TV3: Sudah-Sudahlah Tu…

2008 Jun 25
by Kipp

Bila tengok TV3 ni, kadang-kadang tu rasa naik angin juga. Nak tukar TV lain tak clear (ye la, sebab tak guna Astro. Guna TV gelombang UHF, V-L, V-H aje yang mampu). Nak tak nak, tercegat juga la depan TV3 yang “hebat” itu.

Rasa hampa dengan media ini yang masih lagi berat sebelah dalam menyampaikan informasi kepada rakyat Malaysia ini. Baik dalam hal ekonomi, sosial, politik dan hiburan, semuanya dah naik menyampah. Entah apa yang si pengurus fikirkan untuk menjaga imej TV3. Aku boleh tengok dengan rancangan mereka, tapi untuk menerima - I don’t think so!.

Dalam berita, penyampaian yang berat sebelah terlalu nyata. Negeri yang diperintah PR dijadikan agenda utama dalam berita, kebanyakan berita yang kurang sedap didengar. Hal sebenar tak disiarkan. Hanya didengar dari mulut wartawan mereka sahaja. Cerita sebenar dari mulut pihak yang berkuasa di negeri-negeri tersebut macam tak wujud. Nak harapkan mereka siarkan berita baik tentang PR – jauh sekalilah!, tak payah nak berharap, nanti kecewa. Kalau ada pun berita dah diputarbelitkan.

Dalam rancangan hiburan juga begitu - rancangan main tangkap muat. Tak nampak sangat nilai tambahan (value added) yang boleh dinilai dalam rancangan tersebut. Lebih-lebih lagi rancangan realiti TV yang…. syok sendiri – tak tahu nak letak perkataan apa, itu sahajalah yang terlintas kat kepala otak aku ini.  

Tak semua yang hampeh. Ada yang baik. Tapi yang hampeh tu banyak dari yang bagus…

7 Respons leave one →
  1. 2008 Jun 26

    pembodek nombor satu malaysia.. hahahah

    Dan diikuti oleh RTM tempat kedua…. huhuhuhu

  2. 2008 Jun 27

    tv3 memang hampeh. rancangan yang saya enjoy cuma kartun budak2 dan mr bean.

    berita? kadang2 percaya lagi kepada CNN.
    abahfateh.blogspot.com

    Berita TV3: “Dengar boleh, Percaya jangan”

  3. 2008 Jun 28

    aku tengok tv3 tanpa perasaan. tahu2 jek muntah kerna berita bodoh nan amat dimuat di dalam segmen2 mereka.

    Jangan muntah darah sudah… tu kira tahap gaban giler meroyan dah tuu… huhuhu

  4. 2008 Jun 30

    sy tak ktengok langsung…..dah termuntah dah……..

    huhuhu… tu muntah lain tuu… huhuhuh

  5. 2008 Jun 30
    mzmn permalink

    Betul la tu,kalau dah ramai yang ‘muntah-muntah’ bila tengok TV3,boleh di anggap wabak penyakit yang cukup bahaya dan mesti dicegah dari terus ditonton oleh masyarakat.Bimbang nanti melarat-larat dan lebih serius.Tak pasal-pasal ada yang mati mengejut.

  6. 2008 September 11

    saya cukup kecewa cerita indon makin menjadi jadi dan sakit hati apatah lagi cerita BODOH macam anakku bukan anak ku. cerita macam ni tv3 bolihterima. tolong tolong dan tolong pilih yg ada qualiti sikit baik tukankan katun je kalau macam tu.

    tolong ya tv3

    Aku pun harapkan cam gitu gak…

Trackback & Pingback

  1. Saman Ajelah TV3 Tu… « 3K - Kaji, Kritik, Kantoi

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS