Aku tertarik dengan entry Encik Hardyweb di blognya tentang konsep “Jimat Dan Senang Kira” (disini, sini dan sini) yang diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna baru-baru ini. Secara jujurnya aku rasa sedikit kecelaruan dalam perkara ini. Ini kerana aku seorang peniaga, dan konsep ini sebenarnya memberi KEUNTUNGAN besar pada para peniaga. Memang bagus bagi kami, tapi RUGI besar bagi pengguna sebenarnya.
Dalam huraian entry Hardyweb ada menyatakan:
angka angka 5,9, dan 8 seolah olah telah diset oleh mereka.. jika di campur nombor nombor nih .. menyebabkan kita yang rugi…
RM 1.15
RM 4.19RM 5.34
rounded 5.35 .. pengguna rugi 1 sen
RM 6.45
RM 4.98Rm 11.43
Rounded 11.45 .. pengguna lagi yang rugi.. 2 sen tuuuu…
Jika aku (sebagai seorang peniaga) nak untung besar, apa yang perlu aku lakukan ialah meletakkan harga barangan pada angka-angka yang boleh ia dibundarkan ke jumlah RM 0.02 sen yang menguntungkan perniagaannya (sebagai contoh diatas). Tak pun setiap dua digit terakhir diletakkan nombor ganjil yang bersesuaian, seperti contoh RM 2.99 + RM 3.99 = RM 6.98 dan dibundarkan ke RM 7.00, maknanya pengguna akan rugi RM 0.02 sen. Aku berani kata begini sebab peniaga ada KUASA untuk menentukan harga untuk barangan jualan mereka. Peniaga bukan bodoh.
Impak besar 1 sen atau 2 sen pada peniaga amatlah besar. Kita ambil TESCO atau GIANT sebagai contoh yang biasa menggunakan RM 0.99 untuk setiap harganya barang yang dijual. Menurut Malaysian Communication and Multimedia Commission (MCMC), Malaysia kini sudah mempunyai seramai 28,294,120 orang penduduk (termasuk pendatang asing agaknya). Katakan kita hanya ambil suku dari bilangan penduduk ini iaitu sebanyak 7,073,530 orang membeli-belah di TESCO atau GIANT ini SEKALI dalam SEBULAN, dan setiap mereka memberi keuntungan 2 sen (seperti kira-kira diatas), maka TESCO dan GIANT akan untung ATAS ANGIN sebanyak RM 141,470.60 sebulan. Jika darab dengan 12 bulan (setahun), maka TESCO dan GIANT akan untung ATAS ANGIN sebanyak RM 1,697,647.20 setahun!!!. WAO!!!… banyak tuuuu…. Siapa nak bagi…..
Dan sekali lagi aku katakan. Itu baru SEKALI membeli-belah dalam SEBULAN. Kalau DUA, TIGA, EMPAT, LIMA KALI dalam SEBULAN dan barang yang dibeli itu dirounded keuntungan kepada TESCO dan GIANT lebih dari 1 sen untuk macam-macam barang yang kita sumbat dalam troli, rasanya mau cecah puluh, ratus, ribu juta juga keuntungan dorang… nak tahu, kira sendiri.
p/s: Gunalah kesempatan ini untuk bantu peniaga bumiputera Islam!






wah bagus bagus.. cerah masa depan.. ada share ke pak menteri ? hahahha..
Jimat Dan Senang Kayap
Jangan fikir satu hala
kena fikir dua hala
Kenapa tak kira kan kerugian pada pihak penjual pula
contoh yang diberikan amat sedikit
Takkan lah pembeli bulanan beli 2 barang kut?
kalau contoh yg diberikan tu lebih berpihak untung 2sen pada penjual, bagaimana pula dengan kerugian dari sistem bundar tersebut?
RM 1.15
RM 4.18
RM 5.38
rounded 10.71 .. penjual rugi 1 sen
RM 6.45
RM 4.99
Rm 11.43
Rounded 22.87 .. penjual lagi yang rugi.. 2 sen tuuuu…
so, camna???
apa2 pun ada pro and kontra untuk kedua2 pihak
hehehe..tapi cuba survey kat pasar raya.. mana lagi banyak barang yang berakhir dengan 0.99 ker barang yang berakhir 0.43 ..
kalu tak nak pening baik suruh para peniaga..mansuhkan terus 0.99 tu..terus jer buat 1.00..kan senang…pueh hatiii….
aku tengok kat mydin mall barangan berakhir dengan 0.99 dan 0.98 lebih banyak . dan kalau dia orang lost pun kat bahagian makanan basah .. tu pun aku rasa bleh cover lagi tu .. markup harga barang basah tinggi skit dari pasar basah biasa..
sebab tu dalam entry aku .. aku tulis sesen berkira.. sebab aku kedekut.. hahahah.. rasa macam en crab dalam spongebox plok..
ko patut letak kartun en crab la kat belah tepi entry ko kipp.. baru cun..
ko rasa patut tak kita hantar artikel nih ke KPDNHEP dan BNM .. ? suruh mereka mereka yang bijak laksana tu baca skit..
setujuuuu dengan hardyweb…. suara semut yang bersatuuu… ehhh..untuk kiraan bil electric dan air pun bende ni dilaksanakan jugaks ekkk??
Biar tuan sendiri lew yang hantar .. baru la pro skit.. jangan lupa. hantar ke TV3,4,5,6,7,8,9 juga..
bill air negeri terengganu dah laksana benda nih . bill api . aku tak chek plak..
still….pengguna kena pandai ejas2 barang yg dibeli kalau betul2 tak nak rugi…
Kalau memang nak berjimat, senaaaaang aje….
Beli la barang2 runcit kat kedai pak lang ke, muthusami ke…
Beli ikut keperluan, pas tu boleh mintak kurang harga lagi….
Aku memang dah lama jaki ngan harga barang yang ada .99,.98,.97.98 etc….
hi salam,
tu yg bagus tu.kalau kita mampu membuat gedung perniagaan/ruang perniagaan yg besar.pasti ramai yg datang.mula2 datang tengok2 je..2nd time.beli 1 barang..
last2 tiap minggu shoping.
2 sen x jumlah penduduk kawasan = uuuu..bnyk tu..!!
btol tu kantoi..
walaupun jumlah die sikit tp bile di gandakan..pergh!
kaya beb..
Dalam bab ni, sbnar nye.. ramai org kita tak amik kisah benda ni… diorang anggap “this just a small matter” so, blum nmpk reaksi nye..
lg pun, golongan peniaga2 runcit.. x tlibat dlm bab ‘bunar-bundar’ ni.. sdgkan ramai org2 kita d kmpg.. dgn harga genapnya..
So, i think… walo kita riuh2 pun.. gomen akan buat2 x dgr je… lg pun demey dok sibuk dgn krisis kepimpinan yg semakin hari semakin meruncing…
kan bagus kalo harga barang2 tu tak berakhir dgn 99sen, 98sen, 88sen & sewaktu dgnnya. letak je singgit ke singgit sembilan posen ke.. kan senang? pasni bila nk beli barang kena bawak kuar henpon la sambil kira harga barang yg dibeli.bawak kalkulator mcm leceh la plak. huhuhuhu
salam semua..
walaupun gomen buat derk.. tak dengar apa yang kita riuh riuhkan nih .. kita sebagai pengguna perlu juga ambil perhatian. terutamanya mereka yang dah berkeluarga dan tidak punyai kad kredit/debit untuk berbelanja ( guna wang tunai saja ) . .
ambil perhatian maksudnya di sini, kita kenalah berpesan pesan antara satu sama lain dalam hal membeli belah nih. kalau pasaraya A dan pasaraya B menjalankan program ini . sedang pasaraya B diurus oleh orang muslim . better kita g kat pasaraya B, tak de hal la kan … duit lebih se sen dua sen yang kita bagi tu mungkin dia buat makan orang ramai ke .. mungkin dia beri bantuan kepada fakir miskin ke.. kalau sorang makan baca bismillah.. kita pun dapat pahala jugok…
kalau pasaraya A nih . aku tak leh komen lew ….
bagaimana pula dengan orang yang menggunakan kredit kad, kenapa perlu diubah, ianya tidak melibatkan duit tunai, bayaran kepada bank pula menggunakan cek, langsung tidak menggunakan wang tunai. harap dapat dipertimbangkan.
card credit ada charge dok ? .. wang tunai ada charge dok ?
aku tanye sebab aku adalah dikalangan orang yang tak pakai cek dan tak pakai credit card.. tak tau la charge yang dikenakan ke atas Credit Card/cek di rounded ke apa ke… jadi aku harap orang orang yang pakai credit card pun turut sama bagi sedikit informasi pasal program nih dengan penggunaan kad kredit.
peniaga pun adalah golongan pembeli..akhirnya sama-sama rugi…
Kuasa penentu harga adalah di tangan Pengguna dan bukannya Peniaga. Anggapan ekonomi si penulis saha tu. Kena perbetulkan. Kena ikut kuasa “demand” dan “supply” beb. Itupun, kalau hang belajar ekonomi dulu.