04
Okt
09

Kerja Dan Kerjaya

Apa maksud KERJAYA?

Adakah kita berkerja untuk berjaya, atau kerja dengan jayanya atau kerja dan seterusnya berjaya.

Kalau kerja yang kita buat itu adalah kerja yang kita tidak minat, tetapi disebabkan desakan ekonomi yang memerlukan seseorang itu mendapatkan duit melalui pekerjaan. Adakah itu boleh dikategorikan sebagai kerjaya?

Berapa ramai yang kerja pada waktu ini tetapi hatinya berbolak-balik dengan kerjanya?

Berapa ramai yang kerjanya kini tidak dapat mengaplikasikan apa yang dia belajar dahulu?

Berapa ramai yang bekerja sebagai penjawat kerajaan kerana itu sahaja yang boleh sara kehidupan mereka?

Berapa ramai yang menghabiskan wang ringgit semasa belajar dahulu tetapi hanya mengejar jawatan gomen semata-mata kerana pencen?

Banyak lagi persoalan yang timbul bila melibatkan kerja dan kerjaya.

Malah ada cerita seorang yang belajar hingga ke negara Jepun dalam bidang Kejuruteraan Elektronik, dan menjadi kebanggaan keluarganya. Balik ke Malaysia mendapat jawatan Pembantu Jurutera di syarikat multinational tetapi hanya bertahan hanya dua bulan dan berhenti kerja kerana KPLI.

Kenapa bertindak demikian? Hanya dia sahaja yang ada jawapannya.

Tetapi janganlah kerana kerja sebagai guru boleh kerja relaks, ada cuti banyak, banyak elaun, gaji tinggi dan sebagainya menjadi ukuran.

Pemikiran kerja gomen dapat menjamin hidup adalah pemikiran zaman dahulu. Kini pemikiran itu perlu ditukarkan kepada TANGGUNGJAWAB kepada rakyat. Kerja gomen perlu ketelusan dan keihklasan, jika tidak ia akan menjadi seperti apa yang terjadi sekarang -  rasuah, makan gaji buta, kerja lambat, hasad dengki, iri hati dll – walaupun tak semua begitu, tapi ia tetap ada. Tak perlu nafikan hal ini. Mungkin ia teman sepejabat anda. Mana tahu?

Kerjaya semamangnya kerja, tetapi tak semua kerja boleh jadi kerjaya. Aku memilih untuk kerja sendiri kerja itulah kerjaya aku.


1 Respon to “Kerja Dan Kerjaya”


  1. 1 Semat
    November 16, 2009 at 5:54 am

    Aku sampai skg kerja tidak kekal hingga brtahun bila aku pny masalah yg tidak dpt hndel aku terus bnti Tampa pikir kesan buruk. Aku biar ia nak jd.. Jd lah.. Kini aku merana sngt kerna tnggal kekasih lama..(kerja lama) sb aku blah bgitu tnpa Ada srat bnti penysaln smp mati aku rse.. Nak pi mnta kerja blik malu..aku btindak bodoh


Tinggalkan jawapan




Bebaskan Palestin!

Ini adalah blog 3K - Kaji, Kritik, Kantoi. Blog ini hanya dipunyai oleh Kipp dan dia berhak menulis apa-apa mengikut kesukaan akal, hati, emosi dan kepala otaknya sendiri. Ruang lingkup tulisannya adalah berunsur apa-apa saja yang melibatkan hal-hal duniawi dan ukhrawi. Dan juga terbuka pada sesiapa yang nak komen, kritik atau apa-apa sahaja di atas tulisan oleh Kipp... selamat membaca!!!


E-mail Kipp ke:

kipptriplek@yahoo.com


Pemberitahuan:

Untuk aktiviti "menconteng", anda bolehlah ke halaman profil kipp dan "menconteng" dibahagian komen tersebut, atau klik sahaja di bawah ini.

klik disini

 

Oktober 2009
I S R K J S A
« Sep   Nov »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Kategori Artikel

Arkib Artikel

Foto Flickr Kipp

BN gila 21

BN gila 20

BN gila 19

BN gila 18

BN gila 17

More Photos

Statistik Pelawat Blog 3K

  • 28,635 kali dilawati

Apa?!

Komen Spam Yang Ditahan