08
Apr
08

Barang Naik Lagi!!!

Dalam sebulan baru memerintah Malaysia selepas kemenangan yang tak sampai 2/3 mejoriti, BN dah tunjukkan taringnya semula. Tak tahu apa yang mereka fikirkan sekarang ini. Adakah mahu membalas dendam kepada rakyat kerana tidak memilih mereka, atau memang itulah “niat” mereka untuk naikkan harga barang lagi.

Mungkin kita semua tak perasan hal ini, kerana rata-rata media perdana tak menceritakan hal yang sebenar. TPM Najib umum bahawa harga beras tidak akan naik. Memang harga beras tak naik, tapi hanya untuk beras yang kandungan hancurnya hanya 15% sahaja. Bagi beras yang kandungan hancurnya 5% – 10% meningkat hingga ke RM 2 bagi 10kg. Untuk beras wangi pula, RM3 dinaikkan. Tak habis disitu, harga beras akan naik sekali lagi nanti, tapi tak tahu lagi bila. Huh!. Bagi orang bukan Islam pula, harga arak juga dinaikkan hingga 30%. Tapi aku tak kisah sangat sebab aku tak minum arak. Haram. Tapi agama lainnya menghalalkan arak untuk penganutnya.

Semua maklumat ini aku dapat dari akbar Cina “Sin Chun“ (setelah ditranslate oleh kawan aku) tentang kenaikan harga beras dan arak. Hampeh!. Bagi pengusaha restoran sudah pasti mengalami masalah ini. Kecualilah mereka menggunakan beras murah (15% kandungan hancur), bagi restoran yang jaga kualiti makanannya dan menggunakan beras seperti Beras Jati Super kini dah naik hingga RM 19.50 bagi 10kg yang dahulunya hanya RM 18.50 bagi 10kg. Nak tak nak, pengusaha restoran perlu naikkan harganya atau kurangkan nasinya. Kalau dahulu nasi boleh lihat penuh satu pinggan, kini hanya separuh pinggan.

Bayangkan kalau BN menang 2/3 mejoriti. Bukan setakat beras aje yang naik, tol, minyak petrol, gula, tepung, ayam, minyak masak kemungkinan besar akan naik juga. Tapi hairan, kenapa akhbar bahasa Melayu tak ceritakan hal-hal kenaikan harga beras ini. Nak tutup maklumat ke?. Cubalah jujur dengan laporan dan tulisan yang anda (wartawan) tulis. Barulah telus.


2 Respon to “Barang Naik Lagi!!!”


  1. April 8, 2008 at 6:49 pm

    Emmm…Mmg macam nilah dasar BN..Depo sengaja xheboh kt media melayu sbb takut rakyat protes..Secara senyap2 BN naikkan harga brg..BERAS NAIK?? BILA NAIK?? BARU NAIK…HE2.

    Lapur Po Latakunsi, landing time…. Eh! tak turun pun harga… arghhhh!!!… lahanat kau BN

  2. April 9, 2008 at 12:53 am

    Yeaaaah.. yg turun cuma hujan! tak henti2 turun dalam minggu ni(minggu lepas pn).

    Jimat dan senang kira (kononnya) tu pn macam tak menjimatkan sangat. Entahlah.. blom boleh komen sgt pasal saya baru sekali dua beli barang sejak masuk bulan April ni. hehee

    Jimat hape ke bende… rugi lagi ada…


Tinggalkan jawapan




Bebaskan Palestin!

Ini adalah blog 3K - Kaji, Kritik, Kantoi. Blog ini hanya dipunyai oleh Kipp dan dia berhak menulis apa-apa mengikut kesukaan akal, hati, emosi dan kepala otaknya sendiri. Ruang lingkup tulisannya adalah berunsur apa-apa saja yang melibatkan hal-hal duniawi dan ukhrawi. Dan juga terbuka pada sesiapa yang nak komen, kritik atau apa-apa sahaja di atas tulisan oleh Kipp... selamat membaca!!!


E-mail Kipp ke:

kipptriplek@yahoo.com


Pemberitahuan:

Untuk aktiviti "menconteng", anda bolehlah ke halaman profil kipp dan "menconteng" dibahagian komen tersebut, atau klik sahaja di bawah ini.

klik disini

 

April 2008
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Kategori Artikel

Arkib Artikel

Foto Flickr Kipp

BN gila 21

BN gila 20

BN gila 19

BN gila 18

BN gila 17

More Photos

Statistik Pelawat Blog 3K

  • 25,128 kali dilawati

Apa?!