Artikel ini aku copy paste dari e-mail yang juga meng-copy paste artikel ini dari greenboc. Baca dan fahami.

Mengapakah Abdullah Ahmad Badawi benar-benar mahu Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu sehingga ‘memaksa’ kesemua 22 ADUN UMNO untuk menanda tangani satu perjanjian berkanun untuk terus berdiri memberikan sokongan kepada Idris Jusoh?
Kerajaan 3 Beranak Pak Lah – Kamaluddin – Khairy dan jangan dilupakan Patrick Lim atau dikalangan ahli keluarga, dia dikenali sebagai Patrick Badawi. Patrick inilah yang menjadi Menteri Kewangan yang memikul tanggungjawab tugas-tugas khas.
Tugas-tugas khas ialah untuk mengurus tadbir duit Ehsan minyak yang dibayar oleh Kerajaan Pusat kepada Terengganu yang berjumlah RM 1.2 billion setahun (RM1,200,00,00.00).
Jadi siapakah Patrick Lim ini? Patrick Lim adalah bapa saudara kepada Azrene Abdullah, isteri kepada Kamaluddin, anak PM Malaysia. Jadi Patrick Lim adalah bapa saudara kepada menantu Pak Lah yang bernama Azrene.
Patrick Lim juga mempunyai hubungan erat dengan seorang lagi menantu Pak Lah iaitu Khairi Jamaluddin.
Tugas utama Patrick Lim adalah sebagai Menteri Kewangan ke 3 yang mengendali hal ehwal wang ehsan untuk rakyat Terengganu yang berjumlah RM 1.2 billion setahun.
Patrick Lim lah orang yang bertanggungjawab membawa Monsoon Cup, Taman Islam Hadhari dan Istana Kristal di Terengganu atas alasan membangunkan Terengganu walau pada halnya, untuk mengaut keuntungan kepada Kerajaan Tiga Beranak. Patrick Lim juga bertanggungjawab membawa segala bentuk keraian, hiburan dan maksiat ke Seri Perdana supaya Kerajaan Tiga Beranak sentiasa gembira.
Maka itu sebabnya mengapa Pak Lah berhempas pulas inginkan Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu, dan masih memegang jawatan Perdana Menteri disamping mengekalkan Menteri Kewangan di tangannya – untuk Patrick Badawi.
Hanya satu yang mampu mengubah, Ahli Parlimen perlu ‘menurunkan’ beliau dengan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri itu di persidangan parlimen yang akan datang. Kerana beliau yang mengajarkan begitu kepada 23 orang ADUN jika Datuk Ahmad Said menjadi menteri Besar Terengganu.
Jika tidak saksikanlah lebih banyak harta negara di punggah oleh Patrick Badawi ini dengan dibantu oleh petualang negara dari sebuah keluarga Ahmad Badawi serta mereka yang seramai 23 orang ADUN di Terengganu tersebut.






Komen-komen Pembaca