24
Mei
08

Akedemi Fantasia: Apalah Kami Sebagai Siswazah….

Tiga, empat hingga lima tahun bertungkus lumus memerah otak untuk mendapatkan segulung ijazah. Dengan istiadat konvokesyen yang dihormati, graduan penuh ceria berjubah dan bertopi empat segi tersenyum dengan penerimaan sehelai kertas yang akan menentukan hidupnya selepas itu. Akan tetapi istiadat itu kini tidak dianggap sebagai satu perkara yang bernilai, ianya boleh digunapakai kepada “pelajar” yang hanya perlu belajar hanya dalam tempoh 10 atau 12 minggu untuk mendapat taraf graduan tersebut. Tidak perlu tugasan, tidak perlu kerja rumah, tidak perlu kekalkan CGPA atau GPA pada tahap “kepujian”, tidak perlu semua itu, hanya nyanyian dan undian, mereka mendapat hak yang sama dengan graduan universiti ini.

Walaupun di Akedemi Fantasia, pelajarnya juga belajar, sama dengan pelajar universiti yang belajar, tetapi tekannya lebih tinggi kerana ia melibatkan kewangan, masa, tenaga, pengetahuan yang lebih banyak berbanding dengan rancangan hiburan yang hanya menumpukan kepada keuntungan semata-mata. Secara jujurnya aku melihat (kali pertama aku melihat secara langsung final A.F iaitu A.F 6) ia sebagai memperli pelajar universiti dengan jubah dan topi empat segi ditambah pula dengan “istiadat penganugerahan” yang sama dengan konvokesyen. Ini memperlihatkan graduan universiti ini tiada yang istimewa selepas belajar tiga hingga lima tahun dengan pelajar yang belajar sepuluh atau dua belas minggu. Keistimewaan itu hilang dek populariti dan juga hiburan yang mendatangkan keuntungan.

Apalah kami sebagai siswazah jika dibandingkan dengan pelajar A.F ini. Mereka mendapat lebih banyak maafaat walaupun hanya belajar selama beberapa minggu berbanding pelajar universiti yang belajar betahun-tahun lamanya untuk mendapatkan sehelai kertas sahaja, bukan wang tunai puluh ribu ringgit, bukan apartment, bukan kereta, bukan piala, hanya segulung kertas yang dicop mohor universiti sahaja, itupun mereka (orang hiburan) nak tiru “istiadat” yang kami banggakan ini. Dan selepas ini orang hanya tersenyum bila melihat gambar graduan di hari konvokesyen sambil berkata, “Kalau setakat nak bangga dengan gambar konvokesyen, baik masuk A.F aje, dapat juga pakai jubah konvo…. tak payah buang masa“.

 


7 Respon to “Akedemi Fantasia: Apalah Kami Sebagai Siswazah….”


  1. Mei 26, 2008 at 4:06 pm

    kui3. apa lah ijazah aku nan segulung tu. eh, ada lagi x? tak pun, aku lupa mana letak. haha.

    Cuba try tengok bawah katil ko… ade kat situ kut?

  2. Mei 27, 2008 at 3:41 pm

    Sabor je le.. udah itu yg demey kejorkan skrg..
    Glamor n Pofular..
    Jgn pulak kita pun teringin jd macam demey!
    Kita dgn cara kita..
    (mcm nyesal je blajor tinggi2 ???)

    Yup… kita dengan cara kita. Dan pertahankan cara ini….

  3. Mei 30, 2008 at 11:45 am

    yela diorg tu sandar pada bakat dan paras rupe je..
    jangan disamakan ijazah AF dengang ijazah di IPTA @ IPTS

    Harap begitulah adanya…..

  4. Mei 31, 2008 at 12:56 pm

    KNB berpindah ke http://nizambakeri.blogspot.com
    Pautan blog anda sudah tersenarai di blog tersebut.
    Harap maklum.

    Lah… pindah la pulak. Apa-apa pun aku ucapkan good luck dan terima kaseh….

  5. 5 khairilazuar
    Jun 4, 2008 at 1:28 pm

    Biarkanlah mereka dengan kejayaan mereka, itu hanya kejayaan di dunia, kejayaan di akhirat belum tentu lagi, jangan asyik melalai orang sahaja dan kita terlalai sama….

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

    Harap tak terlalai jugak

  6. Jun 5, 2008 at 9:49 am

    Apa nak dikesalkan dengan budaya murahan itu. Kekalkan budaya kita yang menitikberatkan kualiti ilmu dan sebaginya. Itu lebih penting.

    Dalam masa yang sama, teruskan berjuang menentang pihak-pihak yang cuba menanam budaya materialistik kepada generasi kita.

    Nak harapkan media… hmmm…


Tinggalkan jawapan




Bebaskan Palestin!

Ini adalah blog 3K - Kaji, Kritik, Kantoi. Blog ini hanya dipunyai oleh Kipp dan dia berhak menulis apa-apa mengikut kesukaan akal, hati, emosi dan kepala otaknya sendiri. Ruang lingkup tulisannya adalah berunsur apa-apa saja yang melibatkan hal-hal duniawi dan ukhrawi. Dan juga terbuka pada sesiapa yang nak komen, kritik atau apa-apa sahaja di atas tulisan oleh Kipp... selamat membaca!!!


E-mail Kipp ke:

kipptriplek@yahoo.com


Pemberitahuan:

Untuk aktiviti "menconteng", anda bolehlah ke halaman profil kipp dan "menconteng" dibahagian komen tersebut, atau klik sahaja di bawah ini.

klik disini

 

Mei 2008
I S R K J S A
« Apr   Jun »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Kategori Artikel

Arkib Artikel

Foto Flickr Kipp

BN gila 21

BN gila 20

BN gila 19

BN gila 18

BN gila 17

More Photos

Statistik Pelawat Blog 3K

  • 25,274 kali dilawati

Apa?!