02
Ogo
08

Populariti: Pak Lah Atau Anwar?

Pak Lah ada cakap bahawa Anwar Ibrahim sedang mencari populariti beliau selepas keluar dari penjara. Secara amnya memang kita nampak Anwar Ibrahim sedang mencari populariti seluruh Malaya, sedangkan Pak Lah masih lagi dalam mimpi indah di katil Putrajaya.

Akan tetapi bila dlihat secara mendalam, Anwar Ibrahim tidak membuat publisiti tentang dirinya, melainkan ada orang lain yang cuba membantu beliau dengan publisiti ini. Siapa yang bantu?. Kalau bloggers memang sudah pasti ini adalah adalah satu berita yang hangat untuk menaikkan rating blog, begitu juga media lain kecuali yang di”miliki” kerajaan. Media milik kerajaan nampaknya hanya mencari salah beliau dan memutar-belitkan cerita yang asal. Janji menarik dan memuaskan hati “orang atas”.

Pak Lah kini dah sangap mahukan sanjungan. Popularitinya makin hari makin mengantuk. PAS ajak muzakarah untuk Melayu dan Islam, diputarbelit olehnya mengatakan bahawa PAS mahu bekerjasama dengan UMNO. Maka juak-juak Pak Lah di Perak pun tersenyum lebar, mahu ambil balik Kerajaan Negeri. Tapi kalau dah tidur tu sudah tentu semuanya mimpi sahaja. PAS tak akan bekerjasama dengan UMNO atau BN. Tidak mahu terjatuh kedalam lubang yang sama untuk kali ke dua.  Media kerajaan bisu seketika, habis ide untuk buat propaganda.

Kini PAS terus dengan Pakatan Rakyat, hubungan dengan PKR dan DAP akan terus terjalin dan diperbaiki. Bukan senang untuk parti berbeza fahaman politik untuk bersama dibawah satu bumbung.  Dalam PKR pula masa yang ditunggu-tunggu kian tiba. Wan Azizah sudah pun letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk bagi jalan pada buah hatinya Anwar Ibrahim mengambil kembali tampuk. Sekian lama Wan Azizah menanggung dengan jayanya. Musuh tradisinya, Ustaz Pirdaus masih ada hati lagi untuk bertanding untuk kali ke-3 di sana selepas kalah dua kali dengan Wan Azizah pada PRU-11 dan PRU-12. Kali ini Ustaz Pirdaus berhadapan dengan “bapak” kepada PKR. Bukan senang. Orang Permatang Pauh dah kenal siapa yang suka tendang peti undi.

Kalau Ezam Mohd. Nor yang mahu menggantikan Ustaz Pirdaus, Ezam kena tendang peti undi Permatang Pauh lebih jauh dari Ustaz Pirdaus baru layak untuk bertanding di sana. Jika tidak, tiada harapan. Pemuda UMNO disana pun tak mahu Ezam sebab Ezam bukan orang tempatan. Nampak macam penipu besar. Lagipun tendangan peti undi Ezam tak sehebat Ustaz Pirdaus.

Pak Lah kini berdepan dengan cabaran yang besar. Tsunami PRU-12 seakan akan kembali sekali lagi. Pak Lah dah kata susah nak lawan mamat seorang ni. Kalau dulu, BN letak lah sesiapa pun untuk jadi calon, letak botol kicap, tunggul kayu, gerabak keretapi untuk jadi calon pasti menang jika dibawah payung BN. Tapi masa sudah berubah, dunia makin maju, rakyat kini sudah ada akal dan sudah bijak. Hanya masa yang akan menentukan segalanya.


1 Respon to “Populariti: Pak Lah Atau Anwar?”


  1. 1 KNB
    Ogos 2, 2008 at 7:40 pm

    Baca entri rockybru terbaru.
    Ada analisa tentang populariti Pak Lah menjunam dari 60% kepada 28%.
    Hasil kajian merdeka.org

    Orang UMNO tak hantar undi SMS kat Pak Lah… tu la pasal… Sepatutnya dah kena singkir dah tu….huhuhu


Tinggalkan jawapan




Bebaskan Palestin!

Ini adalah blog 3K - Kaji, Kritik, Kantoi. Blog ini hanya dipunyai oleh Kipp dan dia berhak menulis apa-apa mengikut kesukaan akal, hati, emosi dan kepala otaknya sendiri. Ruang lingkup tulisannya adalah berunsur apa-apa saja yang melibatkan hal-hal duniawi dan ukhrawi. Dan juga terbuka pada sesiapa yang nak komen, kritik atau apa-apa sahaja di atas tulisan oleh Kipp... selamat membaca!!!


E-mail Kipp ke:

kipptriplek@yahoo.com


Pemberitahuan:

Untuk aktiviti "menconteng", anda bolehlah ke halaman profil kipp dan "menconteng" dibahagian komen tersebut, atau klik sahaja di bawah ini.

klik disini

 

Ogos 2008
I S R K J S A
« Jul   Sep »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Kategori Artikel

Arkib Artikel

Foto Flickr Kipp

BN gila 21

BN gila 20

BN gila 19

BN gila 18

BN gila 17

More Photos

Statistik Pelawat Blog 3K

  • 25,274 kali dilawati

Apa?!