Pak Lah risau dengan penyebaran bermacam-macam berita dalam blog. Siap suruh para bloggers hentikan penyebaran cerita-cerita mereka. Janganlah takut Pak Lah. Kalau suratkhabar kerajaan boleh ceritakan macam-macam, kami pun boleh juga. Barulah adik dan saksama.
Memang la tak nafi kalau ada bloggers macam kami ni tulis macam-macam. Tapi itulah cara untuk kami meluahkan isi hati kami menggunakan logik akal dan fakta yang cuba disembunyikan oleh media. Lagipun tulisan kami bukan la teruk sangat pun, kutuk sikit-sikit aje. Kan masa dah berubah, dunia makin maju begitulah iklan baru Berita Harian. Terima ajelah hakikat.
Kalau kami tulis macam-macam kat sini pun bukannya datang effect kat kerajaan pun. Kalau ada pun sikit aje, setakat kerajaan jatuh kedebab, tak pun tukar kerajaan aje. Paling banyak pun kami membuka pekong didada pemimpin kerajaan… itu aje. Bukannya nak mengkhianat pun.
Kalau kata nak khianat, lama dah Malaysia ni kena jajah semula. Tapi yang ternampak macam kami yang kena khianat. Sikit-sikit kata kerajaan tak ada duit, biasiswa tukar jadi pinjaman, matapelajaran Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris, Sekolah Agama Rakyat dicop sarang militan, kewibawaan Di-Raja dipermainkan, macam-macam lagilah. Nak cerita pun dah tak berapa ingat sebab banyak sangat yang nak kena ingat. Yang penting kami tak mudah lupa…






Komen-komen Pembaca