Sumpahan atau kebaikan?. Yang mana satu idaman kalbu….
Kita lupakan sebentar kes Karpal yang menghina Institusi Raja, kita lupakan sebentar kes PKR yang ingin “beli” Ahli Parlimen Sabah, kita lupakan sebentar dasar Air Percuma Negeri Selangor, kita lupakan sebentar cerita Tuan Guru Nik Aziz yang tidak mahu letak jawatan MB Kelantan, tapi kita tumpukan sebentar minda dan fokus kita kepada UMNO yang semacam “retak menanti belah” dengan perletakan jawatan Tun Mahathir dari ahli UMNO.
Apa kata orang kampung yang menyokong UMNO apabila melihat salah seorang pemimpin mereka telah keluar dari parti. Mungkin para pemimpin UMNO melihat dan membuat kesimpulan bahawa seorang “duri dalam daging” telah keluar, tapi pernahkah mereka terfikir akan “bahaya” dan “kemusnahan” yang akan berlaku akan datang terhadap UMNO?.
Beliau telah berada dalam UMNO sekian lama. Dari UMNO yang satu, bertukar kepada UMNO yang perpuak (team A dan team B), sehinggalah hari ini, masakan beliau tidak mengatahui langsung apa yang terjadi dalam UMNO. Semua rahsia ada dalam genggaman. Salah cakap, beliau akan tabuh semua. Selepas ini, orang UMNO tak perlu nak bising-bising untuk memecat Tun Mahathir jikalau beliau buat salah dalam parti kerana beliau telahpun membuat keputusan tersebut secara sukarela.
Pada hemah aku, jikalau aku memilih UMNO sebagai parti pilihan, apakah aku masih percaya dengan UMNO kini? Jikalau bekas Presidennya meletakkan jawatan sebagai ahli, adakah aku yang menyokong akan terus menyokong UMNO? Apakah kes rasuah, amalan penipuan, amalan berpuak-puak, saling jatuh-menjatuhkan yang dinyatakan oleh pihak Pakatan Rakyat adalah benar, sehinggakan pemimpinnya tidak sanggup untuk duduk didalamnya lagi? Dan yang paling penting sekali, apa yang beliau akan buat pula selepas ini? Jeng, jeng, jeng…..
Bagi pemimpin UMNO, mungkin mereka merasakan ia satu kebaikan kepada parti. Begitu juga pada parti yang berlawanan dengan mereka seperti PAS – Tuan Guru Nik Aziz menjadi orang paling gembira dalam dunia apabila Tun Mahathir keluar dari UMNO – ia seperti satu satu hikmah yang besar manfaatnya kepada mereka. Dan sudah tentu ia bukan sumpahan kepada mereka (parti lawan), tetapi ia boleh jadi sumpahan yang besar dan akibatnya pada UMNO itu sendiri.
Dan sumpahan ini boleh dihapuskan jika Pak Lah letak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Pengerusi UMNO….






Komen-komen Pembaca