04
Jun
09

Bercerai Kita Roboh!

UMNO masih lagi menanti di Penanti, walau apa jua ulasan dan alasan kekalahan mereka di Penanti bukanlah satu kejutan. Kejutan kepada kejatuhan UMNO baru sahaja bermula.

Mungkin orang Terengganu perlu belajar dengan orang Kelantan mengenai pemilihan bagi mewakili suara mereka. Manek Urai akan menjadi medan perjuangan kali ke-7 selepas PRU ke-12 yang sudah. Bagi UMNO, desakan perubahan suara rakyat menjadi trauma yang memakan diri.

Tragedi tersungkurnya Stadium Sultan Mizan menyembah bumi akan menjadi agenda “fresh” untuk PAS di Manek Urai. PAS bagai orang yang mengantuk disorongkan bantal, bagai kucing buta terlanggar bangkai tikus diwaktu malam, bagai rezeki yang datang bergolek dengan tragedi ini diwaktu UMNO sedang berpeluh darah untuk tidur malam di rumah pengundi dan menoreh batang getah untuk memancing undi. Apa pula alasan UMNO kali ini?

Mungkin kecelaruan kepimpinan UMNO di Terengganu dengan dua kumpulan – kumpulan Ahmad Said dan kumpulan Idris Jusoh – menjadi klu tragedi ini. Umur stadium baru sahaja setahun, tapi kecelakaannya seperti sudah berumur 100 tahun!. Sudah tentu masa pembikinan stadium ini sebenarnya dibawah kepimpinan Idris Jusoh. Ahmad Said baru sahaja pegang MB setahun lebih. Siapa yang makan lebih ni? Patrick Lim kot?.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya, percayalah. Hikmah yang jelas ialah membuka peluang besar bagi PAS di pentas kubunya di Kelantan untuk mempertahankan kerusinya. Ini isu besar. RM 300 juta duit rakyat sudah roboh!. Apa yang terjadi ini perlu UMNO fikir berkali-kali, berfikirlah secara rasional, secara realistik, secara statistik, secara sedar!… adakah ini waktu sesuai untuk meletakkan calon untuk melawan PAS di sana?

Mungkin aku lebih menyukai perkataan “provokasi” dalam artikel ini. Dalam hati memang mahu melihat kekalahan UMNO, tetapi takut terjatuhnya ‘takbur’ diatas diri. Nau’ Zubillah. Apa yang penting, rekod PAS di Manek Urai perlu dipertahankan. Rekod UMNO mungkin bercalar-balar sudah, tak perlu nak diperkatakan lagi.

Muktamar PAS akan bermula esok di Shah Alam. Isu kepimpinan antara professional dan ulama’ perlu diperjelaskan untuk ahli mereka. Kedua-duanya penting bagi pembangunan parti itu sendiri. Bagi aku ulama’ itu adalah professional. Tak perlu dipersoalkan lagi. Dan sudah menjadi trademark PAS bagi “Dibawah Kepimpinan Ulama” menjadi teras kepimpinan mereka. Tetapi professional juga amat penting untuk pembangunan duniawi ini. PAS bukan lagi parti lebai dan serban, PAS kini adalah wadah kepimpinan dan kepercayaan rakyat Malaysia untuk keadilan dan keimanan yang tiada pada UMNO.

Oleh itu, bersatulah demi Islam dan rakyat, jangan jadi seperti stadium tadi, baru setahun tersergam indah hingga lupa diri akhirnya tersembam ke bumi kerana lalai. Ingat!, rakyat lihat apa yang PAS buat, apatah lagi Allah S.W.T yang Maha Melihat apa yang pemimpin PAS buat. Jangan jadi seperti UMNO, mungkin inilah istidraj oleh Allah S.W.T sebagai bala kepada mereka. Wallahu ‘Alam.


3 Respon to “Bercerai Kita Roboh!”


  1. 1 arnamee
    Jun 10, 2009 at 10:55 pm

    SALAM ziarah.
    *blogwalking

    KIPP: Salam juga keatas anda..

  2. Jun 27, 2009 at 7:38 pm

    salam ziarah

    KIPP: salam juga keatas kamu..

  3. Ogos 2, 2009 at 2:28 am

    salam….

    xderk aper yg ana mahu coretkan…
    yg pasti..ape yg anta tulis ana s0kong spnuhnya…
    selamat maju jaya….

    ~salam~

    KIPP: Syukrannn…


Tinggalkan jawapan




Bebaskan Palestin!

Ini adalah blog 3K - Kaji, Kritik, Kantoi. Blog ini hanya dipunyai oleh Kipp dan dia berhak menulis apa-apa mengikut kesukaan akal, hati, emosi dan kepala otaknya sendiri. Ruang lingkup tulisannya adalah berunsur apa-apa saja yang melibatkan hal-hal duniawi dan ukhrawi. Dan juga terbuka pada sesiapa yang nak komen, kritik atau apa-apa sahaja di atas tulisan oleh Kipp... selamat membaca!!!


E-mail Kipp ke:

kipptriplek@yahoo.com


Pemberitahuan:

Untuk aktiviti "menconteng", anda bolehlah ke halaman profil kipp dan "menconteng" dibahagian komen tersebut, atau klik sahaja di bawah ini.

klik disini

 

Jun 2009
I S R K J S A
« Mei   Jul »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Kategori Artikel

Arkib Artikel

Foto Flickr Kipp

BN gila 21

BN gila 20

BN gila 19

BN gila 18

BN gila 17

More Photos

Statistik Pelawat Blog 3K

  • 28,512 kali dilawati

Apa?!