15
Apr
08

Taktik Baru Gores & Menang

Sudah la dengan harga barang yang meningkat naik. Bermula dengan beras, mi dan kini produk Maggi (Nestle) pun dah naik harga. Mi segera Maggi pun dah naik dari RM 3  ke RM 4.30 untuk 5 pek. Nak makan Maggi pun berfikir dua kali. Dah! persetankan mereka yang naikkan harga ini. Memang menyusahkan orang.

Hari ini aku nak membongkarkan kegiatan buruk beberapa pihak yang mengaut keuntungan dengan “memaksa rela” pelanggan untuk membeli barangan keluaran mereka. Mereka biasanya memang dikenali dengan kegiatan Gores & Menang, tapi kini sudah sedikit advance dari segi taktik “penipuan” dan juga “promosi” yang dilakukan. Aku dapat maklumat ini setelah jiran aku terkena dan aku membuat sedikit kajian dan pemerhatian.

Bagaimana Mereka Mendekati Pelanggan?
Caranya senang. Mereka akan datang kepada anda kononnya menjalankan sedikit survey untuk barangan elektrik yang berada di rumah kita. Selepas survey dilakukan, mereka akan mempromosikan produk keluaran mereka yang kononnya diperbuat dari Jepun dibawah jenama yang tak pernah kita dengar seperti Shinkawa, Kenko dan Yusho.

Bila Penipuan Itu Bermula?
Penjual (pemangsa) akan memulakan langkah dengan menyatakan kepada pelanggan (mangsa) bahawa syarikat Jepun terbabit sedang menjalankan “promosi” bagi memperkenalkan janama mereka di Malaysia. Promosi ini menjanjikan hadiah yang amat lumayan. Mereka juga menyatakan bahawa ramai pemenang yang sudah berjaya dan telah memasuki iklan promosi mereka di surat khabar Berita Harian (sambil menunjukkan beberapa keratan akhbar satu muka penuh mengenai iklan mereka). Cara untuk mendapatkan promosi ini, mangsa akan dipujuk untuk memilih satu sampul dan membuka sampul tersebut. Mangsa yang ”bertuah” akan mendapat sampul yang bertanda warna perak (silver) berbentuk bulat ditengah-tengah sampul.

Apa Ada Pada Bentuk Bulat Warna Perak Itu?
Tidak ada apa-apa. Ianya kosong. Tetapi ia hanya dapat dilihat dengan menggunakan alat yang dipanggil “scanner“. Pada bulatan tersebut terdapat nombor yang menjanjikan 100% hadiah yang akan diberi kepada mangsa. Hadiah tersebut adalah seperti berikut:
1. Toyota Altis 1.6
2. Proton Perdana V6
3. Perodua Viva 1.0
4. Honda Wave 120
5. Peti Ais LG
6. Digital Stove (dapur masak digital)
7. Handy Cam
8. Umrah (boleh ditukar kepada wang tunai)
9. Wang tunai 10,000 

Bagaimana Mahu Menebus Hadiah Di Atas?
Pemangsa akan memujuk mangsa untuk pergi ke pejabat mereka di Jalan Kuchai Lama untuk “scan” bulatan perak di sampul tersebut. Di sini, pemangsa memberitahu “berita gembira” kepada mangsa bahawa si mangsa memenangi beberapa barangan elektrik dari syarikat Jepun tersebut dengan harga “half price” dari harga sebenar (maknanya harga sebenar RM 14,400). Oleh itu, sebelum “scan” dibuat untuk mengetahui hadiah apa yang si mangsa dapat, si mangsa perlu membeli barangan elektrik yang di”menangi” daripada “berita gembira” pemangsa tersebut lebih kurang RM 7,200.

Bagaimana Mangsa Boleh Tertipu?
Haaa… Dengan kata-kata manis si pemangsa yang menyatakan bahawa hadiah nombor 1 – 4 masih lagi banyak dan mereka menyatakan lagi bahawa 80% peluang untuk menang hadiah 1 – 4 adalah milik mangsa. Pemangsa akan berkata lagi bahawa paling teruk pun hadiah yang ditawarkan ialah nombor 9 (wang tunai RM 10,000). Jilakau dapat hadiah yang akhir sekalipun, modal RM 7,200 yang dikeluarkan untuk mendapat “lesen” untuk “scan” hadiah masih lagi untung untuk si mangsa. Oleh itu, si mangsa akan berangan-angan untuk memenangi hadiah nombor 1 – 4, dan seterusnya mangeluarkan RM 7,200 untuk mendapatkan “lesen” untuk “scan” nombor pada bulatan berwarna perak pada sampul tersebut. Maknanya, selagi mangsa tak bayar RM 7,200 tunai, maka mangsa tidak dapat “lesen” untuk ”scan“ hadiah mereka… by hook or by crook, selagi tak bayar RM 7, 200, maka tak dapatlah hadiah yang dijanjikan diatas.

Disinilah Bermulanya Kekesalan Mangsa
Apabila bayaran RM 7,200 telah dibuat dan resit bagi 6 barangan elektrik seperti mesin jahit, sauna, urut kaki, microwave, penapis air  dan vacuum cleaner telah diselesaikan, maka upacara “scan” pun bermula. Scan punya scan, rupa-rupanya hadiah yang dimenangi adalah sebuah digital stove (dapur masak digital). Maka bermulalah kekesalan si mangsa kerana 6 + 1 barang yang “tidak penting” telah menjadi milik mangsa secara sah. Nak jual, tapi siapa nak beli?. Nak pakai, siapa nak guna?. Kebanyakan barang tu dah ada di rumah. Duit yang digunakan untuk pergi Haji atau Umrah sudahpun kosong. Entah-entah harga sebenar 6 barang yang dibeli itupun tak sampai RM 14,200, mungkin dalam lingkungan RM 7,000 sahaja (setengah harga pun tak sampai). Dah la ditipu, ditambah satu lagi tipu.

Oleh itu nasihat aku kepada pembaca, kalau terkena macam ini, bawalah solat Hajat atau apa-apa pun yang tak bercanggah dengan Syarak untuk mendapat petunjuk Allah. Kalau nak lebih selamat, jangan layan langsung mereka yang menawarkan peluang sebegini. Jikalau tidak, anda mungkin mangsa seterusnya…


8 Respon to “Taktik Baru Gores & Menang”


  1. April 15, 2008 at 9:25 pm

    aku memang tak percaya dengan bende² macam ni..jangan harap la aku dapat tertipu dengan cara camni…hahaha…

    Bagus.. bagus…

  2. April 15, 2008 at 9:31 pm

    Ada gak teman kena dekat rawang.. sblh Bintang.. tp teman mohon permisi dgn selamba je..
    dia pun x kata apa…

    ***psst! tolong buat header yg cun utk blog teman yg baru belajor ni.. boleh ke?

    Boleh tak de hal. Bagi segala particular blog (e.g. Tajuk blog, Nama blog, saiz pixel (sebagai contoh: 165 x 195). Insya Allah saya siapkan. Dan hantarkan segal particular tu dalam email saya: kipptriplek@yahoo.com

  3. April 16, 2008 at 11:12 am

    Thn lps ke 2006 ntah,nyaris gak nk terkena. Tp dia suro bayar RM300 je utk melayakkan saya tgk kad tu menang ke tak(dh menang tp nk tgk dpt menang kereta ke tak).. dh lupa la apa diorg ckp tp kalo tak kuat iman,mmg tergoda gak dgn kata2 tu. hahaha. sib baik la takde duit tunai 300 kt rumah time tu,sy tolak je la. lgpn dlm hati sy was2 gak.. kes2 cmni dh byk berlaku. tu yg tak caya tu.. tak bertuah pn takpe la dr tertipu. hehe

    Kalo boleh, jumpe aje orag cam tu, jangan layan. Tapi kalo setakat nak dengar aje tak apa, percaya jangan.

  4. 4 din
    Jun 14, 2009 at 7:06 pm

    ari jumaat lpas, mak sy telah didatangi skumpulan pemuda kata nye mak sy dh menang tuk peraduan jualan mega 2009..then mak sy dibawa ke satu tmpt berhampiran jj kepong..kertas nyer ada tulis free gift n dbawah tu ada bulatan silver yg mgatakan kte perlu tgk melalui scanner..
    hadiah lebih kurg mcm datas..tp die mintak rm5000..nsib bek mak saya ada rm1000 je..die kata duit rm5000 tu just tuk byar duit iklan cz nk kuar 6 paper kecuali utusan…kuar iklan kalu dpt adiah kete tp kalu dpt tiket xpyh byr rm5000..n tiket tu leh dtunaikan..tp yg pasti kna bwk rm5000 tuk tgk adiah ape kte dpt..lg 1 duit tu die kata just nk amik no siri duit je..kata nye nk fax kat org atas..then lpas slsai amik no siri, kte simpan la duit tu..melain kn dpt adiah kete..adakah ini srupa sprti kes diatas??

    KIPP: Ini sebenarnya tektik baru kumpulan dorang… so, nasihat aku, janganlah terpedaya..

  5. Jun 29, 2009 at 5:39 pm

    oh! saya baru saje didatangi due lelaki…sorang name sham..sorang lagi chinese…die tinggal no phone and alamat company tuh..mcm orang lain gak..saye dpt bulatan silver tuh…die kate boleh nk tebus hadiah..tp kene bayar rm5998…time nk ambik adiah tuh…and then saye kate takde..gaji masuk after 10th July…die kate boleh nk postponed..tp die kene amik kad hadiah tu..and saye kene register la dlu…nk register kene bayar rm100..tp die kate burn seratus pon tak kesah kalau saye bleh menang besar lps ni..tp saye kate saye takde duit…

    taktik dorang..ckp dgn confident..siap call bos dorang lagi..suh saye ckp ngn bos dorang..and ckp dgn nada tak percaya…

    tp silap saye tadi..saye bg no phone saye kat dorang…camaner eh…seb baik tak bg no akaun bank ke ic number…nk g tukar jer no phone nih rase…

    saya risau la..camaner kalau die tetibe manipulate no phone and name saye and kate saye ade utang ngn dia???? arrghhhhh

    KIPP: Apa-apa pun, semua maklumat peribadi lebih baik disimpan bebaik. Jangan bagi orang. Dorang kalo dah desperet memang jadi macam tu.

  6. 6 su
    Julai 9, 2009 at 3:17 pm

    Mak saya baru terima hadapi situasi yg sama seperti yg dinyatakan oleh En. Kipp.
    Sekarang ni, company ni beroperasi di Johor Bahru, dgn alamat di business card beribupejabat somewhere in Austin Height. Tapi, yg MO dah bertukar,barang2 seperti mesin jahit, microwave, dapur dll dah pun sampai ke rumah without any payment made…seposen pun tak bagi…mak saya cuma bg alamat, nama dan IC je hari tu…
    Tau2, dah dpt semua brg….

    Staff dia dtg bawak scanner , nak scan …dah confirm la, mmg menang tilam tu kan….seperti yang dah dijangka, staff tu suruh gi office bayar….kata lucky draw…apa pulakla kena bayr2…..saya dah pesan awal2, kalau kena bayar apa-apa, suruh diorang ambik balik barang tu semua. Tapi,tau la org2 tua kan..bukan nak dengar…tambah2 dah dpt barang….dah sibuk nak jual barang tu kat orang lain…tak sure la boleh return balik ke tak…no. tel office pun takde.

    KIPP: Memang dah tektik macam tu, kawan aku pun cam tu gak, tapi lagi best, dia siap jual pulak barang tu kat pasar malam… hahaha.. dapat duit.

  7. 7 sim
    Oktober 9, 2009 at 9:43 pm

    STARR HEALTHCARE (M) SDN. BHD.

    12-2, JALAN PJS 8/2, BANDAR SUNWAY, 46150 PETALING JAYA, SELANGOR.

    AJL931621
    LESEN DIBATALKAN OLEH PENGAWAL JUALAN LANGSUNG PADA 10.05.2009

    maklumat di atas saya dapat daripada akta syarikat jualan langsung..

    saya baru sedar hal ini selepas terkena dan trmakan pujuk rayu bangsat2 yg sentiasa cari mangsa..
    untuk makluman berikut adalah maklumat office yg beroperasi di mount austin..

    ADDRESS: 49-01, JALAN AUSTIN HEIGHTS 3, TMN MOUNT AUSTIN,JB.(atas kdai DOMINOS PIZZA)

    dan ketika menulis ini pun my parent hampir terkena kerana semalam diorang dapat voucher yang sama,di tempat yg sama,tesco sebelah jusco tebrau city…diorang nak rm 4900..
    modus operandi sama cuma selagi tak bayar selagi tu tak boleh scan..

    kami sekeluarga terkena pada 5.9.2009..
    rm3900 cash diserahkan..tapi kami rasa berbaloi kerana barang yang diberi kami memang perlukan..namun grand price yg discan..jade matress yg diorang janji nak jual..
    masih tersadai dalam bilik…

    ape yg patut kami buat?nak report kat mana?
    alasan yang kukuh ialah lesen dah dibatalkan tapi boleh set up office…
    p/s: AWAS KEPADA WARGA JB..HATI2 BILA DAPAT VOUCHER MACAM YANG KAMI DAPAT..

    KIPP: Itulah pasal bila dah terkena, nak tak nak kena gak amik benda alah tu….

  8. 8 yus
    Oktober 28, 2009 at 8:08 am

    semalam (27/10/2009) lepas beli barang kat mydin selayang, datang 2 budak kasi kad jualan mega 2009, budak tu suruh laki aku buka, buka – buka dapat special gift tentera bulatan silver colour, budak tu sukalah, dia kata akak dan abang dapat hadiah tapi kene bawa dia pergi metro prima tgkt 2 di jusco kepong. aku tak percaya pada mulanya, bawalah budak tu. berani sikit sebab dengan suami. sampai sana jumpa bos dia (Mr Lee), bos suruh isi borang, lama jugalah kat sana 2 jam lebih. bos dia siap tunjukkan gambar pelakon ezany, cif inspektor dan ramai lagi yang dapat hadiah, paling besar dapat kereta toyota altis. Mr Lee kata kalau dapat kereta, roadtax dan insurans boleh dapat percuma setahun pakai kad kredit tapi kena bayar RM5000 sebagai bayaran pengiklanan dalam surat khabar. aku dan suami aku tak de duit tunai atau dalam kad kredit so kitaorang cakap tak ade duit sekarang dan perlu keluarkan by book esok pagi. oklah Mr Lee terima dan kad special gift hanya boleh di scan esok setelah bayar dan Mr Lee hanya akan ambil nombor sri duit sebelum scan. itu syaratnya. oklah, aku pun balik umah, check dulu kat internet. rupanya banyak kes tipu macam nie. takpelah kereta tak dapat pun tak apa, asalkan duit RM5000 selamat. terima kasih semua.

    KIPP: Itulah tujuan kenapa aku tulis artikel ini…. semoga ia menyelamatkan wang anda dari penipuan…


Tinggalkan jawapan




Bebaskan Palestin!

Ini adalah blog 3K - Kaji, Kritik, Kantoi. Blog ini hanya dipunyai oleh Kipp dan dia berhak menulis apa-apa mengikut kesukaan akal, hati, emosi dan kepala otaknya sendiri. Ruang lingkup tulisannya adalah berunsur apa-apa saja yang melibatkan hal-hal duniawi dan ukhrawi. Dan juga terbuka pada sesiapa yang nak komen, kritik atau apa-apa sahaja di atas tulisan oleh Kipp... selamat membaca!!!


E-mail Kipp ke:

kipptriplek@yahoo.com


Pemberitahuan:

Untuk aktiviti "menconteng", anda bolehlah ke halaman profil kipp dan "menconteng" dibahagian komen tersebut, atau klik sahaja di bawah ini.

klik disini

 

April 2008
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Kategori Artikel

Arkib Artikel

Foto Flickr Kipp

BN gila 21

BN gila 20

BN gila 19

BN gila 18

BN gila 17

More Photos

Statistik Pelawat Blog 3K

  • 28,512 kali dilawati

Apa?!