Relavankah Penggunaan Tali Pinggang Belakang?
Hari ini aku nak bersikap ‘jaki’ dengan pihak berkuasa jalanraya sekejap.
Saja jalan-jalan cari pasal. Huhuhu.
Tapi bukan saja-saja semata, kerana dalam kepala otak aku timbul banyak persoalan dengan undang-undang yang bangang menyusahkan hidup pemilik kenderaan seperti aku.
Teringat masa mereka mengarahkan pemilik motorsikal perlu memakai jalur pantul cahaya di topi keledar. Maka semua orang pun buat. Alaaa.. berapa sen sangatkan tampal benda alah tu kan?.
Tapi kadar kematian penunggang motorsikal makin meninggi.
Penguasa jalanraya tak putus asa. Cari lagi idea.
Kali ini mereka arahkan untuk memasang lampu dikala waktu siang. Mungkin ini yang dikatakan “sudah terang lagikan bersuluh“.
Memang benar peribahasa ini, kadar kematian penunggang motorsikal makin menjadi-jadi.
Penguasa jalanraya berusaha lagi demi kebaikan bersama.
Kali ini mereka mengesyorkan agar penunggang motorsikal pakai baju vest pantul cahaya. Ada la beberapa orang yang guna, tapi tak rock la kalau rempit pakai vest . Susah nak buat superman.
Tapi kadar kematian penunggang motorsikal makin ramai la pulak.
Penguasa jalanraya perah otak lagi.
Tapi kali ini mereka dah malas nak bicara tentang penunggang motorsikal. Pengguna motorkar pula yang jadi mangsa.
Bermula Januari 2009, semua penumpang kenderaan dibelakang diwajibkan untuk memakai tali pinggang kaledar belakang
Hah!. Baeeekk punnyaaa idea. Mana lah dorang dapat idea tu. Dalam tandas pejabat JPJ kot?
Betul ke penumpang belakang yang menyebabkan kematian penumpang dihadapan?
Apa buktinya?
Bukankah kalau bawak sorang-sorang pun boleh mati apa?
Begitu juga dengan pemakaian topi kaledar. Betul ke dengan memakai topi kaledar boleh MENYELAMAT nyawa anda?
Siapa Tuhan? Allah atau topi kaledar yang boleh menyelamatkan nyawa kita?
Kalau pakai tali pinggang belakang, berapa peratus kematian nahas jalanraya yang dapat dikurangkan?
Ataupun berapa peratus KEUNTUNGAN jualan yang dapat dikongsikan?
Bila ditanya, mereka jawab dengan nada yang alim “Oh kita berusaha dan bertawakal. Ajal maut ditangan Tuhan”.
Oh! pandai la pulak.
Tapi relevankah?
Bagi mereka itu semua adalah relevan.
Mungkin tak lama lagi mereka suruh penumpang kenderaan motorkar pakai topi kaledar macam pamandu WRC (World Rally Campionship).
Ataupun kita diwajibkan untuk memasang air bag pada semua kenderaan termasuklah lori getah, lori hantu, bas, motorsikal dan juga basikal.
Aku harap jangan sampai mereka syorkan kita semua tukar kenderaan – tukar ke KERETA LEMBU!. Dengan alasan ia lambat, selamat bahkan jimat petrol!!!!…. huhuhu.
Posted on Disember 31, 2008, in Bebas, Isu Semasa, Lucunya, Otak de Lutut, Perundangan, Satu Kajian. Bookmark the permalink. 4 Komen.







salam kipp,
di sini, kesedaran pemanduan berhemah di ajar dan di masukkan dalam silibus pembelajaran se awal umur 15 tahun, lengkap dengan buku teks dan hands on task. Mungkin pendidikan memainkan peranan penting. di sini, pejalan kaki memang seperti ayam ayam yang melintas, sesuka hati, tanpa ada rasa takut.. dan pembonceng/penunggang motosikal bebas berhelmet atau tidak..
Knowledge is Power!!
err… nanti aku nak cadang kat dorang tu kasi pasang tali pinggang pembonceng motor… ok gak dak?
“Siapa Tuhan? Allah atau topi kaledar yang boleh menyelamatkan nyawa kita?” Aku nk komen sket la kt ko ni ye…mmg la tuhan yg berhak tarik nyawa seseorang tp…kalu kita pkai topi keledar,risiko nk mati katak kt jalan 2 kurang la sket..cuba ko pkai helmet lepas 2 hantuk kpala ko kt diding lpas 2 bkak helmet n hantok lg skali..yg mana berdarah?? Kata la ko eksiden motor tp x mati,tp kpala pecah sbb terseret kt jlan..kalu pkai helmet 2 kn kurang sket sakitnye 2…
aku sokong ape yg HAMBA ALLAH ni ckp.. mmg ajal maut ditgn allah tp kte kne berusaha utk meningkatkn keselamatn diri.. dok dlm bilik diam2 pn boleh mati.. ko tgh tulis blog pn blh mati gak tau kalo da smpai mase…