Bila tengok TV3 ni, kadang-kadang tu rasa naik angin juga. Nak tukar TV lain tak clear (ye la, sebab tak guna Astro. Guna TV gelombang UHF, V-L, V-H aje yang mampu). Nak tak nak, tercegat juga la depan TV3 yang “hebat” itu.
Rasa hampa dengan media ini yang masih lagi berat sebelah dalam menyampaikan informasi kepada rakyat Malaysia ini. Baik dalam hal ekonomi, sosial, politik dan hiburan, semuanya dah naik menyampah. Entah apa yang si pengurus fikirkan untuk menjaga imej TV3. Aku boleh tengok dengan rancangan mereka, tapi untuk menerima - I don’t think so!.
Dalam berita, penyampaian yang berat sebelah terlalu nyata. Negeri yang diperintah PR dijadikan agenda utama dalam berita, kebanyakan berita yang kurang sedap didengar. Hal sebenar tak disiarkan. Hanya didengar dari mulut wartawan mereka sahaja. Cerita sebenar dari mulut pihak yang berkuasa di negeri-negeri tersebut macam tak wujud. Nak harapkan mereka siarkan berita baik tentang PR – jauh sekalilah!, tak payah nak berharap, nanti kecewa. Kalau ada pun berita dah diputarbelitkan.
Dalam rancangan hiburan juga begitu - rancangan main tangkap muat. Tak nampak sangat nilai tambahan (value added) yang boleh dinilai dalam rancangan tersebut. Lebih-lebih lagi rancangan realiti TV yang…. syok sendiri – tak tahu nak letak perkataan apa, itu sahajalah yang terlintas kat kepala otak aku ini.
Tak semua yang hampeh. Ada yang baik. Tapi yang hampeh tu banyak dari yang bagus…






Komen-komen Pembaca