaan Perpaduan ini mungkin akan menghancurkan impian PAS seperti apa yang telah terjadi dahulu semasa PAS menyertai BN tahun 70-an menyebabkan PAS perlu bangkit semula dan memcuci imejnya untuk kembali kepada rakyat. Ia mengambil masa lebih kurang 4-5 tahun untuk rakyat percaya kembali kepada PAS. Tapi hari ini, ada sesetengahnya yang lupa tentang sejarah kejatuhan tersebut.

Aku tidak mahu melihat ada pemimpin PAS yang hebat dalam PAS tetapi akhirnya mati dalam UMNO seperti Allahyarham Dato’ Asri. Dan aku tak mahu juga lihat pemimpin PAS yang jadi katak si katak lompat demi survival politik mereka. Mungkin kita perlu melihat perjuangan Allahyarham Ustaz Fadhil Noor, seorang pemimpin PAS yang hebat dan melawan kerakusan kuasa UMNO dibawah Tun Mahathir waktu itu. Tiada bunyi yang dikeluarkan untuk tunduk dengan UMNO sedangkan Tun Mahathir waktu itu adalah pemimpin terhebat dalam UMNO dan hingga kini tiada pemimpin UMNO yang boleh mengatasinya.

Oleh itu, apa yang PAS perlukan dari UMNO? Jawapannya TIDAK PERLU APA-APA. Tidak perlu Kerajaan Perpaduan. Tidak perlu usahasama PAS-UMNO. Tidak perlu muzakarah. Mungkin itu yang terbaik yang boleh dibuat oleh Tok Guru Nik Aziz untuk PAS yang disayanginya. PAS boleh bergerak sendiri dan mempunyai kekuatanya sendiri. Sikit demi sedikit kejayaan PAS telah menampakkan hasil, malah kini PAS telah ada Kelab Penyokong dari bangsa Cina dan juga India. Kesimpulannya PAS sudah kuat dan UMNO memang takut dengan kekuatan ini. UMNO seperti ular dalam semak yang hanya menunggu masa untuk mematuk mangsa, jangan PAS pula yang jadi mangsanya yang sama untuk kali kedua.

18
Okt
09

Indonesia Yang Mengancam

Aku memang tak ada masalah dengan warga Indonesia. Malah kedai aku pun ada pekerja Indonesia yang aku ambil. Tapi aku tak puji semuanya, kerana mereka pun manusia biasa yang ada malas dan ada yang rajin. Ada yang baik dan ada yang jahat. Ada yang boleh diharap dan ada yang langsung tak boleh diharap.

Ancaman dari mereka di sana (Indonesia) yang mahu ganyang Malaysia menyebabkan aku terasa mahu saja buang semua pekerja Indonesia di tempat aku. Tapi disebabkan atas rasa belas kasihan dan hubungan sesama Islam menghalang aku bertindak melulu. Masih lagi ada hati budi dan perasaan baik sangka.

Apa yang mereka bising-bising mahu ganyang Malaysia? Apa yang marah-marah dangan Malaysia? Jaga negara sendiri dahulu dan lihat sekeliling jurang rakyat yang kaya dan yang miskin terlalu jauh. Jangan jadi batu api. Bantu yang susah, biar sama-sama jadi senang. Inikan tidak, kerjanya nak bergaduh je.

Aku ada terbaca satu artikel dari satu blog. Artikel ini adalah khutbah Jumaat mengenai malapetaka yang menimpa Padang dan Jambi Sumatera, Indonesia. Mungkin warga Indonesia yang berada di Malaysia dan juga yang berada di negaranya sendiri sekarang ini perlu baca dan ambil ia sebagai iktibar. Satu peringatan dari Allah Ta’ala untuk hambaNya yang derhaka, jangan nak gaduh dengan negara lain. Jaga perihal negara sendiri dahulu.

Khutbah ini adalah khutbah kedua, khutbah penuh boleh baca di sini.

Gempa bumi yang berlaku di Padang dan Jambi Sumatera pada 30 september dan 1 oktober baru-baru ini cukup memilukan. Kemusnahan dan kebinasaan akibat gempa bumi yang dahsyat ini sukar untuk dianggar  Musnah harta benda dan binasa segala nyawa. Namun peristiwa sedemikian tidaklah berlaku secara spontan atau hanya fenomena alam sebagaimana yang sering diungkapkan oleh mereka yang tidak beriman kepada Qadha’ dan Qadar Allah swt .

Al Quran [wahyu Allah swt] telah menegaskan beberapa peringatan yang boleh di dapati dalam banyak surah dan ayat guna membimbing ummat manusia agar beriman, bertaqwa dan mengabdikan diri kepada Allah swt. Antara yang menarik sekaligus membuktikan mukjizat al Quran ialah keselarasan ayat quran dengan peristiwa gempa bumi di Padang Sumatera. Gempa bumi yang berlaku di Padang pada 30 september tempohari ialah tepat jam 5.16 pm [atau jam 17:16] dan gegaran kedua berlaku pada jam 5.58 pm [atau jam 17:58]  Sementara esoknya [1 Oktober] jam 8.52 am berlaku gegaran susulan di Jambi .

Apabila kita laraskan masa berlaku gempa bumi dengan surah dan ayat al quran, kita akan temui persamaannya seperti berikut. [Jam 17:16 = Surah ke 17 ayat ke 16] [Jam 17:58 = Surah ke 17 ayat ke 58] [ Jam 8:52 = Surah ke 8 ayat ke 52]

Secara indeksnya surah ke 17 ialah surah al Israa’ sementara surah ke 8 ialah surah al Anfaal .

و إذا أردنا أن نهلك قرية أمرنا مترفيها ففسقوا فيها فحق عليها القول فدمرناها تدميرا

17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya

و إن من قرية إلا نحن مهلكوها قبل يوم القيامة إو معذبوها عذابا شديدا كان ذلك في الكتاب مسطورا

17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz)

كدأب آل فرعون و الذين من قبلهم كفروا بأيات الله فأخذهم الله بذنوبهم إن الله قوي شديد العقاب

8.52 (QS. Al Anfaal: 52): “(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya

Ayat – ayat di atas jelas menunjukkan azab dan musibah yang Allah swt timpakan ke atas sesebuah negara atau negeri lantaran penghuninya derhaka kepada Allah swt. Ia boleh berlaku dan telah berlaku di hadapan mata kepala kita biarpun jauh di negara orang untuk menjadi iktibar buat seluruh ummat manusia. Ayat – ayat Allah ini merupakan sistem amaran awal yang perlu diambil perhatian oleh seluruh ummat manusia supaya menjauhi segala perbuatan mungkar dan maksiat yang dimurkai oleh Allah swt. Hari ini mungkin Indonesia, tetapi tidak mustahil ia boleh berlaku di negara kita Malaysia pula pada bila – bila [wali'yazubillah] jika maksiat dan mungkar makin membarah .

Maka mimbar jumaat hari ini menyeru seluruh rakyat negara ini khususnya negeri pahang agar kembali kepada Islam sekaligus meninggalkan maksiat dan mungkar [zina, pergaulan bebas, pendedahan aurat, judi, arak, rogol, rompak, samun, rasuah, salah guna kuasa, zalim dan 1001 perkara mungkar] agar seluruh rakyat dan negara di berkati dan dirahmati oleh Allah swt.

15
Okt
09

Dia Yang Berfikiran Negatif

“Aku buat kerja ni baru lagi. Full time. Dah tak keje lagi dah. Exam gomen pun aku tak amik”.

“Gile ape kau ni?. Exam gomen kau tak pi amik. Nanti susah baru tau. Kerja gomen lagi terjamin”.

“Apa yang susahnya. Selama ni pun hidup aku memang susah pun. Sekarang ni aku dah buat kerja ni ada juga masyuk untuk beli susu anak. Nak harapkan kerja gomen?. Lepas exam pun bukan tentu boleh lepas. Kalau lepas pun, status kontrak. Mana terjaminnya?”

“Ye la kontrak. Tapi dah keje lama dapat la status tetap. Kena la sabar. Lagipun orang lain berkejar-kejar cari kerja ngan gomen. Ko senang-senang aje buat dono. Kufur nikmat sungguh”.

“Sedap mulut ko je. Aku bukan kufur nikmat, aku nak bagi peluang kat orang lain berkerja sebab aku dah ada kerja aku sendiri. Kerja yang aku suka. Kerja yang aku minat. Nak buat ape tamak-tamak. Umur dah lanjut tapi nak lompat sana lompat sini cari kerja. Tak fokus!. Ko tau tak focus tu apa? FOCUS = Forget Other Commitment Untill Succes

“Bukan tak fokus, tapi nak cari yang selesa. Dah jumpa nanti, stay aje la situ”

“Adoyaiii… kerja apa yang selesa kat dunia ni bang oi!. Ko dah jumpe ke kerja yang selesa tu?”

“Tak lagi”

“Dah tu. Sampai bila nak mencari?. Ko pernah terpikir tak kenapa aku buat kerja sendiri?. Kalau kerja dengan orang, kita mungkin kerja gila-gila. Maksud aku pergi kerja pukul 7-8 pagi dan balik pukul 5-6 petang, kekadang terlajak sampai 9-10 malam. Tapi apa kata ko guna cara kerja yang rajin tu kepada kerja sendiri macam aku. Lepas tu baru ko tahu betapa rugi hidup ko bertahun-tahun kerana mencari-cari yang tak tentu bila boleh jumpa. Entah-entah kalau jumpa pun, masa tu umur ko dah 40 tahun… rugi bro!”

Nota:
Sembang di atas memang ada kena mengena dengan anda. Minta maaf jikalau terasa.

12
Okt
09

BN: Bukan Menang Besar

Kalau tempat tu kubu kuat Pakatan Rakyat, hari buang undi kemungkinan besar hari Selasa, Rabu, Khamis.

Kalau tempat tu kubu kuat BN, hari buang undi sudah pasti hari Ahad (hari minggu).

Kalau tempat tu kubu kuat Pakatan Rakyat, pemberita kata calon bukan orang tempatan.

Kalau tempat tu kubu kuat BN, sah calon itu orang tempatan (walaupun calon itu pernah dihukum rasuah – malu orang kampung aje)

Kalau tempat tu kubu kuat Pakatan Rakyat, tempoh antara penamaan calon dan hari buang undi berminggu-minggu.

Kalau tempat tu kubu kuat BN, tempoh antara penamaan calon dan hari buang undi seminggu lebih sikit aje (takut pembangkang buat aduan calon tak layak)

Kalau tempat tu kubu kuat Pakatan Rakyat, Polis kata semua peraih undi, pengundi dan penyokong baik dan berkelakuan sopan (nak tarik undi ke BN)

Kalau tempat tu kubu kuat BN, Polis kata pembangkang berkelakuan jahat (sebab dah tahu BN akan menang)

Kalau Pakatan Rakyat menang, keputusan rasmi lambat nak tahu. Berbagai alasan, peti undi tak sampai lagi la, tak habis kira undi lagi la, kira semula la. Kekadang tu jam 11.00 malam baru boleh tahu keputusan rasmi. Kalau siapa yang malas nak tunggu, pagi esoknya baru tahu keputusan siapa yang menang dan siapa yang kalah.

Kalau BN menang, tak payah tunggu Buletin Utama TV3 pun dah dapat tahu siapa yang menang.

Kalau Pakatan Rakyat menang, berita dan suratkhabar buat liputan sehari aje. Macam tak ada apa-apa berlaku pun semalam.

Kalau BN menang, berita dan suratkhabar meraikan kemenangan sampai 2-3 hari… berhari-hari berita yang sama dan ayat yang sama – BN Menang, BN pilihan rakyat, BN diterima rakyat, BN itu, BN ini. Kalau bernasib baik sampai sebulan cerita ni kita dengar.

Tapi yang paling best,

Kalau Pakatan Rakyat yang menang, ayat skema Najib Tun Razak – “Ini menunjukkan pilihanraya kita memang bersih dan adil“.

Kalau BN yang menang, ayat skema Najib Tun Razak – “Kini rakyat telah menerima kita kembali“.

Nota kaki dan lutut:
Nak tipu orang mati boleh laa..

04
Okt
09

Kerja Dan Kerjaya

Apa maksud KERJAYA?

Adakah kita berkerja untuk berjaya, atau kerja dengan jayanya atau kerja dan seterusnya berjaya.

Kalau kerja yang kita buat itu adalah kerja yang kita tidak minat, tetapi disebabkan desakan ekonomi yang memerlukan seseorang itu mendapatkan duit melalui pekerjaan. Adakah itu boleh dikategorikan sebagai kerjaya?

Berapa ramai yang kerja pada waktu ini tetapi hatinya berbolak-balik dengan kerjanya?

Berapa ramai yang kerjanya kini tidak dapat mengaplikasikan apa yang dia belajar dahulu?

Berapa ramai yang bekerja sebagai penjawat kerajaan kerana itu sahaja yang boleh sara kehidupan mereka?

Berapa ramai yang menghabiskan wang ringgit semasa belajar dahulu tetapi hanya mengejar jawatan gomen semata-mata kerana pencen?

Banyak lagi persoalan yang timbul bila melibatkan kerja dan kerjaya.

Malah ada cerita seorang yang belajar hingga ke negara Jepun dalam bidang Kejuruteraan Elektronik, dan menjadi kebanggaan keluarganya. Balik ke Malaysia mendapat jawatan Pembantu Jurutera di syarikat multinational tetapi hanya bertahan hanya dua bulan dan berhenti kerja kerana KPLI.

Kenapa bertindak demikian? Hanya dia sahaja yang ada jawapannya.

Tetapi janganlah kerana kerja sebagai guru boleh kerja relaks, ada cuti banyak, banyak elaun, gaji tinggi dan sebagainya menjadi ukuran.

Pemikiran kerja gomen dapat menjamin hidup adalah pemikiran zaman dahulu. Kini pemikiran itu perlu ditukarkan kepada TANGGUNGJAWAB kepada rakyat. Kerja gomen perlu ketelusan dan keihklasan, jika tidak ia akan menjadi seperti apa yang terjadi sekarang -  rasuah, makan gaji buta, kerja lambat, hasad dengki, iri hati dll – walaupun tak semua begitu, tapi ia tetap ada. Tak perlu nafikan hal ini. Mungkin ia teman sepejabat anda. Mana tahu?

Kerjaya semamangnya kerja, tetapi tak semua kerja boleh jadi kerjaya. Aku memilih untuk kerja sendiri kerja itulah kerjaya aku.

25
Sep
09

Formula 1 & 1 Malaysia

Balik raya ni aku memang banyak masa, banyak idea, banyak info, banyak makan!. Tapi yang paling tak tahan cerita banyak duit cukai orang Malaysia dibazirkan. Dah la bonus orang kerja kerajaan tak dapat, kalau dapat pun RM 500, itu pun dua kali bayar.. adoyai!.. Nak beli baju baru anak pun kena bajet.

Aku dengar cerita dari orang perantauan yang balik ke Malaysia berhari raya. Mereka lebih banyak tahu cerita di sini dari orang yang duduk di Malaysia. Lebih-lebih lagi cerita politik, rasuah, gosip, kroni dan lain-lain lagi. Satu cerita yang paling tak tahan ialah cerita pasal F1.

Mana yang gila F1, mungkin cerita ini mengembirakan mereka. Macam aku yang agak ‘kureng’ sikit dengan F1, bila mendengar cerita ini menjadikan aku lebih meluat dengan sikap pemimpin kerajaan BN. Orang perantauan ini beri tahu aku bahawa Kerajaan Malaysia menaja penuh kereta lumba F1 Lotus.

Apa!!!!

F1 racing car fully funded by Malaysia Government!. Oh my gosh!. What the f*ck is that?

Duit siapa yang depa guna?. Duit aku ka?. Duit mak ayah aku ka?. Duit rakyat Malaysia ka?. Ini ka 1 Malaysia?, bersatu hati membazirkan wang rakyat!.

Bila aku dengar cerita ini aku mula buat kira-kira. Bayangkan, Honda sudah tarik diri dalam perlumbaan F1 musim ini sebab tak cukup bajet untuk tampung perbelanjaan kerata lumba mereka kerana krisis ekonomi. Ini menunjukkan bahawa perbelanjaannya besar dan Honda sebagai salah satu pengeluar kereta gergasi dunia pun tak tahan dengan kos F1 ini.

Memanglah Kerajaan Malaysia lebih kaya dari Honda, tetapi Honda berada dalam industrinya sendiri. Lain dari Malaysia yang ada lebih kurang 24 juta rakyat dan bukan semuanya minat F1, bukan semuanya pergi Sepang beli tiket beratus-ratus ringgit, bukan semuanya KAYA!… ada yang miskin yang memerlukan bantuan untuk kehidupan kerana itu hak mereka.

Kalau benarlah cerita ini, memang aku kesal dengan sikap pemerintahan Najib Tun Razak. Kesal aku lebih dari kesalan rakyat Malaysia memilih Pak Lah jadi PM Malaysia dahulu.




Bebaskan Palestin!

Ini adalah blog 3K - Kaji, Kritik, Kantoi. Blog ini hanya dipunyai oleh Kipp dan dia berhak menulis apa-apa mengikut kesukaan akal, hati, emosi dan kepala otaknya sendiri. Ruang lingkup tulisannya adalah berunsur apa-apa saja yang melibatkan hal-hal duniawi dan ukhrawi. Dan juga terbuka pada sesiapa yang nak komen, kritik atau apa-apa sahaja di atas tulisan oleh Kipp... selamat membaca!!!


E-mail Kipp ke:

kipptriplek@yahoo.com


Pemberitahuan:

Untuk aktiviti "menconteng", anda bolehlah ke halaman profil kipp dan "menconteng" dibahagian komen tersebut, atau klik sahaja di bawah ini.

klik disini

 

November 2009
I S R K J S A
« Okt    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Kategori Artikel

Arkib Artikel

Foto Flickr Kipp

BN gila 21

BN gila 20

BN gila 19

BN gila 18

BN gila 17

More Photos

Statistik Pelawat Blog 3K

  • 28,376 kali dilawati

Apa?!