06
Ogo
08

Pilihanraya Kecil Yang Besar

Sekali lagi aku gunakan tajuk artikel yang sama dengan artikel sebelumnya kerana isu yang dibincangkan ini hangat. Esok Anwar Ibrahim akan ditangkap untuk dihadapkan ke mahkamah. Antara rancangan konspirasi atau kebetulan, kita tak tahu. Tapi apa yang aku rasakan ialah UMNO dah mengelabah!… aku  memang suka menyakat orang UMNO dan BN, lebih-lebih lagi bila mereka buat onak duri dalam arena politik Malaysia yang makin lama makin haru biru, huru hara, hara huru.

UMNO dah takut. Buat muzakarah dengan PAS untuk kepentingan politik mereka. Dekat 20 tahun PAS ajak UMNO buat muzakarah tetang umat Islam, tapi UMNO buat bodoh. Tutup sebelah mata. PAS bagai hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Tapi itu dulu, kini PAS boleh jual mahal. Satu penangan sulung untuk UMNO apabila PAS kata akan terus dengan Pakatan Rakyat selepas UMNO mempropaganda muzakarah tersebut untuk meretakkan hubungan PAS dengan Pakatan Rakyat.  Tiada kerjasama dengan UMNO akan berlaku. Padan muka!.

Selepas PRU-12, keputusan tidak menyebelahi BN dan UMNO menyebabkan kini mereka merasa tertekan. Dah la dengan kekacauan dalam parti, orang MCA pergi PKR, orang MIC letak jawatan, orang UMNO pulak gila pangkat, gila kuasa sampai gaduh-gaduh, jatuhkan orang sana, jatuhkan orang sini. Ditambah lagi dengan si Anwar The Manace yang mengganggu hidup selesa pemimpin BN menyebabkan mereka tak tidur malam, itulah pasa kita selalu nampak Pak Lah tidur siang. Dalam persidangan UMNO pun boleh tidur. Tak cukup tidur katanya…

Post mortem yang dibuat dalam PRU-12 memperlihatkan rakyat menolak BN dan UMNO. Konsep ABUAsalkan Bukan UMNO – diterima-pakai oleh bloggers dan ahli politik Pakatan Rakyat bagi menyatakan bagaimana BN dan UMNO boleh kalah teruk walaupun menang. Konsep ABU ini juga akan menjadi mimpi ngeri orang UMNO dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh 26 Ogos 2008 nanti. Mahu tutup ketakutan, mereka kata ini semua pembaziran wang rakyat, kata Wan Azizah penipu. Macamlah UMNO dan BN tak membazirkan wang rakyat, tak menipu…. pegidah!

Yang paling hebat yang memperlihatkan kegelabahan UMNO, apabila Ustaz Asri (Mufti Perlis) kata beliau ada ditawarkan oleh UMNO untuk jadi calon di Permatang Pauh untuk lawan Anwar Ibrahim. Dah habis Ustaz Pirdaus digunakan, siap tendang peti undi, kini dicari lagi seorang Ustaz untuk menanggung kekotoran politik UMNO. Nasib baik Ustaz Asri tolak tawaran, kalau tidak nanti jadi macam Ustaz Pirdaus, dalam UMNO tak berguna, luar UMNO lagi la teruk tak gunanya. Sama la nasib Ustaz Pirdaus tu dengan Dr. Mashitah Ibrahim. Kini kedua-duanya tak ada masa depan dalam dunia politik UMNO mahupu politik Malaysia. Diluar pula pantang salah cakap, pasti ada orang yang akan “belasah”. Itulah nasib Ustaz dan Ustazah dalam UMNO. Tak jadi apa pun. Macam mayat hidup.

Senjata akhir untuk lawan Anwar Ibrahim ialah dengan mempergunakan isu liwat untuk memalukannya. Bukan setakat itu, digunakan mahkamah untuk tangkap beliau. Disaat-saat kebangkitan ini memang banyak dugaannya. Penamaan calon untuk Pilihanraya Kecil Permatang Pauh ialah 16 Ogos ini. Anwar Ibrahim kata dia akan tetap bertanding, dah tu siapa lagi?. Memang pilihanraya kali ini besar impaknya. Impak yang boleh mengubah Malaysia. Kalau rasa-rasa nak tengok Malaysia ini berubah…. anda yang akan tentukannya…


3 Respon to “Pilihanraya Kecil Yang Besar”


  1. Ogos 8, 2008 at 5:27 am

    Assalam mu alaikum wr wbt
    Kita minta mereka yang berstatus Ustaz/Ustazah atau Al Hafiz janganlah jadi beberapa orang Ustaz/Ustazah dalam UMNO. Ustaz Pirdaus, Ustazah Dr Marsitah semua dah jahanam riputasi mereka. Di Pahang PRU 11 (2004) dulu ada 5 orang ustaz bertanding dan menang serta seorang jadi Exco tapi dalam PRU 12 ( 2008 ) hanya seorang Ustaz sahaja terpilih jadi calon dan stakat ini tiada lagi Exco di Pahang yang bernama Ustaz. Itulah UMNO, orang-orang ugama ni dipermainkan sahaja. Apatah lagi kalau memang ustaz itu suka dipermainkan.
    Wahai mereka yang ada kefahaman ugama atau berlatar belakang pendidikan ugama harap jauhkan diri dari UMNO. Biar UMNO tiada yang pandai baca doa. Tiada doa tiada senjata bagi kaum mukminin. Maka tinggallah duit sahaja. Lepas itu ambil iktibar dari Dato Nik Aziz, beri duit ambil tapi tetap pangkah bulan. Jadinya UMNO akan lingkup.

    Haaa… yang Dato Nik Aziz cakap tu memang sokong 100%….huhuhu

  2. Ogos 8, 2008 at 12:05 pm

    alahai ustaz yg sepak tong tu..ada lagi ke yang respek dia??bukan nak memalukan dia cuma itu realiti kehidupan bila dah masuk UMNO ni..aku dah masuk u ni susah sikit nak tau perkembangan isu semasa ni tambah cerita pasal anwar ni..blog ko jd salah satu sumber aku.. :D

    Berbesar hati aku bile dengar ko cakap camtu. Aku dapat maklumat pun kebanyakannya dari blog-blog sembang politik seantero malaysia juga… Asal kita ada akses internet, semua beres, semua info di hujung jari telunjuk kita… terima kasih…

  3. Ogos 8, 2008 at 10:21 pm

    Ustaz Pirdaus hanya pandai sepak tong. Diperlukan ustaz yang boleh bukan sekadar sepak tong, tetapi sepak, lambung dan timbang tong – mesti boleh buat gimik macam superstar bolasepak, baru layak hehehe….

    Haa… lepas tu bleh la masuk MyTeam jadi kuli batak Khairy Jamaludin… huhuhuhu


Tinggalkan jawapan




Bebaskan Palestin!

Ini adalah blog 3K - Kaji, Kritik, Kantoi. Blog ini hanya dipunyai oleh Kipp dan dia berhak menulis apa-apa mengikut kesukaan akal, hati, emosi dan kepala otaknya sendiri. Ruang lingkup tulisannya adalah berunsur apa-apa saja yang melibatkan hal-hal duniawi dan ukhrawi. Dan juga terbuka pada sesiapa yang nak komen, kritik atau apa-apa sahaja di atas tulisan oleh Kipp... selamat membaca!!!


E-mail Kipp ke:

kipptriplek@yahoo.com


Pemberitahuan:

Untuk aktiviti "menconteng", anda bolehlah ke halaman profil kipp dan "menconteng" dibahagian komen tersebut, atau klik sahaja di bawah ini.

klik disini

 

Ogos 2008
I S R K J S A
« Jul   Sep »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Kategori Artikel

Arkib Artikel

Foto Flickr Kipp

BN gila 21

BN gila 20

BN gila 19

BN gila 18

BN gila 17

More Photos

Statistik Pelawat Blog 3K

  • 25,266 kali dilawati

Apa?!