Jika ditanya pada anda tentang sesuatu yang buruk dan memalukan diri anda, adakah anda mengaku bahawa anda yang melakukan hal tersebut? Sudah tentu tidak, bukan!. Begitu juga aku, apatah lagi pemimpin zaman sekarang ini. Lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai ehem-ehem….
Jika ditanya: Terdapat rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene dan jet pejuang Sukhoi
Jawapannya: “Kontrak jet pejuang tiada rasuah“
Jika ditanya: Terdapat bayaran wang komisyen sebanyak RM 500 juta kepada Perimekar Sdn. Bhd. dalam pembelian kapal selam Scorpene
Jawapannya: “Tindakan ini tidak langsung memikirkan kesan-kesan buruk terhadap imej Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keselamatan negara, ia dibuat semata-mata untuk membakar hati rakyat dan bukan menegakkan kebenaran“
Jika ditanya: Bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak kenal Altantuya?
Jawapannya: “Saya tidak pernah mengenali dan tidak pernah bertemu dengan wanita Mongolia itu“
Jika ditanya: Masakan pokok boleh bergoyang jikalau tiada angin yang meniup
Jawapannya: “Ia adalah satu rekaan yang diatur secara berterusan untuk kepentingan politik bagi mengelirukan rakyat“
Jika saya tanya diri saya sendiri: Apa yang saya fikirkan?
Jawapannya: “Hmm…. kalau betul dia salah, takkan dia nak mengaku“
Jika saya tanya diri saya sendiri lagi: Katakanlah kalau benar-benar dia salah
Jawapanya: “Mahkamah, peguam, undang-undang, duit, kuasa siapa yang pegang….“
Jika saya tanya anda: Apa yang anda fikirkan?
Jawapannya: ………………..





Biasalah tue saudara …. siapa yang nak mengaku berak tepi jalan … ini pulak jenayah besar ….. kalau di dunia anda bebas tetapi di akhirat kelak anda di boleh lari ke mana pun ….. sesiapa pun tidak boleh tolong masa itu….
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
Tuan puan jangan percaya. Budak Kipp nih tali barut nih. Ahaha.