15
Okt
09

Dia Yang Berfikiran Negatif

“Aku buat kerja ni baru lagi. Full time. Dah tak keje lagi dah. Exam gomen pun aku tak amik”.

“Gile ape kau ni?. Exam gomen kau tak pi amik. Nanti susah baru tau. Kerja gomen lagi terjamin”.

“Apa yang susahnya. Selama ni pun hidup aku memang susah pun. Sekarang ni aku dah buat kerja ni ada juga masyuk untuk beli susu anak. Nak harapkan kerja gomen?. Lepas exam pun bukan tentu boleh lepas. Kalau lepas pun, status kontrak. Mana terjaminnya?”

“Ye la kontrak. Tapi dah keje lama dapat la status tetap. Kena la sabar. Lagipun orang lain berkejar-kejar cari kerja ngan gomen. Ko senang-senang aje buat dono. Kufur nikmat sungguh”.

“Sedap mulut ko je. Aku bukan kufur nikmat, aku nak bagi peluang kat orang lain berkerja sebab aku dah ada kerja aku sendiri. Kerja yang aku suka. Kerja yang aku minat. Nak buat ape tamak-tamak. Umur dah lanjut tapi nak lompat sana lompat sini cari kerja. Tak fokus!. Ko tau tak focus tu apa? FOCUS = Forget Other Commitment Untill Succes

“Bukan tak fokus, tapi nak cari yang selesa. Dah jumpa nanti, stay aje la situ”

“Adoyaiii… kerja apa yang selesa kat dunia ni bang oi!. Ko dah jumpe ke kerja yang selesa tu?”

“Tak lagi”

“Dah tu. Sampai bila nak mencari?. Ko pernah terpikir tak kenapa aku buat kerja sendiri?. Kalau kerja dengan orang, kita mungkin kerja gila-gila. Maksud aku pergi kerja pukul 7-8 pagi dan balik pukul 5-6 petang, kekadang terlajak sampai 9-10 malam. Tapi apa kata ko guna cara kerja yang rajin tu kepada kerja sendiri macam aku. Lepas tu baru ko tahu betapa rugi hidup ko bertahun-tahun kerana mencari-cari yang tak tentu bila boleh jumpa. Entah-entah kalau jumpa pun, masa tu umur ko dah 40 tahun… rugi bro!”

Nota:
Sembang di atas memang ada kena mengena dengan anda. Minta maaf jikalau terasa.


2 Respon to “Dia Yang Berfikiran Negatif”


  1. Oktober 16, 2009 at 8:54 am

    sembang di atas sebenarnye ada kene mengena dengan tuan nyer website ni yg ditegur oleh membernye yg keje ngan gomen… hahahaha…

    KIPP: Bukan setakat ada kena mengena… dah terpacak kata atas hidung pun…huhu

  2. Oktober 16, 2009 at 3:54 pm

    Assalamualaikum wbt…

    Cerita di atas sangat menarik dan banyak pengajaran. Buat sesuatu kerja mesti fokus. Jangan suka lompat2 dan kerja sendiri lebih bagus seperti berniaga ke..apa ke…Tapi jangan berniaga benda lain pulok..yang salah di sisi agama dan undang2..he he he…

    KIPP: Nauzubillah la nak buat bisnes yang haram nak bagi makan anak bini… mintak simpang.


Tinggalkan jawapan




Bebaskan Palestin!

Ini adalah blog 3K - Kaji, Kritik, Kantoi. Blog ini hanya dipunyai oleh Kipp dan dia berhak menulis apa-apa mengikut kesukaan akal, hati, emosi dan kepala otaknya sendiri. Ruang lingkup tulisannya adalah berunsur apa-apa saja yang melibatkan hal-hal duniawi dan ukhrawi. Dan juga terbuka pada sesiapa yang nak komen, kritik atau apa-apa sahaja di atas tulisan oleh Kipp... selamat membaca!!!


E-mail Kipp ke:

kipptriplek@yahoo.com


Pemberitahuan:

Untuk aktiviti "menconteng", anda bolehlah ke halaman profil kipp dan "menconteng" dibahagian komen tersebut, atau klik sahaja di bawah ini.

klik disini

 

Oktober 2009
I S R K J S A
« Sep   Nov »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Kategori Artikel

Arkib Artikel

Foto Flickr Kipp

BN gila 21

BN gila 20

BN gila 19

BN gila 18

BN gila 17

More Photos

Statistik Pelawat Blog 3K

  • 28,620 kali dilawati

Apa?!

Komen Spam Yang Ditahan