20
Mei
08

UMNO: Sumpahan Atau Kebaikan?

Sumpahan atau kebaikan?. Yang mana satu idaman kalbu….

Kita lupakan sebentar kes Karpal yang menghina Institusi Raja, kita lupakan sebentar kes PKR yang ingin “beli” Ahli Parlimen Sabah, kita lupakan sebentar dasar Air Percuma Negeri Selangor, kita lupakan sebentar cerita Tuan Guru Nik Aziz yang tidak mahu letak jawatan MB Kelantan, tapi kita tumpukan sebentar minda dan fokus kita kepada UMNO yang semacam “retak menanti belah” dengan perletakan jawatan Tun Mahathir dari ahli UMNO.

Apa kata orang kampung yang menyokong UMNO apabila melihat salah seorang pemimpin mereka telah keluar dari parti. Mungkin para pemimpin UMNO melihat dan membuat kesimpulan bahawa seorang “duri dalam daging” telah keluar, tapi pernahkah mereka terfikir akan “bahaya” dan “kemusnahan” yang akan berlaku akan datang terhadap UMNO?. 

Beliau telah berada dalam UMNO sekian lama. Dari UMNO yang satu, bertukar kepada UMNO yang perpuak (team A dan team B), sehinggalah hari ini, masakan beliau tidak mengatahui langsung apa yang terjadi dalam UMNO. Semua rahsia ada dalam genggaman. Salah cakap, beliau akan tabuh semua. Selepas ini, orang UMNO tak perlu nak bising-bising untuk memecat Tun Mahathir jikalau beliau buat salah dalam parti kerana beliau telahpun membuat keputusan tersebut secara sukarela.

Pada hemah aku, jikalau aku memilih UMNO sebagai parti pilihan, apakah aku masih percaya dengan UMNO kini? Jikalau bekas Presidennya meletakkan jawatan sebagai ahli, adakah aku yang menyokong akan terus menyokong UMNO? Apakah kes rasuah, amalan penipuan, amalan berpuak-puak, saling jatuh-menjatuhkan yang dinyatakan oleh pihak Pakatan Rakyat adalah benar, sehinggakan pemimpinnya tidak sanggup untuk duduk didalamnya lagi? Dan yang paling penting sekali, apa yang beliau akan buat pula selepas ini? Jeng, jeng, jeng…..

Bagi pemimpin UMNO, mungkin mereka merasakan ia satu kebaikan kepada parti. Begitu juga pada parti yang berlawanan dengan mereka seperti PAS – Tuan Guru Nik Aziz menjadi orang paling gembira dalam dunia apabila Tun Mahathir keluar dari UMNO – ia seperti satu satu hikmah yang besar manfaatnya kepada mereka. Dan sudah tentu ia bukan sumpahan kepada mereka (parti lawan), tetapi ia boleh jadi sumpahan yang besar dan akibatnya pada UMNO itu sendiri.

Dan sumpahan ini boleh dihapuskan jika Pak Lah letak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Pengerusi UMNO….

 


4 Respon to “UMNO: Sumpahan Atau Kebaikan?”


  1. Mei 21, 2008 at 12:48 am

    Jeng jeng jeng……..tak lama lagi dah…..hari raya menjelang tiba..yay!

    Bila nak nampak anak bulan ni…. bulan ditengah malam yang hijau…. huhuhu

  2. Mei 21, 2008 at 5:38 am

    Tunggu ajelah apa yang akan berlaku!! Tapi semua rakyat malaysia kena sentiasa bersiap sedia dengan apa-apa bala yang menimpa. Bukan kepada UMNO sahaja tepi kepada suasana yang melibatkan UMNO secara langsung atau tak langsung. UMNO kan ada juga jahatnya. Dia tak akan ranap keseorangan, lihat banyak peristiwa UMNO yang kacau bilau akan cari kambing hitamnya. Kemudian dia akan guna segala kekuatan yang tinggal untuk mengajak orang lain tenggelam atau karam bersama-sama. Dia dah hendak berpaut dengan PAS dah tak dapat orang PAS dah cerdik selepas kena tipu tahun 74-78. Nak beragayut dengan KeADILan dia rasa tak patut. Akhirnya dia akan guna orang Melayu keseluruhannya untuk tempat bergantung. Seperti orang yang hendak lemas dalam air. Dia akan guna institusi Melayu yang lain selain daripada PAS, KeADILan, Raja-raja Melayu. Oleh itu kita kena berjaga-jaga dan bersiap sedia!!!

    Dah lama nak tunggu saat-saat macam ini… hihihihi

  3. 3 khairilazuar
    Mei 21, 2008 at 2:08 pm

    Nampak keahlian UMNO 01 telah kosong, terperanjat aku bila mendapat sms mengatakan TUN keluar dari UMNO, Tun mengikut jejak bekas-bekas 3 Presiden UMNO terdahulu jadi nampaknya TUN Razak lebih setia kepada perjuangan parti walaupun apa badai yang menempa, bagi aku sesiapa yang mengikut jejak Tun bolehlah dianggap sebagai tidak setia kepada parti tetapi lebih kepada individu. Tun akan masuk balik ke UMNO apabila Pak Lah letak jawatan, Siapa Tun sampai macam itu? walau bagaimana pun Pakatan Rakyat perlu mengambil teladan terhadap isu ini, itulah wajah UMNO yang sebenar, UMNO sekarang tengah huru-hara. Nasib baik aku dari Pakatan Rakyat. Bagaiman dengan anak TUN? nak ikut sekali ke? Sanusi Junid dan Siti Hasmah sudah ikut …

    Tidak derhaka jikalau beliau tidak ikut bapanya, nampaknya beliau mahukan masa depan yang cerah dalam karier politiknya. Kalau beliau keluar UMNO, maka boleh dikatakan beliau mengambil jalan yang kurang cerdik kerana beliau boleh dikatakan baru bertapak di peringkat atasan UMNO. Bapanya sudah lama berada di politik jikalau bapanya nak keluar pun tidak akan memberi apa kesan kepada bapanya. Mungkin ada cerita tersirat di sebalik isu ini, siapa tahu ….

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

    Mokhzani dah keluar… tinggal lagi marina dan mukhriz…. bila agaknya?

  4. 4 khairilazuar
    Mei 22, 2008 at 10:27 pm

    Apa lagi nak dikatakan duri pun durilah, jadi duri ini telah tercabut dengan rela hati tetapi bagaimana dengan duri yang kita tidak nampak, dah jadi nanah, biarlah parah, nanti PR akan rawat tidak lama lagi. INSALLAH ….

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

    Dah jadi nanah patutnya berbau busuk la kan?…. ish, ish,ish… geli lah


Tinggalkan jawapan




Bebaskan Palestin!

Ini adalah blog 3K - Kaji, Kritik, Kantoi. Blog ini hanya dipunyai oleh Kipp dan dia berhak menulis apa-apa mengikut kesukaan akal, hati, emosi dan kepala otaknya sendiri. Ruang lingkup tulisannya adalah berunsur apa-apa saja yang melibatkan hal-hal duniawi dan ukhrawi. Dan juga terbuka pada sesiapa yang nak komen, kritik atau apa-apa sahaja di atas tulisan oleh Kipp... selamat membaca!!!


E-mail Kipp ke:

kipptriplek@yahoo.com


Pemberitahuan:

Untuk aktiviti "menconteng", anda bolehlah ke halaman profil kipp dan "menconteng" dibahagian komen tersebut, atau klik sahaja di bawah ini.

klik disini

 

Mei 2008
I S R K J S A
« Apr   Jun »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Kategori Artikel

Arkib Artikel

Foto Flickr Kipp

BN gila 21

BN gila 20

BN gila 19

BN gila 18

BN gila 17

More Photos

Statistik Pelawat Blog 3K

  • 25,128 kali dilawati

Apa?!