Satu persoalan yang bermain diminda aku. Adakah tarikh 13 Mei 2009 boleh menjadi sejarah di Perak?. Sementara menunggu keputusan Sultan Perak mengenai pembubaran DUN, UMNO mula membuat onar dan kecoh sekali lagi.
Apa yang aku nyatakan sebelum ini (lihat posting ini) mengenai strategi UMNO untuk melemaskan Pakatan Rakyat di Perak kini sedang diusahakan oleh kuncu-kuncu mereka. Tak habis di Mahkamah Tinggi, kini Mahkamah Rayuan jadi taruhan dan kemungkinan besar Mahkamah Persekutuan pula diambil kesempatan dek ketamakan kuasa UMNO di Perak.
Berbuih mulut kita berbicara tentang pembubaran DUN Perak, tapi sehingga 3 bulan dari tarikh Perak dirampas oleh UMNO, Perak dalam krisis yang tak berkesudahan. Tak tahu dimana penghujungnya. UMNO yang terlalu ambitious seperti Mat Jenin dan menyalahgunakan kuasa mereka merampas Perak dengan alasan mejoriti di Dewan DUN milik mereka, ditambah pula perkenan Sultan Perak untuk melantik Zambry jadi MB.
UMNO gembira bagai Lebai Malang dapat anak, disusukan, dibelai dan dijaga dengan rapi, tapi akhirnya dimandikan dengan air panas, maka menggelupur anak tersebut mati kelecuran. Kenapa jadi begitu?, jawapannya mudah, UMNO guna undang-undang rimba untuk takluk Perak. Mereka tak sedar bahawa undang-undang yang mereka agungkan sebelum ini telah memakan diri sedikit demi sedikit.
Kenapa tak mahu berlawan secara anak jantan wahai UMNO yang pengecut?
Kenapa tak mahu adakan pilihanraya di Perak. Biar rakyat tentukan siapa yang berhak memerintah. Jikalau UMNO yakin bahawa rakyat kini menyebelahi mereka, jadi apa nak ditakutkan. Bukankah Najib Tun Razak sendiri yang kata:
“Kini rakyat sudah kembali kepada UMNO“,
“Rakyat Perak perlu bertenang, UMNO akan selesaikan masalah ini“,
“UMNO akan mendamaikan Perak“,
“1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan“
Takkan dah lupa kot wahai UMNO. PM anda sendiri yang statement membunuh diri ini. Aku secara terus terang akan cakap dan tuduh secara nyata bahawa UMNO – “Cakap Tak Serupa Bikin!!!”. Tapi kalau UMNO yakin dengan ayat-ayat diatas, maka tidak menjadi masalah untuk pilihanraya. Kecualilah jikalau orang UMNO sendiri tahu bahawa ayat-ayat diatas sekadar retorik untuk menyeronokkan diri sendiri – syok sendiri.
Kalau orang UMNO tak mahu dilabelkan sebagai pengecut diabad ke-21 ini, maka berani diri, biar rakyat tentukan dalam Pilihanraya Umum Negeri Perak. Baru betul. Jangan jadikan Perak papan catur UMNO. Kerana yang pasti, kekecohan dan krisis di Perak selama ini jelas-jelas berpunca daripada UMNO.
UMNOlah punca kekecohan Malaysia selama ini, punca rasuah meningkat, punca akhlak remaja yang teruk, punca birokrasi, punca kemiskinan, punca perpecahan kaum, punca murtad, punca alim ulama’ diketepikan, punca hukum hakam Islam dipermainkan, punca anak luar nikah bertambah, punca Nurin mati dan Sharlinie hilang, punca salah guna kuasa, punca gengterisma, punca kemerosotan ekonomi, segala-galanya berpunca dari UMNO dan BN.
Masih nak berdalih lagi? Tepuk dada, tanya iman…






semalam kata nizar mb..hari ni kata zamberi pulak..apa ke hal nya yeop…main tarik tali ke perancangan jahat…dah terang nizar tu masih mb yg sah, dah mahkamah buat keputusan dah pun tak puas hati lagik..begok segalak puak2 nih..gilak..moga Allah berpihak kepada Nizar…
salam perjuangan..erm..sebenarnye..mereka takut akan kekalahan..walaupun sudah terang lagikan bersuluh..yang hak tetap yg hak..yang batil tetap yg batil..kerana takot kekalahan pelbagai permasalahan ditimbulkan..waAllahua’lam..
ya betui depa takut kalah kalau bubar dun perak…meeka buat apa saja yg tak masuk dek akal..macam yahudi takut mati..sedangkan pejuang palestin tidak takut dengan mati…dasar pengecut.
marah benor nih. hehe.
Nah bro, satu “truth” baek punya. Buat la post pasal benda ni. Blog saya x sesuai benda2 cmni. Hehe.
http://www.freedomhouse.org/template.cfm?page=442&year=2008
Senarai kebebasan media mengikut negara, tahun 2008. Tengok Malaysia ada di tangga ke berapa. Quoting from my friend yang tunjuk benda ni kat saya,
Freedom of the press?