Jom Masuk Pertandingan Menulis Surat Kepada PM

Aku ingat nak masuk Pertandingan Menulis Surat Kepada PM ni sebenarnya. Tapi hajat aku tak kesampaian sebab hanya ada dua kategori sahaja iaitu Kategori A untuk  Sekolah Rendah dan Kategori B untuk Sekolah Menengah. Sepatutnya ada kena tambah dua kategori lagi, Kategori C untuk Pembodek dari BN dan Kategori D untuk orang macam aku. Haha.

Untuk Kategori C dan D tak perlu hadiah macam Kategori A dan B. Hadiah untuk Kategori C boleh la bagi projek-projek terbaru kerajaan, manakala hadiah untuk Kategori D boleh la bagi ISA ke, C4, tak pun melancong sambil belajar ke Monggolia. Itupun kalau pihak POS Malaysia dan SKMM berminat nak taja.

Tapi aku tak kira, aku nak juga tulis surat ni kepada PM. Kalau tak boleh masuk pertandingan pun tak apa. Boleh juga jadi surat terbuka untuk PM.

Kalau ikut syarat-syarat pertandingan ini, surat ini perlu dimulakan dengan “Ke hadapan YAB Perdana Menteri……“, tidak lebih 500 patah perkataan mengenai hasrat atau cadangan terhadap kepentingan perpaduan kaum dan hidup bersatu, serta apa yang boleh dilakukan untuk terus mengekalkan keharmonian negara dan menyokong aspirasi 1 Malaysia sebelum 19 Februari 2010. Maka aku akan mula berbicara mengikut syarat-syarat seperti di atas.

Ke hadapan YAB Perdana Menteri yang hensem lagi berkilat kepalanya. Saya rakyat Malaysia. Saya juga suka keamanan, perpaduan dan bersatu padu. Saya sukakan keharmonian yang ada. Tetapi sejak YAB PM menjadi Perdana Menteri, tak ada apa yang saya boleh harapkan dari YAB PM.

Malaysia sebenarnya sudah aman dan makmur. Yang menjadikan perkara ini sebagai satu masalah ialah parti pimpinan YAB PM sendiri iaitu UMNO dan BN. Parti komponen dalam BN sendiri menunjukkan perkauman yang ketara. UMNO hanya untuk kaum Melayu, MIC hanya untuk kaum India dan MCA pula untuk kaum Cina. Bagi saya, 1 Malaysia seperti kerja sia-sia kerana ia tidak datang dari pemimpin itu sendiri.

Melihat kepada hal ini, YAB PM perlu mencontohi Pakatan Rakyat yang mempunyai parti komponen yang lebih “majmuk” berbanding BN. PAS untuk orang Islam (tak kira apa kaum mereka), akan tetapi kini sudah ada kelab penyokong PAS dari kaum Cina dan India. PKR untuk semua kaum. Manakala DAP yang kelihatan mejoriti kaum Cina tetapi ia terbuka untuk semua kaum.

Bagi saya, 1 Malaysia hanya dapat dilihat dalam Pakatan Rakyat, tidak dalam BN. Oleh yang demikian, cadangan saya untuk YAB PM agar muhasabah dan buat sedikit kajian semula mengenai apa yang saya tuliskan di atas. Kalau YAB PM tak ada masa, YAB PM boleh sahaja suruh orang suruhan  buatkan untuk YAB PM. Kalau nak bagi upah rasanya tak luak pun duit YAB PM a.k.a duit rakyat yang YAB PM pegang.

Sebelum saya mengakhiri surat saya ini, cadangan saya bagi mengekalkan keharmonian negara ini adalah YAB PM kena bagi royalti minyak kepada Terengganu dan Kelanta kerana itu hak mereka. Tangkap orang yang patut disalahkan dalam kes 2 enjin pesawat TUDM hilang (iaitu YAB PM sendiri, haha). Turunkan harga minyak. Letak jawatan, dan bagi kepada orang yang lebih baik dan bagus dari YAB PM. Dan akhir sekali, buang Rosmah Mansor jauh-jauh, buat menyemak mata aje tengok rambut dia. Haha. Kalau ini dilakukan oleh YAB PM, Insya Allah Malaysia akan lebih baik daripada sekarang.

Saya akhiri dengan serangkap pantun:

Pecah kaca pecah gelas
Lepas baca harap balas

Yang benar;

AKU

Posted on Januari 18, 2010, in Bebas, Otak de Lutut. Bookmark the permalink. 29 Komen.

  1. tampa BN malaysia x kn aman…. Dengan adanya BN malaysia blh aman sampai hari ini…

    KIPP: Bukan BN yang bagi aman, Allah Ta’ala yang bagi aman pada Malaysia. Lagipun sebab orang Malaysia ni baik-baik, bukan sebab BN pun.

    • Wahai J, ayat ko ni ayat skema budak BN bodoh tahap cipan.. haha

      KIPP: Betul, ayat skema UMNO

      • kalau tak ada pemumpin negara kemungkin hidup rakyat kita tidak akan bersatu padu seperti sekarang…………………………..

        KIPP: Pemimpin memang perlu ada, tapi bukan dari UMNO….

      • hayaaaa…apa mcm owh….derek ma jmpa PM…apa barang ckp d surat ………..potong LAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA………………………………..

    • betol222…

  2. ko..ak sokong,but x kan nk anta direct cam tu jew..ni sekolah ak,diwajibkan menyertai pertandingan nih!x taulah ape 1 Malaysia nih…ish ish…Tun Dr. Mahathir lg hebat memimpin rakyat Malaysia dr Paklah ngn Dato’ Seri Najib amende entah

    KIPP: Setakat nak seronot aje.. haha

  3. +++++++++++++++1
    especially
    “Letak jawatan, dan bagi kepada orang yang lebih baik dan bagus dari YAB PM.”

    KIPP: Yeah!!!.. direct to the point

  4. saya amat menyokong cadangan-cadangan anda.saya berharap nanti PM dapat mempertimbangkan cadangan anda tu yee…..salam 1 Malaysia

    KIPP: Hahaha… sokong!

  5. saya amat bersetuju dgn cadangan anda tetapi masa begitu singkat atau pendek…..saya hrp pihak anda memberi tempoh yang panjang kepada mereka.

    KIPP: Nak tempoh panjang lama mana Zahinnnnn oii… dah 52 tahun dah… dah bagi masa sebleum aku lahir lagi… tapi makin teruk ada la…

    • zahinnnnnn:please laaaaaaaa….jan la mngetop…..sdah laaaaaa……sma sja kau ama org kmpg mue smenanjung………..

  6. Ku sokong segalanya……………… cetuskan demotrasi hapuskan kontroversi…

  7. UMNO, MIC dan MCA mmgla utk kaum masing2… disitu bermulalah perbincangan tahap pertama… kemudian, kesemua parti2 ni BERSATU dalam Barisan Nasional… kat situ barulah bermula perbincangan hal2 politik tahap kedua!! so that mean, UMNO, MIC dan MCA ditubuhkn utk menjamin kepentingan setiap kaum sebagai parti2 kecil.. kemudian, permasalahan mereka dibawa ke Barisan Nasional.. dengan ini semua kaum dapat menyuarakan pndgan masing2, ngok!! kerana Barisan Nasional la kita merdeka skang ni dekat 52 taun!!

    Pas ape tau, asyik mempolitikkan agama, bkn menerapkn nilai agama dlm politik!! ble da takleh nk pikir secara global dan berfikiran kelas pertama, gunakan alasan agama utk pikat org.. tengokla, kebanykn pemimpin2 diorg, skola ntah sampai darjah berape ntah… ade hati nk tadbir negara zaman skrang nie.. kelantan tu pun da berdekad2 cam setinggan je ak tgk.. rumah2 pemimpin je besar2… kota bharu tu cam rumah tinggal, kate ibu negeri!! memalukan islam je.. islam suruh kita mmbangun, bukan fikirkn akhirat je, patut la org luar pandang rendah dkt islam!! diorg kate islam kuno dn tak mmbangun!!

    Ramai org m`sia yg bodoh, tapi berlagak pandai.. m`sia bkn negara demokrasi, tapi NEGARA DEMOKRASI BERPERLEMBAGAAN!! memangla demokrasi, tapi berteraskn perlembagaan yg telah ditetapkn mase merdeka utk menjamin ketuanan melayu.. mase tu semua setuju!! so, ape kes?? klu bkn sebab perlembagaan d raja2 melayu, org melayu silap2 jadi macam org melayu pattani kat thailand!! tak blajar sejarah ke!! sejarah pun lingkup ad hati nak pertikaikn perlembagaan… tu yg bodoh tu.. klu dah malu tu mesti padam komen ni, kan??haha, da agak dah..

    KIPP: Yang pertama sekali aku tak akan padam komen ko sebab aku nak tunjukkan orang yang sokong BN bengap nak mampos. Aku akan masukkan ini sebagai entry aku lepas ni.. haha.. meh aku kasi basuh ini budak!… haha

    • Lu serang salah tempat la bro. Skang aku bagi lu baca entry terbaru aku yang aku buat khas untuk lu.. baca jangan ak baca.. kalo ko malu nanti aku boleh delete entry tu… hahahahaha. Untuk memudahkan ko, aku bagi URL entry tu kat sini… http://kipp3k.wordpress.com/2010/02/16/membasuh-komen-dari-rkyat-msia/

      • boro mue nie tahap dewa…………….kencang ehhhhhhh saiko mue nie…………..pasang net bha klu brani …………………hahahahahahahahahahahahahahahahahahaha

    • bila hati sudah dikaburi dengan kebendaan, maka rosak binasalah orang2 yang beriman.. sudah menjadi adat lagi bila manusia hatinya gelap, maka nilai2 yang paling bernilai baginya akan hilang..

      kita dah hidup akhir zaman ni..sdarlah2 wahai saudaraku semua..nabi dah bagi peringatan akan semua yang terjadi di akhir zaman ni..blum tentu lgi msuk syurga..kita fkirlah sama2.. islam dah bgi pnduan pda kita semua..

      sebab aku teringat surah dalam alquran(aku pn bkan pndai sgt)..berpesan2 pda kebenaran..memahami isi alquran itu lebih baik dari dunia dan seisinya..sama2 lah kita fikir,renungkan..dan kembali ke jalan benar..

      KIPP: Ok… sokong la PAS.. haha

    • aku memang x paham…. kte org ddk kat M’sia nie sama2…. kte nak perpaduan kaum…. memang dah ade x tak ckp mantap! klw kat sek pon dah ada kes perkauman… tu dah x nama perpaduan dah… & bila ade orang cam Kipp, memberi pendapatnya… ade pulak hantu mane entah! yg dtg ckp bkn2 & cabar die 2! suka hati dia la nak ckp ape yg ko gi komen tak tentu pasal & ungkit isu perkauman buat apa!! Mampos si “rkyat m`sia” name eh…. NAMPAK SANGAT LAPISAN MASYARAKAT MCM KO MSH WUJUD! ( ORG2 YG X SKG PERPADUAN KAUM DI M’SIA… BUAT MALU NEGARA JE ORG CAM KO)

      KIPP: Kalo ko tak paham… aku lagi tak paham dengan orang Malaysia ni… dah terang lagi bersuluh Najib tu teruk… mau di sokong lagi..

  8. BOLEH SAYA MASUK PETANDINGAN INI?

    KIPP: Masuklah… tak de orang nak halang

  9. PERIHAL PENGETUA SBT BODEK PM SATU MALAYSIA – harakahdaily

    Saya rasa terpanggil untuk menulis maklumat yang baru saya terima dari anak saya yang merupakan salah seorang pelajar di salah sebuah sekolah yang telah diumumkan sebagai sekolah berprestasi tinggi (SBT) oleh TPM.

    Alangkah terkejutnya saya apabila anak saya memaklumkan semua pelajar di sekolahnya diwajibkan menulis surat satu Malaysia ke PM dan bagi pelajar yang tidak menghantar surat tersebut kepada guru berkenaaan pelajar-pelajar ini tidak dibenarkan ‘outing’ (keluar untuk sekadar beberapa jam pada Jumaat atau Ahad).

    Mengikut anak saya arahan ini dari pengetua sekolah. Surat-surat yang ditulis ditapis oleh guru dan isi kandungannya terikat kepada idea-idea yang dibincangkan dengan guru. Permulaan harus lebih kepada memuji kepimpinan PM.

    Persoalannya mengapa harus memaksa pelajar-pelajar menulis surat satu Malaysia kepada PM sedangkan gagasannya masih kabur dan mengapa harus memuji kepimpinan PM dan mengapa harus ditapis kandungannya?

    Bukankah lebih baik menggunakan ICT di mana pelajar menulis dan terus email kepada email PM. PM harus tahu dan menerima hakikat mengenai apa sahaja pandangan dari rakyat.

    Pengetua pun janganlah hendak jadi ‘kaki bodek’ dengan cara memaksa pelajar-pelajar dalam hal ini.Seusia ini (13-17 tahun) pelajar telah dipaksa dan tidak diberikan kebenaran menulis, di manakah demokrasi yang dicanangkan sehingga ke Washington.

    Ibu pelajar SBT

    KAH KAH KAH…

    woit…. KANTOI…kah kah kah..

    woit… MULA MULA… TAK BANYAK SURAT SAMPAI…. kah kah kah..

    kah kah kah…. KAKI BODEK CADANGANKAN PANJANG KAN LAGI MASA… kah kah kah…

    kah kah kah… TAK ADA JUGA SURAT SAMPAI… kah kah kah..

    kah kah kah… AKHIRNYA KAKI BODEK PAKSA PELAJAR TULIS SURAT… kah kah kah…

    woit…. SEKARANG SUDAH KANTOI….. kah kah kah…

    woit… INI SEMUA PROJEK TIPU MELAYU… kah kah kah

    aku cilok dari tukartiub

    KIPP: Kah kah kah….. LEPAS TU PM SYOK SENDIRI SEBAB KATANYA RAMAI PENYOKONG…. kah kah kah…

  10. Bila nak keluar keputusan pertandingan ni?

    KIPP: Hoho.. silap tempat bertanya la cik…

  11. Dato Seri,
    Perumahan Negara dibuat untuk membantu rakyat miskin mendapatkan rumah kos rendah sekaligus bagi membasmi kemiskinan dan rumah rumah setinggan. Namun
    sebaliknya, saya amat kesal kerana matlamat utama kerajaan khasnya UMNO sebenarnya tidak sampai kepada rakyat atau telah disalahgunakan oleh beberapa pihak tertentu terutama dari kalangan pegawai-pegawai yang mengendalikan atau lebih tepat lagi pengurusan di pejabat-pejabat SPNB dan Lembaga Perumahan adalah tidak telus sepenuhnya.
    Pertanyaan saya adakah Perumahan Negara Untuk Rakyat atau Perumahan Negara mengutamakan perumahan tersebut dikalangan kakitangan, kenalan atau keluarga Perumahan Negara dan LPPB sahaja?
    Saya telah memberapakali memohon untuk mendapatkan rumah di Perumahan Negara dikawasan Kota Kinabalu seperti kawasan Tuaran iaitu Perumahan Rugading, Telipok Ria namun jawapannya tiada kosong atau permohonan sudah ditutup sedangkan pada ketika saya pergi kepejabat mereka saya melihat sendiri bagaimana pegawai SPNB dan LPPB melayani seorang pemohon baru namun dari perbualan mereka, saya andaikan bahawa mereka mengenali satu sama lain atau mereka dari kalangan keluarga kerana perbualan pertanyaan khabar mengenai keluarga. Seterusnya, saya telah pergi ke kawasan Puri Warisan (Perumahan Negara), Jaya Diri (LPPB) di kawasan Sepanggar dan jawapan saya terima tetap sama tiada kekosongan.
    Adakah Perumahan Negara SPNB atau LPPB memantau pergerakan setiap pegawai yang diamanahkan untuk berlaku adil dalam mengendalikan perumahan tersebut? kerana saya telah dimaklumkan oleh beberapa orang yang telah menempati diberapa-berapa kawasan perumahan tersebut jika mau dapat dan cepat, senang saja jawapan mereka. Saya tanya bagaimana? Duit…kata mereka, asal ada duit. Bayarannya alahai….mencecah ribuan ringgit, perlu membayar kepada pegawai-pegawai tertentu untuk mendapatkan lot-lot dikawasan mana saja yang dipohon, baru boleh dapat.
    Cuba bayangkan Dato Seri, apa dah jadi kepada pegawai-pegawai kerajaan sekarang? Apa namanya ini rasuahkan atau duit kopi (pengurusan)? Jika kita lihat masih banyak lot-lot kosong yang masih belum ditempati oleh rakyat di kawasan Perumahan Rugading, Jln Tuaran, Kota Kinabalu begitu juga di kawasan lain namun jika kita ajukan kepada pegawai masih banyak yang kosong hasil tinjauan kita ke perumahan tersebut, pegawai dibahagian SPNB & LPPB bilang ada orang punya namun lebih bebarapa tahun sudah dibuka tapi masih tiada penghuni dilot-lot tertentu berderet-deret terutamanya dibahagian ground floor, kalaupun ada penghuni kebanyakan nya di tingkat 2, 3, 4 sahaja. Pelik rasanya, rupanya dibawah sememangnya dihadkan kepada yang membuat pembayaran jalan belakang.
    Dato Seri, saya memohon kepada pegawai-pegawai atasan Perumahan Negara SPNB atau LPPB, sila turun padang dan meninjau sendiri, jangan hanya duduk dipejabat berhawa dingin dan terima gaji bulanan ribu-ribu. Jangan terlalu mengharap orang bawahan saja yang mengendalikan kerana biasanya laporan dan ulasan yang baik sahaja yang dihantar kepada orang atasan sebaliknya sekarang ini semua pakai duit, masuk tandas pun bayar, apa lagi sebuah rumah.
    Kalau nak tau lebih lanjut, sebaiknya pergilah pantau dengan menyamar sebagai orang awam dan lihat bagaimana pegawai-pegawai tuan mengendalikan perumahan tersebut atau lihat sendiri penempatan tersebut benarkah yang duduk diperumahan tersebut
    benar-benar rakyat miskin yang tidak berkemampuan kerana hampir 80% peratus adalah dikalangan orang yang berkemampuan dan mempunyai pekerjaan tetap seperti kakitangan kerajaan dan memiliki kereta-kereta besar pacuan empat roda seperti Naza Ria, Ninja King TZ, Exora, Perodua. Cubalah lihat sendiri, saya cadangkan jangan tengok siapa tinggal dirumah tersebut? tapi lihat dulu kereta apa yang banyak dikotak parking kereta dipenempatan tersebut. Pasti anda akan terfikir, orang-orang ni semuanya kaya belaka? Miskin konon tapi kaya-kaya dan berkemampuan sebenarnya.
    Dato Seri, bayangkan jika seorang yang bergaji tinggi dan mempunyai jawatan sebagai pensyarah, guru, polis, doktor, jururawat dan sebagainya juga ada di penempatan tersebut. Inikah namanya Perumahan Negara Untuk Rakyat Miskin?

  12. komen???warga pendidik saja d utama…pertahanan di utamakn…knp….jabatan lain x penting ke…gaji xpernah nik2 sejak zaman pak lah…idup pak lah….cakap saja ekonomi bik…bik pe…abis utan d sarawak d teroka tanpa rancangn….tanah d tukar stastus konon utk rakyat…xda….utk idividu sbnrnya…bela kakitangn kerajaan yg d ank tiri kan…cnth nya kesihatan…klinik sana sini…gaji xda jua nik2…ingat..kalo gaji jab in nik…prtahanan sama pendidikn xpyh nik lg…..ckp la…jgn tamak…kita bkn tuhan pun…semua penting…utk rakyat konon…tp kakitgn sendiri terutama d bwh…d lupakn….fkir2kan la kakitgn kerjaan yg in…

  13. hang ni pelik nak kena bunuh ke hapa

  14. marilah kete se#

  15. dah,dah la tu.jgn gaduh2.ALLAH x suke.biarkan kipp tu luahkan perasaan x puas ati dye.aquw rase baik kite dktkan diri ngan ALLAH.doakan semoga najib diberi hidayah dan dye dpt jd pemimpin yg dikasihi ALLAH.lagipun ni kan `PERTANDINGAN MENULIS SURAT KEPADA PM`.bukannya `DEBAT`

  16. Kadang kadang aku rasa sedih sangat bila tengok sesetengah rakyat Malaysia ni suka sangat hina dan kutuk pemimpin negara tanpa berfikir dengan mengikut hawa nafsu,emosi dan fitnah yang ditabur oleh manusia yang tidak bertanggungjawab,yang hanya memikirkan untuk menguasai negara walaupun rakyatsudah berpecah belah. Kita semua tahu nak jadi pemimpin bukan senang dan bukan calang calang orang yang bo
    leh jadi,kena tabah kena ,tambah tambah lagi negara Malaysia negara majmuk yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama macam macam kena fikir pasal rakyat,banyak benda yang perlu dibuat untuk memuaskan hati 26 juta orang.Aku bukan apa,tapi masyarakat kena ingat,tiada pemimpin yang sempurna melainkan pemimpin yang sangat berkaliber lagi suci di sisi Allah S.W.T iaitu nabi Muhammad S.A.W THE CHOSEN ONE. Kita sepatutnya sama beri sokongan, kepada pemimpin agar negara kita ni boleh bangun dan maju dengan negara negara besar yang lain bukannya mencaci,kutuk hina maki pemimpin.Apa yang aku cakap ni,tiada niat atau unsur nak berpolitik,hanya sebagai renungan untuk kita semua sebagai belia moden yang bakal menjadi harapan bangsa dan agama dan juga negara Malaysia di suatu hari nanti.Insyaallah

  17. I’m not that much of a internet reader to be honest but your sites really nice, keep it up!
    I’ll go ahead and bookmark your site to come back later. Many thanks

  18. Hey terrific website! Does running a blog similar to this require a massive amount work?
    I have no knowledge of computer programming but I had been hoping to start my own
    blog soon. Anyhow, if you have any ideas or tips for new blog owners please share.
    I know this is off topic nevertheless I just had to ask.
    Thank you!

  1. Pingback: UMNO Di Hatimu « 3K – Kaji, Kritik, Kantoi

  2. Pingback: Membasuh Komen Dari “Rkyat M’sia” « 3K – Kaji, Kritik, Kantoi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: