04
Jul
08

Liwat: Antara Dosa dan Fasiq

Bila negara tidak meletakkan AL-Quran dan As-Sunnah di tempat yang tinggi, maka budaya “jahiliyah moden” mula  berkembang. Dalam kes liwat yang sekarang ini bermaharajalela sekarang ini secara tak langsung menutup cerita-cerita hangit tentang kenaikan minyak, lompat parti, Pak Lah tidur dan banyak lagi.

Kita tak tahu adakah cerita itu benar atau fitnah. Tapi yang harus kita ingat bahawa tahun 1998 dahulu pernah digemparkan oleh Tun Mahathir tentang kes liwat dengan menuduh Dato’ Seri Anwar Ibrahim meliwat Azizan dan Munawar. Akan tetapi cerita itu diakui oleh Tun Mahathir bahawa ia adalah rekaan semata-mata. Dalam Islam, Tun Mahathir tidak boleh diterima penyaksiaannya dan fasiq. Berat tu.

Kini cerita itu timbul sekali lagi. Tapi tak tahu siapa yang rancang.  Yang si pembuat aduan pula berusia dalam lingkungan 20an. Masih panjang lagi riwayat hidupnya, tapi kini dah mula nak gelap dan mungkin menjadi bahan untuk dimalukan orang ramai.

Dibawah ini aku meletakkan sedikit ilmu untuk aku sendiri dan orang lain mengenai fitnah yang ditulis oleh Ustaz Zaharudin Abdul Rahman.

Akhir-akhir ini di sana sini membicarakan persoalan liwat dan politik. Namun di tengah-tengah tuduhan oleh pihak terbabit, ingin saya mengingatkan semua pembaca dan mereka yang mengikuti isu terbaru politik Malaysia ini agar BERAWAS-AWAS. Ia tidak seperti mempercayai tuduhan-tuduhan lain seperti dia agen Yahudi, mereka makan rasuah, amalkan kronisme, pasukan Sepanyol akan menang final Euro  dan lain-lain.

Menurut hukum Islam, semua individu Islam perlu berawas dalam mempercayai atau menyebarkan apa jua berita berkaitan zinanya seseorang dan juga liwat. Imam Ibn Qudamah dan lain-lain ulama silam yang berautoriti menyebut dengan jelas bahawa menuduh liwat tanpa saksi termasuk dalam hukum qazf. (Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina’, 6/433)

Imam Abi Ishak As-Shirazi As-Syafie  berkata:

Tidak diterima dalam tuduhan liwat kecuali empat saksi kerana ia adalah sama seperti zina dalam (keperluan saksinya) untuk disabitkan hukum” (Al-Muhazzab, 3/332)

Tanpa berhati-hati, seseorang yang percaya dan menyebarkannya boleh jatuh dalam kesalahan Qazaf yang amat besar dosanya di sisi Islam.

Kesalahan ini dicatat oleh Allah swt:-

Bermaksud: Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik (An-Nur: 4)

Imam Al-Qurtubi berkata sebab turun ayat ini adalah antara kepada kes fitnah terhadap Sayidatina Aisyah ataupun kes Hilal bin Umaiyah (yang menuduh istreinya berzina) atau lainnya, namun yang terpenting hukumnya berjalan terus.

Walalupun ayat kelihatan menyebut kesalahan menuduh zina dan liwat kepada sang wanita, namun tuduhan kepada lelaki juga termasuk dalam ayat ini secara sepakat ulama dan ijma ulama (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran,  Al-Qurtubi).

RINGKASAN SYARAT-SYARAT

Qazf mempunyai beberapa syarat:-

1) Syarat kepada penuduh:
* Beraqal
* Sudah baligh

2) Syarat BENDA YANG DITUDUH untuk dianggap qazaf
* Menuduh dengan salah satu antara tiga tuduhan yang mewajibkan dihukum, iaitu ZINA dan LIWAT atau menafikan nasab anak sendiri (ertinya menuduh isteri berzina) (Al-Fawakih Al-Dawani, 2/211)

3) Syarat orang yang dituduh
* Beraqal
* Baligh
* Islam
* Merdeka diri
* BERSIH DARI tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Justeru, saya nasihatkan agar semua yang membaca berita hangat terkini dalam arena politik Malaysia hari ini agar menahan diri dan menyerahkannya kepada pihak hakim untuk meneliti bukti-bukti kedua-dua pihak.

Para ulama sepakat bahawa wajib kepada si penuduh membawakan saksi seramai empat orang. Perbincangan terperinci berkenaan hal ini terlalu panjang. Namun saksi inilah kuncinya, tanpanya, kita tidak atau belum boleh mempercayai satu apa pun berkenaan tududan zina dan liwat atau kita mencari nahas di akhirat. (Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina’, 6/433)

Imam Malik berkata :

Jika salah seorang dari empat saksi goyah dan tidak kukuh penyaksiannya, ketiga-ketiga saksi yang lain akan dihukum sebat (80 kali kerana qazaf), sebagaimana yang dilakukan oleh Umar dalam kes AL-Mughirah Bin Syu’bah, (iaitu apabila seorang saksi bernama Ziyad tidak bersaksi maka semua tiga orang saksi sebelum itu disebat kerana menuduh Al-Mughirah) (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi)

Selain dari mesti dihukum sebat 80 kali bagi mereka yang menududh zina dan liwat tanpa 4 saksi, si penuduh juga dihukum dengan penyaksiannya akan tertolak selama-lamanya selain dianggap Fasiq. Namun majority ulama berkata, dikecualikan bagi mereka yang bertaubat bersungguh-sungguh.

Namun Al-Qadhi Suraih, Ibrahim An-Nakh’ie, Hasan Al-Basri, Sufyan At-Thawry dan Imam Abu Hanifah tidak sependapat apabila mereka berkata penolakan hak boleh beri saksi kekal walalupun taubat, hanya gelaran fasiq sahaja yang dihapuskan di sisi Allah.

Sekadar itu sahaja bagi memperingatkan umat Islam di Malaysia agar jangan tersilap langkah dalam menerima berita-berita hal zina dan liwat ini. Mungkin si penuduh dan mereka yang menyebarkannya TIDAK AKAN dihukum qazaf di dunia, namun hukuman pasti menunggu di AKHIRAT, bermula dari alam barzakh. Kecualilah jika individu tersebut bukanlah seorang manusia yang akan menemui kematian, namun semua akan menemui kematian.

Semoga menjadi ilmu yang bermanfaat kepada kita. Insya Allah.


1 Respon to “Liwat: Antara Dosa dan Fasiq”


  1. 1 mr yasser
    November 18, 2008 at 9:34 am

    salam….
    ustaz/pemilik blogs yg saya hormati…
    saya tidak mahu menuduh sebarangan tanpa bukti yg jelas….
    tapi menurut pengalaman saya mendapati bahawa anwar ibrahim tetap bersalah dalam soal liwat…tetapi biarlah dosa itu antara dia dengan Allah.Allah jua yang layak untuk menjatuhkan hukuman……tetapi dalam soal arus politik saya tetap menyokong pakatan rakyat dan saya berdoa agar pakatan rakyat akan dipimpin oleh parti pas….kerana 2 lg parti itu jelas seperti barisan nasional juga tapi pada kondisi yang berbeza…..

    Aku setuju dengan apa yang ko cakap tu. Tinggal lagi aib seseorang tanpa bukti itu yang buat aku kurang bersetuju. Apa-apa pun tahniah kerana menyokong PR.


Tinggalkan jawapan




Bebaskan Palestin!

Ini adalah blog 3K - Kaji, Kritik, Kantoi. Blog ini hanya dipunyai oleh Kipp dan dia berhak menulis apa-apa mengikut kesukaan akal, hati, emosi dan kepala otaknya sendiri. Ruang lingkup tulisannya adalah berunsur apa-apa saja yang melibatkan hal-hal duniawi dan ukhrawi. Dan juga terbuka pada sesiapa yang nak komen, kritik atau apa-apa sahaja di atas tulisan oleh Kipp... selamat membaca!!!


E-mail Kipp ke:

kipptriplek@yahoo.com


Pemberitahuan:

Untuk aktiviti "menconteng", anda bolehlah ke halaman profil kipp dan "menconteng" dibahagian komen tersebut, atau klik sahaja di bawah ini.

klik disini

 

Julai 2008
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Kategori Artikel

Arkib Artikel

Foto Flickr Kipp

BN gila 21

BN gila 20

BN gila 19

BN gila 18

BN gila 17

More Photos

Statistik Pelawat Blog 3K

  • 25,128 kali dilawati

Apa?!