11
Mei
09

Perak: Apa Rancangan UMNO Selepas Ini?

Mari kaji sedikit. Otak UMNO mudah untuk dikaji sebab acuan mereka sama selama 51 tahun kemerdekaan Malaysia.  Tetap tak berubah. Apa yang mereka fikirkan selepas keputusan Mahkamah Tinggi menyebelahi Ir Nizar sebagai MB Perak yang sah.

Banyak yang mereka rancangkan untuk mengambil alih semula Perak dari genggaman Pakatan Rakyat. Dengan kelebihan hanya satu kerusi di DUN menyebabkan mereka gah bagai nak rak merampas Kerajaan Negeri dari Pakatan Rakyat. Maka melalaklah UMNO Perak berangan bahawa rakyat Perak mahukan mereka. Bila dicabar untuk Pilihanraya Umum Negeri bagi mengetahui apa benarkah rakyat Perak mahukan BN, mereka memberi alasan – pembaziran wang rakyat.

Pakatan Rakyat terpaksa akur dalam keterpaksaan. Walhal dari segi undang-undang, Ir Nizar masih lagi MB Perak yang sah dipilih rakyat. Tapi UMNO guna undang-undang rimba, diketua Najib Tun Razak sebagai bapa Gorila dalam cerita Tarzan. Maka huru-haralah Perak sehingga kini, masih tiada jalan penyelesaiannya. Semua berpunca pada UMNO yang gila kuasa.

Apa rancangan UMNO selepas ini? Banyak strategi boleh digunakan oleh UMNO untuk dapatkan semula Perak, antaranya:

Strategi 1:
UMNO boleh membawa kes ini ke peringkat Mahkamah Persekutuan agar keputusan ini dapat dikaji semula.

Strategi 2:
Zambry boleh membuat kes rayuan ke Mahkamah Rayuan agar menarik balik “keputusan serta-merta” oleh Mahkamah Tinggi. Cara ini menunjukkan walaupun MB Ir Nizar menang kes, tapi tak dapat bertugas sehingga kes Mahkamah Rayuan selesai. Selain itu juga, cara ini adalah untuk memberi masa kepada Strategi 1 untuk UMNO membawa kes ini ke Mahkamah Persekutuan.

Strategi 3:
Ganesan yang dipilih oleh BN sebagai Speaker DUN yang haram itu boleh membuat Sidang DUN untuk bersidang dan dengan kuasa yang dia ada, dia boleh mempengerusikan usul undi tidak percaya kepada MB Ir Nizar kerana mereka (BN) yakin dengan jumlah mejoritinya didalam dewan. Walaupun begitu, Sidang DUN mengambil masa lebih kurang 14 hari dari hari diputuskan untuk membuat Sidang DUN, itupun selepas mendapat perkenan Sultan Perak.

**fakta aku diatas mungkin ada kekeliruan atau salah, jika berlaku begitu harap ada yang membuat pembetulan

Walaupun terdapat 3 strategi yang boleh digunapakai oleh pihak UMNO dan BN, tetapi MASA tidak menyebelahi mereka kerana MB Ir Nizar boleh mengadap Sultan Perak secepat yang mungkin untuk mengusul pembubaran DUN. Dengan cara ini, apabila Sultan Perak memperkenannya, maka Pilihanraya Umum Negeri Perak akan diadakan untuk memilih pemimpin sebenar pilihan rakyat Perak.

Jika hal ini terjadi, UMNO dan BN akan gigit jari hingga putus kerana rekod “tanpa kalah” Pilihanraya Kecil di Semenanjung Malaysia adalah milik Pakatan Rakyat. Kebarangkalian untuk kekalahan besar UMNO dan BN kali ini memang besar dan itulah menjadi mimpi ngeri orang UMNO dan BN.

Harap-harap orang UMNO dan BN boleh tidur malam ni… haha


4 Respon to “Perak: Apa Rancangan UMNO Selepas Ini?”


  1. 1 T H Tey
    Mei 12, 2009 at 12:15 am

    Many thanks for sharing your thoughts and very well-reasoned analysis. I hope you keep it up. I feel more cheerful every time I read your blogs – we must have more young Malaysians like you!

    • Mei 12, 2009 at 12:05 pm

      Thank you very much for you compliment… what I’m doing is to open our mind in current political situation in this country. Power in our hand, we voted them to serve the rakyat and they should do the responsibility. Other than that, I want people see something with some analytical thinking not a blank thinking… thank you again.

  2. Mei 13, 2009 at 12:48 am

    True enough, strategy no 2,strategy no 3 shall applied soonest possible,
    nevertheless, perhaps….perhaps….perhaps……

    Kipp: memang dah agak dah..


Tinggalkan jawapan




Bebaskan Palestin!

Ini adalah blog 3K - Kaji, Kritik, Kantoi. Blog ini hanya dipunyai oleh Kipp dan dia berhak menulis apa-apa mengikut kesukaan akal, hati, emosi dan kepala otaknya sendiri. Ruang lingkup tulisannya adalah berunsur apa-apa saja yang melibatkan hal-hal duniawi dan ukhrawi. Dan juga terbuka pada sesiapa yang nak komen, kritik atau apa-apa sahaja di atas tulisan oleh Kipp... selamat membaca!!!


E-mail Kipp ke:

kipptriplek@yahoo.com


Pemberitahuan:

Untuk aktiviti "menconteng", anda bolehlah ke halaman profil kipp dan "menconteng" dibahagian komen tersebut, atau klik sahaja di bawah ini.

klik disini

 

Mei 2009
I S R K J S A
« Apr   Jun »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Kategori Artikel

Arkib Artikel

Foto Flickr Kipp

BN gila 21

BN gila 20

BN gila 19

BN gila 18

BN gila 17

More Photos

Statistik Pelawat Blog 3K

  • 28,512 kali dilawati

Apa?!