15
Jul
08

Debat: Siapa Yang Hilang Isu?

50 sen kurang pun jadi isu ke?. Kira baguslah kalau dapat turunkan harga minyak daripada tak ada apa-apa inisiatif  dari kerajaan nak turunkan harga minyak. Naik lagi tinggi ada la.

Sepatutnya tak perlu jadi isu pada Ahmad Shabery mengatakan bahawa Anwar Ibrahim kena turunkan harga minyak bawah dari harga sebelum naik (RM 1.92) kerana PKR menjanjikan perkara tersebut semasa harga minyak pada harga lama. Masalahnya pada masa tersebut (sebelum pilihanraya), kerajaan sendiri yang menabur janji manis mengatakan bahawa minyak tidak akan naik sehingga akhir tahun.  Tapi tiba-tiba selepas pilihanraya dan tak sampai setahun, harga minyak naik mendadak.

Nak buat kerosakan keatas sesuatu barang itu memang senang, tapi nak betulkan semula sebenarnya agak susah. Tapi itulah yang dipusing-pusingkan oleh Ahmad Shabery. Selain menyerang secara peribadi dengan mengungkitkan perihal Anwar yang terdahulu, banyak fakta-fakta yang Anwar sebutkan tak dapat disanggah oleh beliau. Dilihat seperti orang yang sesat di rumah sendiri.

Tak perlulah mainkan alasan dengan janji PKR untuk menurunkan harga minyak mendadak sehingga bawah dari RM 1.92, sedangkan nak membetulkan perkara yang sudah terjadi memerlukan masa. Apa yang aku dengar, Anwar mengambil langkah pertama iaitu dengan menurunkan harga minyak sehingga 50 sen. Mungkin selepas itu akan terdapat langkah kedua dan ketiga dan seterusnya. Kenapa tak beri peluang?

Bayi yang hendak mula berjalan pun mengambil masa. Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah pun tidak sekaligus. Semuanya memerlukan masa. Jika kalau Anwar mampu turunkan sehingga 50 sen, tak perlulah ia jadi isu. Yang sepatutnya jadi isu kenapa kerajaan tak mampu buat begitu? Bukankah ramai cerdik pandai dalam kerajaan yang boleh memikirkan perkara seperti ini.

Dari segi fakta, seperti apa yang Anwar katakan dapat dilihat bahawa rancangannya untuk menurunkan harga minyak itu semacam benar kerana fakta tersebut langsung tak disentuh oleh Ahmad Shabery. Antara fakta itu benar atau Ahmad Shabery langsung tak tahu perkara tersebut, aku tak berani nak cakap. Tapi secara logik akal, bila sesuatu fakta itu dinyatakan tanpa ada apa-apa tentangan, maka ia nampak seperti benar dan betul.

Dalam debat ini aku hanya nampak kerja Ahmad Shabery hanya mencari salah Anwar semasa menjadi Menteri Kewangan dan juga Timbalan Perdana Menteri. Sama seperti MAS dahulu, harga tambang dinaikkan sebab harga minyak naik. MAS salahkan harga minyak global yang semakin meningkat, sedangkan AirAsia pula mempromosikan harga rendah untuk semua destinasi penerbangannya. Kenapa AirAsia boleh bagi harga murah sedangkan ia milik seorang usahawan yang terhad sumbernya sedangkan MAS milik kerajaan yang mempunyai banyak otak untuk berfikir dan mempunyai sumber yang luas?

Aku masih lagi tak puas dengan debat seperti ini. Kempunan rasanya nak dengar debat secara ilmiah yang sihat tanpa menyerang peribadi seseorang. Biar fakta lawan fakta. Debat lawan debat. Baru puas. Kalau kerajaan tak sanggup, menyerah sahajalah. Tak perlu nak kompang satu kampung mengatakan bahawa kerajaan bersifat terbuka atau adil. Buang masa.


4 Respon to “Debat: Siapa Yang Hilang Isu?”


  1. Julai 16, 2008 at 11:42 am

    Bro, harap edit sikit ayat..”Alam semesta yang diciptakan oleh Allah pun mengambil masa 6 hari.” Bunyi macam mempertikai kekuasaan Allah untuk jadikan Alam semesta kurang dari 6 hari. Kalau buang terus ayat tu pun x pe. Maksud Allah menjadikan alam semsta selama 6 hari itu sebenarnya menunjukkan sifat Maha Kehendak Allah, bukan keterpaksaan Allah menjadi Alam selama 6 hari :)

    Okies, takut ada yang tersalah faham. Allah tidak mencipta sesuatu kerana terpaksa, tetapi Maha berkehendak, kalau dia nak jadikan Alam sekelip mata pun boleh.

    Oh!… Betul kata ko tu. Aku dah buangkan statement tu untuk tidak salah faham.. my bad!. Sepatutnya aku tulis bahawa Allah Maha Kuasa untuk buat apa-apa pun, dan dalam hal ini Allah mengajar kita bahawa setiap sesuatu perkara itu memerlukan masa. Hikmah diatas penciptaan alam semesta adalah satu ilmu (dari berjuta-juta hikmah) untuk hambaNya belajar dan mengambil iktibar daripada apa yang Dia ciptakan. Thank for the advice.

  2. Julai 19, 2008 at 9:07 am

    kipp.. tolong skali . baca dan buat kira kira skit pasal bendalah nih . ko kan suka kira . heheh
    http://hardyw3b.wordpress.com/2008/07/19/hydrofuel/

  3. Julai 24, 2008 at 10:44 am

    bro, baca blog kadir jasin utk dapat info ttg kesan demo baling yang digerakkan oleh anwar dan rakan2.

  4. 4 bapakko
    Oktober 7, 2008 at 5:07 pm

    Siapa hilang isu bukan jadi persoalannya. Tapi DEBAT terbuka Ahmad Shabery Vs. DSAI saya rasa TERGANTUNG begitu saja bukan masalah masa xcukup, diberi masa tambahan pun macam tu juga. Xsiapa yg kalah & xsiapa yg menang.
    Jgn ikut sangat style AMERIKA tu DEBAT sana DEBAT sini, tengok saja apa dah jadi dgn EKONOMI mereka sekarang.
    Tindakan yg bijak kerana kita xtambat Ringgit . Jgn TERPERANGKAP. Fikir-fikirkanlah.

    Pada aku la kan. Debat-debat baik untuk buka minda, pasal ekonomi jatuh ke merudum ke tak boleh salahkan debat. Dorang jadi mecam tu sebab masalah dalaman dorang sendiri (sila baca majalah @ website Fortune keluaran terbaru untuk mengetahui lebih masalah ini). Tambat RM dengan USD itu adalah idea Tun M. So, lu fikirlah sendiri bro!


Tinggalkan jawapan




Bebaskan Palestin!

Ini adalah blog 3K - Kaji, Kritik, Kantoi. Blog ini hanya dipunyai oleh Kipp dan dia berhak menulis apa-apa mengikut kesukaan akal, hati, emosi dan kepala otaknya sendiri. Ruang lingkup tulisannya adalah berunsur apa-apa saja yang melibatkan hal-hal duniawi dan ukhrawi. Dan juga terbuka pada sesiapa yang nak komen, kritik atau apa-apa sahaja di atas tulisan oleh Kipp... selamat membaca!!!


E-mail Kipp ke:

kipptriplek@yahoo.com


Pemberitahuan:

Untuk aktiviti "menconteng", anda bolehlah ke halaman profil kipp dan "menconteng" dibahagian komen tersebut, atau klik sahaja di bawah ini.

klik disini

 

Julai 2008
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Kategori Artikel

Arkib Artikel

Foto Flickr Kipp

BN gila 21

BN gila 20

BN gila 19

BN gila 18

BN gila 17

More Photos

Statistik Pelawat Blog 3K

  • 25,274 kali dilawati

Apa?!