Kenapa Pilih Liwat?
Salam pada semua pembaca. Cerita hangat lagi hangit kembali ke layar TV saluran perdana “milik” kerajaan mengenai LIWAT. Perghhh!… tak ada benda lain ke nak memalukan orang. Kalau dulu Tun Mahathir gunakan tuduhan ini untuk jatuhkan timbalannya, dan sekarang ada orang gunakan sekali lagi guna tuduhan yang sama untuk menjatuhkan musuhnya. Tak ada alasan lain ke nak tuduh orang selain LIWAT. Jijik. Kotor. Huduh. Najis!!!
Si pelaku liwat yang dituduh adalah, tak lain tak bukan - Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dan si mangsa liwat ialah Encik Saiful Bukhari Azlan (yang sanggup memalukan diri), pemuda yang berumur 23 tahun. Aku bukan bersetuju dengan tuduhan ini, tidak sama sekali. Tetapi aku hanya ingin mendedahkan sesuatu yang agak logik mengenai si Saiful ini.
Melihat dari satu aspek, Saiful ialah mantan Timbalan Presiden (1) MPP Uniten. Maklumat diberitahu bahawa beliau adalah pembantu kepada Anwar Ibrahim. Jadinya, dari satu aspek bahawa si Saiful ini telah diliwat oleh Anwar mungkin boleh dibuat cerita. Akan tetapi, menurut seorang blogger (rakan kepada Saiful) diblognya (klik disini) bahawa Saiful berkawan rapat dengan Pegawai Khas kepada Timbalan Presiden UMNO, Najib Tun Razak. Dan sumber lain pula memberitahu bahawa si Saiful ini memang orang Najib (klik disini).
Mungkin terdapat satu konspirasi bengong yang diatur oleh Najib Tun Razak untuk menjatuhkan maruah Anwar Ibrahim kerana dek desakan Raja Petra kerana membongkarkan perihal beliau dengan isterinya dalam kes pembunuhan Altantuya?
Siapa tahu?
Kenyataan Akhbar Datuk Seri Anwar Ibrahim
29hb Jun 2008, Shah Alam, Malaysia: Laporan polis yang dibuat terhadap saya awal hari ini adalah satu rekaan semata-mata. Saya percaya kita sedang menyaksikan ulangan pendekatan sama yang digunakan terhadap saya seperti pada tahun 1998 apabila tuduhan palsu dibuat dengan paksaan. Nyatalah ini satu tindakan terdesak oleh regim Barisan Nasional untuk menghalang usaha rakyat Malaysia menuju kebebasan, demokrasi dan keadilan.
Laporan palsu ini dirancang oleh pihak-pihak berkepentingan untuk menyerang saya sebagai satu serangan balas terhadap bukti yang saya perolehi mengaitkan Ketua Polis Negara Musa Hasan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan salah laku, termasuk usaha pemalsuan bukti-bukti kes yang melibatkan saya pada tahun 1998-99. Serangan jahat ini tidak akan menghalang saya dari mendedahkan bukti-bukti tersebut kepada awam.
Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bangun menentang kuasa-kuasa menindas yang akan digunakan oleh kerajaan pada hari dan minggu-minggu berikutnya. Kita menjangkakan pihak media, badan kehakiman dan pihak polis akan tunduk di bawah telunjuk serta arahan pemerintah.
Rakan-rakanku rakyat Malaysia – kita telah mengambil langkah berani pada 8hb Mac 2008 untuk mara demi harapan baru untuk kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat. Gerakan rakyat untuk perubahan mesti terus maju dengan segala kekuatan dan keberanian.
ANWAR IBRAHIM






Siap ada gmbar tunang saiful lagi tu..cun pulak tu..perghhhhh
ye betul macam takde benda lain asyik LI…… aje…mmg menjijikkan, memalukan, mengaibkan…rasa terkejut jugak bila dengar berita…mmg dajai betuilah depa nih..ingatlah wahai yg membuat fitnah..dosa fitnah itu lebih besar dari membunuh…di mahkamah TUhan…tiada siapa yang akan terlepas…terimalah balasannya nanti di SANA kelak……….
Tuduhan Liwat itukan masalah Qazaf. Ada hukum yang jelas dalam Quraan, bukan boleh buat main-main. Orang yang menuduh tanpa saksi yang cukup boleh disebat 80 kali, tetapi yang lebih malang ialah persaksiannya tidak akan dipercayai sepanjang hayatnya. Wahai dunia lihatlah apa yang terjadi kepada orang yang menuduh orang lain liwat.
Friendster Saya? >> Errr… ader orang liwat tunang dia keee????
Nuriman >> Dorang tu bukan kenal syurga, pahala. Yang penting fulusss….
Alberangque >> Malaysia ni guna undang2 TAHI. Bukan undang2 Islam. Tu la pasal dorang berani buat macam tu. Tak tau la apa akan jadi bagi orang yang tuduh liwat ni kat akhirat nanti. Nau’zubillah…
bleh tau x frenster saiful buhari tu..bleh bg link x? nak kenal2 gk
Fitnah itu dosanya memang lebih besar dari membunuh… Setuju dengan Nuriman.Setiap tuduhan yang dibuat melibatkan jenayah syariah memerlukan saksi yang adil dan memang betul2 seorang yang mengamal dan mendalami hukum-hakam Islam.Bukan main sedap cakap je…bersubahat membenarkan perkara yang melibatkan fitnah sehingga menjatuhkan maruah diri dan keluarga yang tertuduh adalah hukumnya sama.Jangan mati esok jadi hantu dah la….bumi tak terima.
be end suck!!!!
harap DSAI tabah dgn ujian nie
Aku nak liwat tunang dia boleh?
hmm, tue yg pelik dengan manusia nie, sanggup memalukan diri sendiri untuk menjatuhkan orang lain…
lagipun, secara logik, orang muda tidak mampu untuk melawan orang yg dah tua darinya…pelikkan??
Mmm..dari satu sudut,sape yang nak memalukan diri sendiri.Ada dua kategori kenapa dia sanggup buat laporan ni.
1.Dia diberi ganjaran yang besar oleh pihak-pihak yang berkepentingan
2.Dia sudah bertaubat dan takutkan ALLAH,maka dia buat laporan untuk mendedahkan siapa sebenarnya Anwar.Sebab dia merasakan ini adalah tanggungjawab dia agar rakyat tidak tertipu dengan pemimpin yang bertopngkan islam tapi perangai macam syaitan.
Pekara diatas hanyalah andaian…Aku tak tahulah saiful ni dalam kategori mane…Semoga Allah tunjukkan kebenaran pade kita siapa sebenarnya Anwar dan siapa Saiful
Sebanarnya kejadian ini bukan semata utk menghalang Anwar jd PM,sebaliknya memastikan Rosmah Mansor kekal boleh membeli belah di serata dunia.Sekiranya percubaan ini gagal, sah!!! Najib dan Rosmah Mansor terpelanting dalam jel.Ok! Gani Patail dan Musa Hassan adalah pertahanan terakhir dan terhandal dalam pasukan bolasepak Najib,mereka akan memastikan gawang Najib tidak BOLOS oleh serangan berbisa penyerang PR iaitu ANWAR IMRAHIM.juak Najib sebenarnya sedang berusaha mengekalkan kedudukan mereka,tak kisah pasukan baru atau lama,asalkan lekat.Korang ingat menteri2 geng Najib sanggup sehidup semati atau kalah menang bersama ngan Najib Altantuya??? apabila Najib kantoi semua akan tukar no tefon baru.Pak lah tak kisah siapa menang asalkan Khairi pemain simpanan(Baru shj lepasi ujian kecergasan)Kekal dalan kesebelasan utama.