Arkib untuk Jun 2008

29
Jun
08

Kenapa Pilih Liwat?

Salam pada semua pembaca. Cerita hangat lagi hangit kembali ke layar TV saluran perdana “milik” kerajaan mengenai LIWAT. Perghhh!… tak ada benda lain ke nak memalukan orang. Kalau dulu Tun Mahathir gunakan tuduhan ini untuk jatuhkan timbalannya, dan sekarang ada orang gunakan sekali lagi guna  tuduhan yang sama untuk menjatuhkan musuhnya. Tak ada alasan lain ke nak tuduh orang selain LIWAT. Jijik. Kotor. Huduh. Najis!!!

Si pelaku liwat yang dituduh adalah, tak lain tak bukan - Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dan si mangsa liwat ialah Encik Saiful Bukhari Azlan (yang sanggup memalukan diri), pemuda yang berumur 23 tahun. Aku bukan bersetuju dengan tuduhan ini, tidak sama sekali. Tetapi aku hanya ingin mendedahkan sesuatu yang agak logik mengenai si Saiful ini.

Melihat dari satu aspek, Saiful ialah mantan Timbalan Presiden (1) MPP Uniten. Maklumat diberitahu bahawa beliau adalah pembantu kepada Anwar Ibrahim. Jadinya, dari satu aspek bahawa si Saiful ini telah diliwat oleh Anwar mungkin boleh dibuat cerita. Akan tetapi, menurut seorang blogger (rakan kepada Saiful) diblognya (klik disini) bahawa Saiful berkawan rapat dengan Pegawai Khas kepada Timbalan Presiden UMNO, Najib Tun Razak. Dan sumber lain pula memberitahu bahawa si Saiful ini memang orang Najib (klik disini).

Mungkin terdapat satu konspirasi bengong yang diatur oleh Najib Tun Razak untuk menjatuhkan maruah Anwar Ibrahim kerana dek desakan Raja Petra kerana membongkarkan perihal beliau dengan isterinya dalam kes pembunuhan Altantuya?

Siapa tahu?

Kenyataan Akhbar Datuk Seri Anwar Ibrahim

29hb Jun 2008, Shah Alam, Malaysia: Laporan polis yang dibuat terhadap saya awal hari ini adalah satu rekaan semata-mata. Saya percaya kita sedang menyaksikan ulangan pendekatan sama yang digunakan terhadap saya seperti pada tahun 1998 apabila tuduhan palsu dibuat dengan paksaan. Nyatalah ini satu tindakan terdesak oleh regim Barisan Nasional untuk menghalang usaha rakyat Malaysia menuju kebebasan, demokrasi dan keadilan. 

Laporan palsu ini dirancang oleh pihak-pihak berkepentingan untuk menyerang saya sebagai satu serangan balas terhadap bukti yang saya perolehi mengaitkan Ketua Polis Negara Musa Hasan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan salah laku, termasuk usaha pemalsuan bukti-bukti kes yang melibatkan saya pada tahun 1998-99. Serangan jahat ini tidak akan menghalang saya dari mendedahkan bukti-bukti tersebut kepada awam. 

Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bangun menentang kuasa-kuasa menindas yang akan digunakan oleh kerajaan pada hari dan minggu-minggu berikutnya. Kita menjangkakan pihak media, badan kehakiman dan pihak polis akan tunduk di bawah telunjuk serta arahan pemerintah.  

Rakan-rakanku rakyat Malaysia – kita telah mengambil langkah berani pada 8hb Mac 2008 untuk mara demi harapan baru untuk kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat. Gerakan rakyat untuk perubahan mesti terus maju dengan segala kekuatan dan keberanian. 

ANWAR IBRAHIM

25
Jun
08

TV3: Sudah-Sudahlah Tu…

Bila tengok TV3 ni, kadang-kadang tu rasa naik angin juga. Nak tukar TV lain tak clear (ye la, sebab tak guna Astro. Guna TV gelombang UHF, V-L, V-H aje yang mampu). Nak tak nak, tercegat juga la depan TV3 yang “hebat” itu.

Rasa hampa dengan media ini yang masih lagi berat sebelah dalam menyampaikan informasi kepada rakyat Malaysia ini. Baik dalam hal ekonomi, sosial, politik dan hiburan, semuanya dah naik menyampah. Entah apa yang si pengurus fikirkan untuk menjaga imej TV3. Aku boleh tengok dengan rancangan mereka, tapi untuk menerima - I don’t think so!.

Dalam berita, penyampaian yang berat sebelah terlalu nyata. Negeri yang diperintah PR dijadikan agenda utama dalam berita, kebanyakan berita yang kurang sedap didengar. Hal sebenar tak disiarkan. Hanya didengar dari mulut wartawan mereka sahaja. Cerita sebenar dari mulut pihak yang berkuasa di negeri-negeri tersebut macam tak wujud. Nak harapkan mereka siarkan berita baik tentang PR – jauh sekalilah!, tak payah nak berharap, nanti kecewa. Kalau ada pun berita dah diputarbelitkan.

Dalam rancangan hiburan juga begitu - rancangan main tangkap muat. Tak nampak sangat nilai tambahan (value added) yang boleh dinilai dalam rancangan tersebut. Lebih-lebih lagi rancangan realiti TV yang…. syok sendiri – tak tahu nak letak perkataan apa, itu sahajalah yang terlintas kat kepala otak aku ini.  

Tak semua yang hampeh. Ada yang baik. Tapi yang hampeh tu banyak dari yang bagus…

22
Jun
08

Antara Assalamu’alaikum, Salam dan A’kum

Ilmu untuk dikongsi bersama :

Ustaz Zawawi cerita tentang sunnah Rasulullah S.A.W. Antaranya tentang bab memberi salam.

Baginda Rasulullah memberi salam dengan lafaz “Assalamu’alaikum” dan menjawab salam dari para sahabat dengan salam yang penuh “Wa’alaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh“. Itulah amalan yang di tuntut.

Beri salam – Assalamu’alaikum
Jawab salam – Wa’alaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh

Apabila anda berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata sebagai contoh, ”Kirim salam assalamu’alaikum pada Anis ye“. Bukannya, “Kirim salam kat Anis ye“. Dan bukannya, “Kirim salam maut“. Kenyataan ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!

“Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot“.

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamu’alaikum” dengan “A’kum” dalam SMS atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamu’alaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “Salam” iaitu sama makna dengan “Assalamu’alaikum“. Sesama lah kita memberitahu rakan-rakan yang selalu sangat guna perkataan “A’kum” ini.

A’kum” dalam SMS ataupun e-mail. Perkataan “AKUM” adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan Yahudi yang bermaksud “BINATANG” dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan “Avde Kokhavim U Mazzalot” yang bermaksud “HAMBA-HAMBA BINATANG” dan ”ORANG-ORANG SESAT“.

Mulai sekarang jika ada orang hantar shortformA’kum“, kita ingatkan mereka guna “Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamu’alaikum“. Semoga ada manfaatnya.

20
Jun
08

Lari!!!

Aku ubah dari iklan radio:

Mak Bidan: Alhamdulillah.. akhirnya dah bersalin kau Yati, lepas ni kena la jaga badan. Nanti bentuk badan lari.

Yati: Lari? Lari ke mana?

Mak Bidan: Ye la. Lari ke Pakatan Rakyat….

 

18
Jun
08

Peraduan 100 Days 100 Cars Haram

Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan pertandingan  100 Days 100 Cars dari Celcom adalah HARAM.

Diputuskan oleh Majlis Fatwa, ia adalah kerana berunsurkan pembaziran.

Mungkin undi untuk Akademi Fantasia, Gengstarz, One In A Million, So You Think You Can Dance dan lain-lain lagi program realiti TV yang menggunakan undi SMS pun kena ambil tindakan juga kerana ianya mempunyai unsur pembaziran dan ditambah lagi dengan pengundi terbanyak mendapat hadiah mingguan.

Secara konsep, ianya sama dengan peraduan Celcom itu.

Mungkin itu “badi” warna BIRU, BIRU, BIRU…. huhuhuhu

15
Jun
08

Baik Ada Makna Tuuu….

Itulah dialog dalam filem arahan P. Ramlee; Madu Tiga.

Pak Lah pun macam tu juga. Mula-mula naikkan harga minyak, tapi tunjuk buat baik pada rakyat; bagi rebet kenderaan persendirian.

Tak cukup dengan itu lagi, Pak Lah mahu para Menteri “merasai” kesengsaraan rakyat; potong elaun Menteri 10%.

Tak cukup lagi. Pak Lah kembalikan royalti minyak 5% kepada Terengganu.

Lepas ni apa pula?

Mungkin pemansuhan penggunaan Bahasa Inggeris dalam matapelajaran Matematik dan Sains.

Mungkin naikkan gaji pekerja Kerajaan.

Mungkin letak jawatan? Mungkin tidak?

Kita tunggu, lihat dan protes…

10
Jun
08

Minyak Petrol: Kerajaan Pendek Akal

Bila aku cakap Petronas “terlupa” nak bayar zakat, ramai yang bising-bising dan tuduh kata menipu. Mungkin apa yang dikata oleh Prof. Diraja Engku Aziz itu adalah benar, tapi kita yang ”terlupa” nak pergi check di pejabat zakat. Kalau ikut pengiraan apa yang Prof. Diraja Engku Aziz cakap itu, jikalau benar Petronas membayar zakatnya, nilai zakat tersebut boleh membiayai pelajaran semua pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh Malaysia. Tapi siapa tahu?

Kerajaan semacam nak memutar-belit, atau kata kasarnya menipu rakyat dengan jumlah sebenar keuntungan Petronas yang dimiliki oleh Malaysia. Apa yang dikata oleh “Penasihat” Petronas mungkin boleh membuka pengetahuan kita tentang keuntungan Petronas yang dimiliki Malaysia:

Malaysia mengeluar lebih kurang 650,000 tong minyak sehari. Kita guna 400,000 tong dan selebihnya 250,000 tong di export.

Tiga tahun lalu minyak mentah dijual pada kadar USD30 satu tong. Hari ini ianya USD130 – kenaikan sebanyak USD100. Hampir tiada peningkatan di dalam kos pengeluaran oleh itu lebihan USD100 boleh dianggap untung bersih.

250,000 tong yang dieksport sepatutnya memberi kita pulangan 250,000 x 100 x 365 x 3 = RM27,375,000,000 (Dua puluh tujuh bilion Ringgit).

Tetapi Petronas untung lebih RM70 billion, yang kesemuanya milik Kerajaan.

Selain minyak, harga minyak sawit, getah dan timah juga meningkat lebih kurang 400 peratus. Keuntungan syarikat perladangan dan bank-bank juga mencecah sehingga RM3 billion tiap satu. Cukai yang dibayar juga sudah tentu mengalami peningkatan yang tinggi.

Saya percaya jika subsidi dikekalkan dan dikurangkan secara berperingkat ianya tidak akan mengekang kewangan Kerajaan.

* Dr. Mahathir Mohamad

Alasan yang kerajaan beri dah naik basi aku dengar. Kenapa kalau kerajaan buat sesuatu perkara mereka seperti tidak berfikiran panjang. Pendek akal. Tidur. Tak nampak seperti satu keputusan yang baik. Sekali kata Ogos, Jun dapat nama. Sekali kata orang luar tak boleh beli minyak di Malaysia, bila dah naik harga terus kata orang luar boleh beli minyak di sini. 

Nak sejukkan hati rakyat, kerajaan bagi jugalah rebet untuk pemilik kereta dan motorsikal persendirian, ditambah lagi dengan kononnya kerajaan juga terasa dengan kesengsaraan rakyat, maka keputusan untuk memotong elaun sebanyak 10% hingga 30% pun terjadi. Kenapa tak potong elaun tu lima enam tahun dahulu, kenapa baru sekarang nak pikir macam tu, lembab sangat ke kepala otak pemimpin kerajaan ini, orang lain dah buat berbelas-belas tahun dahulu lagi, tapi kerajaan BN baru nak sedar hal ini, pastu kecoh-kecoh satu Malaya, baru telur sebiji, dah riuh seMalaysia kononnya memahami penderitaan rakyat. pegidahhh!!!…

Mungkin entry sebelum ini yang aku copy paste dari Chot itu ada benarnya. Kemana duit itu hilang mungkin untuk bayar hutang…. mungkin salah, tapi kemungkinan besar juga ia adalah benar.   




Bebaskan Palestin!

Ini adalah blog 3K - Kaji, Kritik, Kantoi. Blog ini hanya dipunyai oleh Kipp dan dia berhak menulis apa-apa mengikut kesukaan akal, hati, emosi dan kepala otaknya sendiri. Ruang lingkup tulisannya adalah berunsur apa-apa saja yang melibatkan hal-hal duniawi dan ukhrawi. Dan juga terbuka pada sesiapa yang nak komen, kritik atau apa-apa sahaja di atas tulisan oleh Kipp... selamat membaca!!!


E-mail Kipp ke:

kipptriplek@yahoo.com


Pemberitahuan:

Untuk aktiviti "menconteng", anda bolehlah ke halaman profil kipp dan "menconteng" dibahagian komen tersebut, atau klik sahaja di bawah ini.

klik disini

 

Jun 2008
I S R K J S A
« Mei   Jul »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Kategori Artikel

Arkib Artikel

Foto Flickr Kipp

BN gila 21

BN gila 20

BN gila 19

BN gila 18

BN gila 17

More Photos

Statistik Pelawat Blog 3K

  • 28,376 kali dilawati

Apa?!