Arkib untuk 6 Mei 2008

06
Mei
08

Siapa Lim, Amy Dan Anwar?

Siapa mereka diatas?. Satu persoalan yang tak terlalu hangat untuk diperkatakan, tetapi banyak nilai yang boleh diambil dari mereka ini.

Siapa Lim Guan Eng

Kawan aku ada hantar mesej mengenai Lim Guan Eng. Boleh percaya ke dia?. Aku jawab, “Entah la, aku pun tak berani cakap. Tapi yang aku tahu, dialah satu-satunya pemimpin bukan Islam yang menjadikan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai mentor“. Siapa tak kenal dengan dia, Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru. Tapi aku baru baca dalam Tranungkite Online tentang Lim Guan Eng. Mari kita lihat dibawah.

I popped my head round the curtain that veils First Class and Economy Class and guess who I saw sitting in the front row seat of Economy quietly reading the newspapers?


YAB Mrfirst C. Lim, you have my deepest respect. You have made history by being the hief Minister in this country to sit in Economy Class whilst in office as Chief Minister. You really mean what you say when you talk about cost-cutting. Sir, you have shown me leadership by example
- Petikannya dari sini

Siapa Pula Amy

La… siapa la lagi kalau bukan penyanyi rock lagenda Malaysia, Amy Search yang ada restoran masakan laut cina yang dinamakan Restoran Cheng Ho di Wangsa Maju (ingat nak pergi makan kat sanalah minggu depan) dan berhasrat pula nak buka Ma’ahad Tahfiz di Johor. Mari kita lihat dibawah.

KUALA LUMPUR, 6 Mei: Percaya atau tidak, penyanyi rock terkenal Amy Search, akan membuka sebuah maahad tahfiz bernilai RM3 juta di Johor tidak lama lagi?

Tetapi itulah yang sedang dirancangkan oleh Amy sekarang. Bagi mempastikan ia menjadi kenyataan, Amy telah memberikan penerangan secara sepintas lalu kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berkunjung ke kedai makannya, Restoran makanan Cina Islam Cheng Ho di Wangsa Maju baru-baru ini.
- Petikannya dari sini
 
Siapa Anwar
time-dsai-100.jpg
Siapa lagi kalau bukan Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang dipecat oleh Tun Mahathir semasa pemerintahan beliau. Malas nak cakap banyak-banyak, cuma empat hari yang lepas beliau telah dinobatkan sebagai 100 Individu Yang Berpengaruh di Dunia oleh majalah Time. Anda boleh baca petikannya di sini
Siapa mereka?, merekalah manusia yang biasa yang luar biasa. Wallahu A’lam Bissawab.



Bebaskan Palestin!

Ini adalah blog 3K - Kaji, Kritik, Kantoi. Blog ini hanya dipunyai oleh Kipp dan dia berhak menulis apa-apa mengikut kesukaan akal, hati, emosi dan kepala otaknya sendiri. Ruang lingkup tulisannya adalah berunsur apa-apa saja yang melibatkan hal-hal duniawi dan ukhrawi. Dan juga terbuka pada sesiapa yang nak komen, kritik atau apa-apa sahaja di atas tulisan oleh Kipp... selamat membaca!!!


E-mail Kipp ke:

kipptriplek@yahoo.com


Pemberitahuan:

Untuk aktiviti "menconteng", anda bolehlah ke halaman profil kipp dan "menconteng" dibahagian komen tersebut, atau klik sahaja di bawah ini.

klik disini

 

Mei 2008
I S R K J S A
« Apr   Jun »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Kategori Artikel

Arkib Artikel

Foto Flickr Kipp

BN gila 21

BN gila 20

BN gila 19

BN gila 18

BN gila 17

More Photos

Statistik Pelawat Blog 3K

  • 28,512 kali dilawati

Apa?!