Arkib untuk Julai 2008

28
Jul
08

UMNO Yang Sedang Berpecah

Dari berita TV hinggalah ke media cetak milik kerajaan tak habis-habis menyerang Pakatan Rakyat yang kononnya PAS mahu keluar dari PR dan bergabung dengan UMNO. Wahai UMNO, dah tak ada cara lain lagi ke nak merosakkan gabungan ini. Kalau UMNO yang dah nak roboh, baikilah sendiri. Jangan ajak orang lain roboh sama.

Hal muzakarah yang hanya perbincangan hal umat Islam dan Melayu dijadikan propaganda untuk menyucuk DAP agar memperlihatkan lagi kebencian DAP terhadap PAS. Selain tu di Perak, UMNO Perak siap bagi tawaran yang besar untuk mendapatkan balik takhta Kerajaan Negeri jika PAS bergabung dengan UMNO atau BN. Bengong.

Kalau dah dasar gila kuasa tu memanglah tak boleh hilang. Kalau dah UMNO tu, sampai mati pun UMNO juga. Aku berharap semua tu mimpi siang UMNO sahaja. Tak lebih dari itu.  Tapi bagi UMNO itulah harapan mereka untuk memegang tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri Perak.

PAS memang menjadi penyelamat politik bagi BN dan PR. Sebagai contoh di Perak jika PAS bergabung dengan BN (Nau’zubillahi min zalik…) nescaya BN akan memerintah semula negeri itu. Tapi sekarang ini PAS memang memelihara hubungan mereka dengan PR. Harap UMNO dan BN berputih mata…

Walaubagaimanapun, UMNO dan BN tetap akan memainkan isu ini untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat walhal sekarang ini merekalah yang sedang berpecah-belah, ditambah isu liwat Anwar Ibrahim yang makin lama makin senyap (menampakkan Polis dan si penuduh dah hilang punca bukti), maka BN dan UMNO pun buat isu untuk tutup cerita ini. Itu tak masuk cerita si Raja Petra dapat berita mengenai laporan perubatan Saiful di Hospital Pusrawi dan dihebahkan di blog beliau tapi akhirnya digodam…

Nak jadi apa pun aku tak tahu…

25
Jul
08

Numero Uno!

Satu peristiwa yang istimewa buat aku. Kehadiran insan yang teristimewa selepas aku menanti dengan sabar 38 minggu akhirnya tiba jua. Bukan mudah untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab jika kita tidak bersedia untuknya. Insya Allah, aku sudah bersedia.

Memang dialah yang pertama dari gabungan hidup aku dengan pasanganku.

Malah dia juga yang pertama kepada dua pasang atuk dan nenek.

Juga yang pertama kepada sepasang moyang.

Dan masih juga yang pertama kepada seorang moyang-moyang.

Dan tidak tertinggal juga bahawa dia juga yang pertama kepada enam bapa saudara dan enam ibu saudara.

Dialah yang pertama dan jika diizinkan Allah bukanlah yang terakhir.

Aku berharap dan berdoa kepada Allah dia akan membesar penuh dengan iman dan juga menjadi cahaya kepada aku untuk menjadi perawat kehidupan aku selepas ini.

Amin..

19
Jul
08

Hydrofuel: Betulkah Jimat?

Aku dapat permintaan dari Adi untuk buat kiraan tentang sistem Hydrofuel yang baru-baru ini dirasmikan oleh Pak Lah. Soalannya, “berbaloi ke kalau nak keluar modal 1300 hinggit ? .. KIPP . tolong kira untuk setahun penggunaan“.

PAKEJ HYDROFUEL

Hydrofuel mempunyai 2 pakej. Iaitu Basic dan Advance.

1. Basic Package
Tanpa MySMART Fuel saver
Harga lebih kurang RM1300.
Bagi enjin karburetor.
Penjimatan sehingga 29% (Boleh ditingkatkan)

2. Advance Package
Lengkap dengan MySMART Fuel Saver
Harga lebih kurang RM2300
Bagi enjin suntikan “Injection
Penjimatan sehingga 50%

Kita ambil andaian purata penggunaan minyak setahun rakyat Malaysia iaitu 1,800 liter iaitu bersamaan RM 4,860 setahun.

Tolak dengan rebet yang diberi oleh kerajaan (itupun kalau kita gunakan  rebet itu untuk beli minyak) sebanyak RM 625 setahun. Maka, purata penggunaan minyak setahun bagi rakyat malaysia ialah RM 4,235 setahun (lebih kurang RM 352.92 sebulan).

Kita ambil penggunaan minyak setahun rakyat Malaysia setelah ditolak dengan rebet iaitu RM 4,235. Oleh yang demikian 29% dari RM 4,235 ialah RM 3,007 setahun (lebih kurang RM 250 sebulan).

Untuk Advance Package aku tak bercadang nak buat kiraan sebab:
1. Kebanyakan kenderaan yang menggunakan sistem ini tak dapat rebet sebab ia lebih dari 2000 cc.
2. Kebanyakan orang yang guna kenderaan jenis ni adalah orang kaya. Dorang banyak duit. Setakat duit habis untuk minyak ni tak hairan pun.
3. Lagipun kalau mereka nak pasang Hydrofuel Advance Package (RM 2,300)  bukanlah masalah besar, RM 2000 lebih ajee.

Jadinya untuk penggunaan sistem Hydrofuel Basic Package yang berharga  RM 1,300 dibahagi dengan setahun ialah RM 108.33 sebulan, dan penggunaan minyak petrol (RM) selepas pakai sistem ini ialah RM 3,007 setahun (lebih kurang RM 250 sebulan). Jika kita pakai sistem ini, kita dapat cut cost sebanyak RM 1,228  setahun atau 102.33 sebulan. Kira banyak yang kita jimat juga sebenarnya.

Dicampur dengan kedua-dua kos tersebut (kos penggunaan minyak + kos pembelian sistem Hydrofuel Basic Package) setahun ialah RM 4,307, atau RM 358.91 sebulan.   Oleh itu kita dapat jimat RM 72 setahun… alahai… sikitnya. Tapi itu untuk tahun pertama penggunaannya sahaja, tetapi untuk tahun yang seterusnya memang jimat lebih kurang RM 1,228 setahun.

Pada pendapat aku, faedah penggunaan Hydrofuel ini baik untuk jangka masa panjang. Dalam jangkamasa pendek kosnya agak tinggi. Akan tetapi penggunaan ini tetap bagus untuk cut cost bagi kita yang guna kereta  bawah 2000 cc. Malah kos tersebut boleh diturunkan lagi. Tinggal lagi ialah keberkesanan dan kualiti produk ini adakah ia betul-betul baik atau tidak, kita tunggu dan lihat sahaja.

Itu sahajalah apa yang aku dapat terangkan. Kalau ada ide-ide baru untuk dikongsikan bersama, aku tak kisah…

15
Jul
08

Debat: Siapa Yang Hilang Isu?

50 sen kurang pun jadi isu ke?. Kira baguslah kalau dapat turunkan harga minyak daripada tak ada apa-apa inisiatif  dari kerajaan nak turunkan harga minyak. Naik lagi tinggi ada la.

Sepatutnya tak perlu jadi isu pada Ahmad Shabery mengatakan bahawa Anwar Ibrahim kena turunkan harga minyak bawah dari harga sebelum naik (RM 1.92) kerana PKR menjanjikan perkara tersebut semasa harga minyak pada harga lama. Masalahnya pada masa tersebut (sebelum pilihanraya), kerajaan sendiri yang menabur janji manis mengatakan bahawa minyak tidak akan naik sehingga akhir tahun.  Tapi tiba-tiba selepas pilihanraya dan tak sampai setahun, harga minyak naik mendadak.

Nak buat kerosakan keatas sesuatu barang itu memang senang, tapi nak betulkan semula sebenarnya agak susah. Tapi itulah yang dipusing-pusingkan oleh Ahmad Shabery. Selain menyerang secara peribadi dengan mengungkitkan perihal Anwar yang terdahulu, banyak fakta-fakta yang Anwar sebutkan tak dapat disanggah oleh beliau. Dilihat seperti orang yang sesat di rumah sendiri.

Tak perlulah mainkan alasan dengan janji PKR untuk menurunkan harga minyak mendadak sehingga bawah dari RM 1.92, sedangkan nak membetulkan perkara yang sudah terjadi memerlukan masa. Apa yang aku dengar, Anwar mengambil langkah pertama iaitu dengan menurunkan harga minyak sehingga 50 sen. Mungkin selepas itu akan terdapat langkah kedua dan ketiga dan seterusnya. Kenapa tak beri peluang?

Bayi yang hendak mula berjalan pun mengambil masa. Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah pun tidak sekaligus. Semuanya memerlukan masa. Jika kalau Anwar mampu turunkan sehingga 50 sen, tak perlulah ia jadi isu. Yang sepatutnya jadi isu kenapa kerajaan tak mampu buat begitu? Bukankah ramai cerdik pandai dalam kerajaan yang boleh memikirkan perkara seperti ini.

Dari segi fakta, seperti apa yang Anwar katakan dapat dilihat bahawa rancangannya untuk menurunkan harga minyak itu semacam benar kerana fakta tersebut langsung tak disentuh oleh Ahmad Shabery. Antara fakta itu benar atau Ahmad Shabery langsung tak tahu perkara tersebut, aku tak berani nak cakap. Tapi secara logik akal, bila sesuatu fakta itu dinyatakan tanpa ada apa-apa tentangan, maka ia nampak seperti benar dan betul.

Dalam debat ini aku hanya nampak kerja Ahmad Shabery hanya mencari salah Anwar semasa menjadi Menteri Kewangan dan juga Timbalan Perdana Menteri. Sama seperti MAS dahulu, harga tambang dinaikkan sebab harga minyak naik. MAS salahkan harga minyak global yang semakin meningkat, sedangkan AirAsia pula mempromosikan harga rendah untuk semua destinasi penerbangannya. Kenapa AirAsia boleh bagi harga murah sedangkan ia milik seorang usahawan yang terhad sumbernya sedangkan MAS milik kerajaan yang mempunyai banyak otak untuk berfikir dan mempunyai sumber yang luas?

Aku masih lagi tak puas dengan debat seperti ini. Kempunan rasanya nak dengar debat secara ilmiah yang sihat tanpa menyerang peribadi seseorang. Biar fakta lawan fakta. Debat lawan debat. Baru puas. Kalau kerajaan tak sanggup, menyerah sahajalah. Tak perlu nak kompang satu kampung mengatakan bahawa kerajaan bersifat terbuka atau adil. Buang masa.

12
Jul
08

Saman Ajelah TV3 Tu…

Dah naik bulu ketiak ke telinga bila menonton Buletin Utama yang memang “Yang Terutama” dalam membodek, memfitnah, membohong dan lain-lain “mem” yang sama erti dengannya.

Merujuk entri aku yang terdahulu tentang TV3 (sila klik disini), memang aku kesal kerana mereka masih dengan “polisi dan pekeliling” kerja untuk mencari salah dan menghebahkan kapada rakyat cerita yang tak benar tentang negeri-negeri bawah kerajaan Pakatan Rakyat. Cerita tentang BN dan UMNO nampak seperti parti malaikat yang langsung tiada salahnya.

UMNOlah yang membantu saya, terima kasih kerajaan…“, kata mereka. Tapi kata aku, “Ptuiii… langsung tak adil. Makan haram kalau aku kerja di TV3!“.

Tengok sahaja masa Protes Sejuta Rakyat apabila sebuah band rock yang “terlanjur” perbuatan mereka, maka TV3 mengutuk dengan temu-ramahnya yang berat sebelah, semuanya dituding jari kepada Pakatan Rakyat. Ya!, memang salah penganjur. Dan mereka meminta maaf, malah dikritik oleh geng Pakatan Rakyat sendiri seperti PAS dan sebahagian orang PKR. Bukan macam BN atau UMNO, bila ada yang berlaku seperti kes ini, maka alasan yang diberi adalah – “kita akan buat siasatan lanjut“. Alih-alih tak dengar pun cerita. TV3 senyap. Simpan kebenaran.

Cerita terbaru adalah pasal cerita fitnah mengenai Menteri Besar Kedah pada Buletin Utama, 10 Julai 2008. Kononnya menuduh MB Kedah itu mengamalkan perbelanjaan yang mewah dan membazir dalam pengurusan dalam pentadbiran Negeri Kedah. Bukti yang kononnya disabitkan ialah apabila MB Kedah dilihat menaiki pesawat khas dalam satu penerbangan.

Tapi cerita dari Bernama pula berbeza apabila cerita penerbangan tersebut adalah sebuah penerbangan rombongan di-Raja Kedah untuk berlepas ke Brunei bagi mengundang Sultan Brunei hadir di sambutan Jubli Emas Sultan Kedah.

Apa punyai “tahi” berita dari TV3. Jelas-jelas memperbodohkan penonton. Lebih teruk dari berita dari RTM. Lebih hangit daripada biasa. Macam itupun nak buat cerita. Tak kaji ke?, atau memang orang TV3 ni tak tahu nak mencari berita. Keji, hina, haram, fitnah, kotor, najis, penipu dan yang buruk-buruk letak ketepi, janji cerita itu gempak dan meletup. Itulah TV3!.

10
Jul
08

Jangan Salahkan Mahkamah Islam

Cakaplah apa-apa pun. Kalau dah tak percaya dengan hukum Islam, cakap sahajalah.

Macam mana nak bawa 4 orang saksi kalau yang buat tu berdua-duaan“, kata mereka. “Macam ni perbicaraan macam tak adil!“.

Mereka salahkan hukum Islam kerana tak memberi muka pada si penuduh. Kalau dulu kata suruh bersumpah, Anwar sanggup bersumpah. Kini bila Anwar buat laporan kepada JAWI, mereka kata tak adil.

Apa yang adil?. Adilkah jika dihakimi dan disiasat dengan cara mereka?. Kalau dah siasat, tak kedengaran pula bukti-buktinya. Mungkin tunggu Anwar kemukakan bukti dahulu. Senang nak “counter attack” semula bukti macam tahun 1998 dahulu.

Takkan Anwar begitu bodoh untuk jatuh kelubang yang sama untuk kali kedua?. Nasihat Ulama’ beliau ikut. Kali ini beliau ikut cara Islam.

Bukan untuk “berselindung” sepertimana yang dikatakan mereka. Tetapi hanya dengan cara Islam sahaja yang dapat memperlihatkan beliau tidak bersalah.

Jangan main-main dengan cara pengadilan dan penghakiman Islam. Ia bukan semata-mata satu perbicaraan yang benar atau yang salah. Akan tetapi HIKMAH disebalik perbicaraan tersebut.

Allah bukan zalim untuk mewujudkan undang-undang-Nya bagi menganiaya hambanya yang tak bersalah. Undang-undang-Nya mempunyai hikmah dan hikmah ini amat luas pengertiannya. Jika salah antara keduanya (Anwar atau Saiful), mungkin “on the spotAllah tunjukkan kesalahan mereka.

Ingin diingati bahawa doa orang yang dizalimi “direct” terus pada Allah tanpa apa-apa tapisan. Tengok sahaja apa yang telah berlaku pada Bekas Ketua Polis Negara, Rahim Noor; dah la kena penjara, lepas tu pencen tak dapat, kena Parkinson pulak tu.

Tu baru satu contoh. Yang pecah kepala jatuh dari katil pun ada, yang ayah tak mengaku itu anaknya pun ada, yang kena tangkap khalwat pun ada, yang isteri kena tangkap basah dengan orang lain pun ada… macam-macam lagilah. Semuanya pernah terlibat dengan kes Anwar dahulu.

Aku masih percaya dengan kewujudan Ulama’ yang mempunyai taraf kashaf yang tinggi. Ulama’ pewaris para Nabi tetapi tidak mempunyai mukjizat seperti Nabi dan Rasul. Tetapi mereka mempunyai kashaf yang diberi keistimewaan ini oleh Allah kepada mereka. Dan Ulama’-ulama’ inilah yang menjadi penasihat kepada Anwar kini. Jadi siapalah kita untuk kata apa-apa jikalau hubungan kita dengan Allah pun tak berapa bagus. Solat pun ada yang “rongak-rongak”. Tengok diri sendiri dahulu sebelum mengata pada orang lain.

08
Jul
08

Janganlah Takut Pak Lah

Pak Lah risau dengan penyebaran bermacam-macam berita dalam blog. Siap suruh para bloggers hentikan penyebaran cerita-cerita mereka. Janganlah takut Pak Lah. Kalau suratkhabar kerajaan boleh ceritakan macam-macam, kami pun boleh juga. Barulah adik dan saksama.

Memang la tak nafi kalau ada bloggers macam kami ni tulis macam-macam.  Tapi itulah cara untuk kami meluahkan isi hati kami menggunakan logik akal dan fakta yang cuba disembunyikan oleh media. Lagipun tulisan kami bukan la teruk sangat pun, kutuk sikit-sikit aje. Kan masa dah berubah, dunia makin maju begitulah iklan baru Berita Harian. Terima ajelah hakikat.

Kalau kami tulis macam-macam kat sini pun bukannya datang effect kat kerajaan pun. Kalau ada pun sikit aje, setakat kerajaan jatuh kedebab, tak pun tukar kerajaan aje. Paling banyak pun kami membuka pekong didada pemimpin kerajaan… itu aje. Bukannya nak mengkhianat pun.

Kalau kata nak khianat, lama dah Malaysia ni kena jajah semula. Tapi yang ternampak macam kami yang kena khianat. Sikit-sikit kata kerajaan tak ada duit, biasiswa tukar jadi pinjaman, matapelajaran Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris, Sekolah Agama Rakyat dicop sarang militan, kewibawaan Di-Raja dipermainkan, macam-macam lagilah. Nak cerita pun dah tak berapa ingat sebab banyak sangat yang nak kena ingat. Yang penting kami tak mudah lupa…




Bebaskan Palestin!

Ini adalah blog 3K - Kaji, Kritik, Kantoi. Blog ini hanya dipunyai oleh Kipp dan dia berhak menulis apa-apa mengikut kesukaan akal, hati, emosi dan kepala otaknya sendiri. Ruang lingkup tulisannya adalah berunsur apa-apa saja yang melibatkan hal-hal duniawi dan ukhrawi. Dan juga terbuka pada sesiapa yang nak komen, kritik atau apa-apa sahaja di atas tulisan oleh Kipp... selamat membaca!!!


E-mail Kipp ke:

kipptriplek@yahoo.com


Pemberitahuan:

Untuk aktiviti "menconteng", anda bolehlah ke halaman profil kipp dan "menconteng" dibahagian komen tersebut, atau klik sahaja di bawah ini.

klik disini

 

Julai 2008
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Kategori Artikel

Arkib Artikel

Foto Flickr Kipp

BN gila 21

BN gila 20

BN gila 19

BN gila 18

BN gila 17

More Photos

Statistik Pelawat Blog 3K

  • 28,512 kali dilawati

Apa?!