Lebih seminggu aku tak menulis blog. Berehat minda sambil bercuti-cuti Malaysia ke Terengganu. Ingatkan balik dari bercuti bolehlah tenang minda dan fizikal dek tekanan hidup yang meningkat, tapi makin teruk pula jadinya.
Berita dari suratkhabar kata kerajaan akan menaikkan minyak petrol dan diesel pada Ogos, dan berita petang tadi PM bagitau harga sudahpun naik. Harga petrol naik hingga RM 0.78 sen menjadikan petrol RM 2.70 seliter, manakala diesel pula naik hingga RM 1.00 menjadikan diesel RM 2.58 seliter. Hmmm…. adakah ini “hadiah” kemenangan BN untuk kita?.
PM dan kuncu-kuncunya tak mahu “populariti” mereka tergugat, maka mereka menyediakan rebet kewangan kepada pemilik kereta persendirian iaitu lebih kurang RM 600 setahun untuk pemilik kenderaan berkuasa hingga 2000cc dan RM 150 setahun untuk pemilik motorsikal persendirian. Wah!… baik sungguh hati PM dan para menteri kita ini. Oleh itu, orang yang kaya yang pakai kereta 2000cc keatas tak dapat rebet, orang yang tak kaya yang pakai kereta 2000cc kebawah dapat rebet. Nampak adil dan saksama. Tapi apalah sangat RM 600 apatah lagi RM 150 setahun bagi orang-orang kaya ini, celah gigi dorang aje. Dan PM berkata lagi bahawa harga minyak ini tidak tetap, kemungkinan turun ataupun kemungkinan besar ia akan naik lagi – berdasarkan kenaikan harga komoditi minyak dunia.
Persoalannya sekarang adalah:
1. Adakah harga makanan juga akan naik? Adakah kerajaan akan memberi rebet juga?
2. Kadar inflasi kini 2.7% juga akan naik, mungkin kepada 3.5%, bagaimana kerajaan menanganinya?
3. Dengan kedua-dua faktor diatas, bagaimana aku nak menjalani kehidupan ini?
4. Mungkin kerajaan perlu belajar dari pembuat dan pengedar kamus elektronik Besta yang berjaya menurunkan harga barang tersebut, bagaimana mahu menurunkan harga minyak dan barangan lain…. huhuhuhuhu






undilah BN lagi ini yang kita dapat tak sampai 100 hari dia menang “simple majoriti”
korang kan percaya pada BN itu hari? sekarang, tengok apa jadi! makan la tahi sendiri!!
jgn lupa turun demo 12hb nanti di KLCC..
ok le tu…
tunggu la ura2 harga minyak naik lg kpd RM 4…
Pemimpin yang berjaya sentiasa membuat penilaian terhadap apa juga perkara yang hendak dilaksanakan. Nampaknaya pemimpin kita bersikap terburu-buru dan tidak berfikir panjang. Pemimpin kita juga tidak dapat mengawal harga minyak kerana kebanyakan mereka mendapat minyak percuma. Kalau mereka betul-betul ikhlas membantu rakyat, kurangkanelaun keraian sebanyak 90%. Sedarlah wahai menteri bahawa wang keraian itu adalah wang rakyat yang membayar cukai. Mereka senang-senang mengguna wangh rakyat sedangkan rakyat semakin terhimpit.
Kerajaan juga perlu memberi hadiah kepada pembayar-pembayar cukai sebagai penghargaan kepada mereka khususnya yang membayar lebih seratus ringgit dalam tempoh lima tahun. Ini baru adil.