Ada yang tak kena dengan Bajet 2010. Kalau rakyat didahulukan, mungkin tak perlu GST (kata mudah GST ialah pemansuhan cukai perkhidmatan dan cukai jualan) untuk ekonomi kita – walaupun masih diperingkat kajian.
Penggunaan GST memang nampak bagus bila dipandang dari sudut ekonomi negara. GST menggalakkan pengguna berbelanja dengan banyak dan ini akan meningkatkan pasaran sesebuah negara. Bagi faedah penggunaan GST, pengguna yang berbelanja banyak akan dapat pengurangan cukai yang banyak, manakala pengguna yang kurang berbelanja akan membayar cukai yang lebih banyak dari pengguna yang banyak berbelanja. Selain itu, kemungkinan besar juga kenderaan yang diimport dari luar akan mengalami pengurangan harga berbanding sekarang. Memang nampak bagus dan berfaedah kerana ia boleh mambawa Malaysia sebagai sebuah negara maju.
Tetapi apa terjadi kepada mereka yang kurang berkemampuan? Bagaimana pula survival Proton yang ditatang bagai minyak yang penuh selama ini?
Kita lihat negara jiran disekeliling kita, kebanyakan negara ini telah menggunakan GST di negara mereka. Perbezaan yang nyata apabila perbezaan taraf kehidupan antara kaya dan miskin terlalu nyata. Di Malaysia, jurang perbezaan ini masih dikira dekat dan “kurang nampak” berbanding negara lain di rantau ini, tetapi persoalannya adakah kita boleh benteras masalah kemiskinan di negara ini.
Mengikut Bajet 2010 yang dibentangkan, hanya jumlah yang dinyatakan untuk membantu rakyat miskin, tetapi pengurusan, cara dan siapa yang terlibat masih lagi samar. Siapakah yang dikategorikan sebagai miskin? atau tangga gaji yang manakah yang dikategorikan sebagai miskin?. Adakah orang yang bergaji RM 900 dan mempunyai tanggungan yang bekerja di kampung boleh dikategorikan sebagi miskin. Bagaimana mereka yang bergaji RM 900 dan mempunyai tanggungan tetapi bekerja di bandaraya seperti Kuala Lumpur, adakah ia juga dikategori miskin ataupun miskin papa kedana?
Masalah gaji minimum masih lagi tidak diputuskan oleh kerajaan dengan angka yang terbaik untuk rakyat. Masih lagi samar-samar. Jadi, kenapa perlu tergesa-gesa untuk mengaplikasikan GST? Banyak lagi yang perlu dilihat dan disemak sebelum GST dilaksanakan di negara ini.
Ketepikan Bajet 2010 sementara, kerana ramai yang hebat telah mengeluarkan buah fikiran mereka yang hebat-hebat bagi memastikan rakyat dibela. Kembali ke arena politik sekejap.
Hebohnya suratkhabar pro-UMNO mengenai PAS dan Tok Guru Nik Aziz dan masuk 3 hari 3 malam, tambah 4 hari lagi cukup 7 hari 7 malam. Semua orang mahu bersuara. Yang dalam PAS memang dah wajib, tapi yang luar PAS pun sama naik. Orang UMNO lihat ini sebagai satu peluang keemasan mereka untuk menghancurkan PAS dari dalam. Orang PAS pula lihat ini sebagai kematangan dan ketelusan pemimpin tertinggi PAS membuat keputusan demi kebaikan parti. Orang luar seperti aku melihat kepimpinan sebenar PAS bukan sekadar cium tangan pemimpin dan ampu pemimpin, tetapi perjuangan Islam yang perlu dipertahankan.
Tok Guru Nik Aziz kata nak buat dua tiga kerat yang dah jadi “UMNO Jadian” dalam PAS. Mereka beriya-iya dengan idea Kerajaan Perpaduan, sedangkan apa yang diperjuangkan oleh PAS ialah Kerajaan Islam yang berlandaskan al-Quran dan As-Sunnah. Idea Kerajaan Perpaduan ini mungkin akan menghancurkan impian PAS seperti apa yang telah terjadi dahulu semasa PAS menyertai BN tahun 70-an menyebabkan PAS perlu bangkit semula dan memcuci imejnya untuk kembali kepada rakyat. Ia mengambil masa lebih kurang 4-5 tahun untuk rakyat percaya kembali kepada PAS. Tapi hari ini, ada sesetengahnya yang lupa tentang sejarah kejatuhan tersebut.
Aku tidak mahu melihat ada pemimpin PAS yang hebat dalam PAS tetapi akhirnya mati dalam UMNO seperti Allahyarham Dato’ Asri. Dan aku tak mahu juga lihat pemimpin PAS yang jadi katak si katak lompat demi survival politik mereka. Mungkin kita perlu melihat perjuangan Allahyarham Ustaz Fadhil Noor, seorang pemimpin PAS yang hebat dan melawan kerakusan kuasa UMNO dibawah Tun Mahathir waktu itu. Tiada bunyi yang dikeluarkan untuk tunduk dengan UMNO sedangkan Tun Mahathir waktu itu adalah pemimpin terhebat dalam UMNO dan hingga kini tiada pemimpin UMNO yang boleh mengatasinya.
Oleh itu, apa yang PAS perlukan dari UMNO? Jawapannya TIDAK PERLU APA-APA. Tidak perlu Kerajaan Perpaduan. Tidak perlu usahasama PAS-UMNO. Tidak perlu muzakarah. Mungkin itu yang terbaik yang boleh dibuat oleh Tok Guru Nik Aziz untuk PAS yang disayanginya. PAS boleh bergerak sendiri dan mempunyai kekuatanya sendiri. Sikit demi sedikit kejayaan PAS telah menampakkan hasil, malah kini PAS telah ada Kelab Penyokong dari bangsa Cina dan juga India. Kesimpulannya PAS sudah kuat dan UMNO memang takut dengan kekuatan ini. UMNO seperti ular dalam semak yang hanya menunggu masa untuk mematuk mangsa, jangan PAS pula yang jadi mangsanya yang sama untuk kali kedua.






“Tok Guru Nik Aziz kata nak buat dua tiga kerat yang dah jadi “UMNO Jadian” dalam PAS. Mereka beriya-iya dengan idea Kerajaan Perpaduan, sedangkan apa yang diperjuangkan oleh PAS ialah Kerajaan Islam yang berlandaskan al-Quran dan As-Sunnah”
memetik kata2 penulis diatas..saya keliru..
prinsipnya mudah..pas menolak kerajaan perpaduan dan memperjuangkan kerajaan islam berasaskan al-quran dan sunnah. betulkah ini prinsip semua ahli2 pas? kalo betul, saya sebagai pengundi atas pagar mmg akan terus mempunyai keyakinan untuk mengundi pas lagi masa akan datang..
tetapi..adakah pas dapat memperjuangkan prinsipnya dengan DAP laknatullah dan PKR? oklah saya taknak kutuk PKR sebab PKR pun ramai org islam..bagaimana dengan DAP? bolehkan PAS menegakkan KERAJAAN ISLAM dengan DAP? beranikah NIK AZIZ untuk menegaskan jika PR menguasai parlimen nanti, kerajaan BN yg tumbang akan digantikan dengan KERAJAAN PR yg ISLAMIK berteraskan al-quran dan sunnah? PAS yg pernah memerintah Perak seketika sebelum ni pun selalu tunduk dengan orang DAP..takut DAP..lemah..lemahnya kita org Islam..Sultan sebagai penaung ISlam di perak pun diherdik dan dicerca oleh orang2 DAP laknatullah..
perkara lain yg lebih membingugkan saya masih banyak..tetapi bolehkah penulis komen dulu perkara yg saya ungkitkan diatas?
bantulah saya agar saya dapat memilih mana perjuangan yg sebenar..
UMNOkah..PASkah atau PKR…