“Saya tidak akan masuk semula kedalam UMNO jika Pak Lah tidak letak jawatan“. Mungkin ayat ni pernah kita dengar dahulu semasa Tun Mahathir keluar UMNO. Ya, tapi hari ini kita tengok beliau masuk semula. Mungkin ‘terpanggil’ dengan panggilan orang-orang UMNO yang makin menggelupur dek bahang dari Anwar Ibrahim.
Entah jadi entah tidak 916 (19 September 2008) yang dicanangkan Anwar Ibrahim itu, tapi desakan demi desakan ini membuatkan pemimpin BN/UMNO nampak terdesak. Bulan yang sepatutnya kita beribadah kepada Allah buat amal kebajikan dengan rakyat dibuat lawatan sambil belajar – tak tahulah kemana, ada kata ke Korea, ada kata ke Australia, dan ada yang kata ke Las Vegas.
Nampak sangatlah terdesaknya. 11 bulan sebelum ni tak pula nak buat lawatan sambil belajar. Pelik, pelik. Kalau hantar buat umrah lain la, baru la sedap sikit nak bagi alasan. Cakap ajelah takut mereka lompat ke PKR, lagi senang.
Bila semalam Tun Mahathir umum masuk semula UMNO, ramai yang suka sangat. Lepas ‘peformance’ PRU-12 yang teruk, ditambah dengan kekalahan di Permatang Pauh menjadikan kemasukan semula Tun Mahathir kedalam UMNO terlalu didambakan mereka. Mungkin inilah yang dilihat oleh Muhyidin Yassin, orang lama UMNO yang ‘bersih’.
Dalam ramai-ramai pemimpin UMNO, aku rasa hanya Muhyidin Yassin sahajalah yang beriya-iya mahu membuat perubahan dalaman UMNO selepas kekalahan di Permatang Pauh. Pemimpin lain semua cari alasan untuk tutup malu. Mungkin Muhyidin Yassin sendiri menjemput Tun Mahathir kembali ke pangkuan UMNO untuk membasuh kotoran yang dibuat oleh Karajaan 3 Beranak - Pak Lah, Kamaruddin dan Khairy.
Kerajaan 3 Beranak dah tak boleh pakai, makan sorang. Sebab kerajaan itulah yang membuatkan UMNO sengsara. Nak harapkan Najib Tun Razak… orang UMNO sendiri tak percayakannya. Mungkin Tun Mahathir sahaja yang percayakan Najib. Tapi mungkin semua boleh berubah, dulu Najib rancang lain dengan Tun Mahathir, tapi bila dengan Pak Lah, lain pula. Mana tahu, kali ni Tun Mahathir naikkan Kuli pula.
Tapi yang penting, aku suka tengok drama bersiri yang tak habis-habis ini. Banyak pergolakan, banyak skandal, banyak konspirasi. Alih-alih diri sendiri yang kena. Apa-apa pun kita tunggu, doa dan lihat.






selamat kembali Tun M.
harapnya, ‘rampasan’ berjaya dilakukan.
http://penamaya.wordpress.com
Pening nak baca. Banyak sangat tulisan dengan kaler merah. :(
Mahathir masih bercita cita besar. Mau bikin comeback seperti Anwar Ibrahim. Bedanya Anwar keluar dengan ramai penyokong dan comeback dengan lebih ramai sokongan. Mahathir keluar dan masuk entah apa impaknya?
Saya kira komen daripada chingga89 dan aprilfooltaiktasu itu sabgai spam dan saya sudah nyahkannya dari blog saya. Menyemak!
IKUT SUKA DIALAH… YANG KAU MENYIBUK NI PEHALLLLL.