Arkib untuk 11 Mac 2008

11
Mac
08

B.N: Parti Orang Kampung – Satu Kajian

Jangan terkejut jika ini berlaku pada Barisan Nasional yang dahulunya mengutuk PAS sebagai parti orang kampung. Kini air liur yang diludahi dahulu terpalit ke batang hidung mereka sendiri. Siapa sangka kemenangan Barisan Alternatif (kini Barisan Rakyat) yang “mengondol” beberapa buah negeri jauh dari sangkaan kini menjadi realiti. Sangat memalukan B.N apabila segala tipu muslihat yang digunakan untuk mendapat kemenangan besar dalam PRU ini tidak menjadi. Lebih dirisaukan lagi apabila B.A yang menguasai negeri-negeri seperti Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor akan cuba menyelongkar dan mendedahkan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan terdahulu (B.N) jika terdapat keraguan yang nyata.

Disini aku membuat sedikit kajian rambang dengan menggunakan keputusan PRU ke-12 untuk menyokong tajuk entry aku diatas. Mari kita lihat dibawah.

Keputusan PRU ke-12 untuk kerusi Parlimen dan DUN di Ibu Negeri yang dimenangi oleh B.A:

1. PERAK 

Parlimen Ipoh Timur (DAP) – Mejoriti 21,942
- DUN Canning (DAP) – Mejoriti 5,666
- DUN Tebing Tinggi (DAP) – Mejoriti 2,515
- DUN Pasir Pinji (DAP) – Mejoriti 6,339

Parlimen Ipoh Barat (DAP) – Mejoriti 15,534
- DUN Bercham (DAP) – Mejoriti 6,101
- DUN Kepayang (DAP) – Mejoriti 490
- DUN Buntong (DAP) – Mejoriti 5,315

2. SELANGOR

Parlimen Shah Alam (PAS) – Mejoriti 9,314
- DUN Kota Anggerik (PKR) – Mejoriti 2,200
- DUN Batu Tiga (PKR) – Mejoriti 3,563

3. PAHANG

Parlimen Kuantan (PKR) – Mejoriti 1,826
- DUN Teruntum (BN) – Mejoriti 293
- DUN Tanjung Lumpur (BN) – Mejoriti 496
- DUN Inderapura (BN) – Mejoriti 873

4. NEGERI SEMBILAN

Parlimen Seremban (DAP) – Mejoriti 3,948
- DUN Lenggeng (BN) – Mejoriti 1,285
- DUN Nilai (DAP) – Mejoriti 1,894
- DUN Lobak (DAP) – Mejoriti 6,928
- DUN Temiang (DAP) – Mejoriti 1,338
- DUN Sikamat (PKR) – Mejoriti 499
- DUN Ampangan (PKR) – Mejoriti 165

5. MELAKA

Parlimen Kota Melaka (DAP) – Mejoriti 11,390
- DUN Kesidang (DAP) – Mejoriti 1,399
- DUN Kota Laksamana (DAP) – Mejoriti 7,242
- DUN Duyong (BN) – Mejoriti 806
- DUN Bandar Hilir (DAP) – Mejoriti 4,912
- DUN Telok Mas (DAP) – Mejoriti 2,239

6. TERENGGANU

Parlimen Kuala Terengganu (BN) – Mejoriti 628
- DUN Wakaf Mempelam (PAS) – Mejoriti 2,193
- DUN Bandar (BN) – Mejoriti 1,142
- DUN Ladang (PAS) – Mejoriti 31
- DUN Batu Buruk (PAS) – Mejoriti 1,161

7. KELANTAN

Parlimen Kota Bharu (PAS) – Mejoriti 11,288
- DUN Tanjong Mas (PAS) – Mejoriti 6,112
- DUN Kota Lama (PAS) – Mejoriti 5,206
- DUN Bunut Payong (PAS) – Mejoriti 4,341

8. SABAH

Parlimen Kota Kinabalu (DAP) – Mejoriti 106
- DUN Likas (BN) – Mejoriti 862
- DUN Api-APi (BN) – Mejoriti 174
- DUN Luyang (BN) – Mejoriti 1,502

9. SARAWAK

Parlimen Bandar Kuching (DAP) – Mejoriti 9,952

10. W.P. Kuala Lumpur

Parlimen Kepong (DAP) – Mejoriti 23,848
Parlimen Batu (PKR) – Mejoriti 9,455
Parlimen Wangsa Maju (PKR) – Mejoriti 150
Parlimen Segambut (DAP) – Mejoriti 7,732
Parlimen Setiawangsa (BN) – Mejoriti 8,134
Parlimen Titiwangsa (PAS) – Mejoriti 1,972
Parlimen Bukit Bintang (DAP) – Mejoriti 14,277
Parlimen Lembah Pantai (PKR) – Mejoriti 2,895
Parlimen Seputeh (DAP) – Mejoriti 36,492
Parlimen Cheras (DAP) – Mejoriti 28,300
Parlimen Bandar Tun Razak (PKR) – Mejoriti 2,515

Dari keputusan ini, kita dapat lihat 9 ibu negeri dan 1 Wilayah Persekutuan dari 14 buah negeri dan 4 Wilayah Persekutuan negeri dibawah pemerintahan B.A dan B.N dilihat lebih menyokong calon dari PAS, PKR dan DAP. Malah jika dilihat kepada pada mejoriti kemenangan calon B.A kebanyakannya amat besar (empat digit angka) berbanding dengan mejoriti kemenangan B.N yang kebanyakannya mempunyai mejoriti yang kecil (tiga digit angka).

Kenapa aku pilih ibu negeri sebagai sampel kajian ini?
Jawapan yang mudah ialah Ibu Negeri = Kawasan Bandar. Penduduk kawasan bandar selalunya dilabelkan dengan elit, terpelajar dan kaya. Disitu juga biasanya terdapat pejabat kerajaan, pejabat syarikat besar tempatan dan juga antarabangsa, universiti, kolej, sekolah gred A dan lain-lain lagi (lebih mudah lagi ialah “lubuk pekerjaan”).

Kenapa mereka memilih B.A? 
Tiada jawapan yang tepat dalam soalan ini kerana tiada kajian yang lanjut dari Penganalisis Politik yang diiktiraf. Tapi mengikut pendapat “Penganalisis Politik” yang tidak diiktiraf seperti aku ini, secara rambang ianya dapat dilihat dengan beberapa perkara dibawah:
i. Maklumat yang mudah didapati – e.g. Internet, broucher kempen pilihanraya
ii. Sara hidup yang tinggi – penduduk mahukan perubahan ekonomi yang lebih rendah
iii. Terpelajar – penduduk kebanyakannya boleh berfikir dengan lebih bijak – tidak mudah terpedaya
iv. Tidak mudah diperbodohkan – kebanyakan kempem B.N memperbodohkan rakyat
v. (Jika ada pendapat lain, sila letakkan di bahagian komen)

Adakah kajian ini menghina orang kampung?
Tidak, kerana aku juga orang kampung. Malah menurut kajian “Pemasaran dan Perniagaan” di Malaysia kebanyakan penduduk bandar berasal dari kampung dan berpindah ke bandar untuk bekerja dan menetap disitu. (Itu sebablah Colgate berjaya hingga sekarang kerana dek kebiasaan orang kampung bila membeli ubat gigi akan dinamakan Colgate walaupun ia membeli Darlie dll. Colgate-Palmolive mensasarkan penduduk kampung sebagai target utama dalam perniagaan mereka kerana nanti penduduk ini akan ke bandar dan akan melihat produk yang sama boleh didapati di bandar dan mereka mejadi pengguna yang setia kepada produk tersebut – Kajian Pemasaran Malaysia, sumber: dah tak ingat….)

p/s: Jika terdapat pendapat yang bernas atau tak bernas pun tak apa, sila nyatakan di bahagian komen.




Bebaskan Palestin!

Ini adalah blog 3K - Kaji, Kritik, Kantoi. Blog ini hanya dipunyai oleh Kipp dan dia berhak menulis apa-apa mengikut kesukaan akal, hati, emosi dan kepala otaknya sendiri. Ruang lingkup tulisannya adalah berunsur apa-apa saja yang melibatkan hal-hal duniawi dan ukhrawi. Dan juga terbuka pada sesiapa yang nak komen, kritik atau apa-apa sahaja di atas tulisan oleh Kipp... selamat membaca!!!


E-mail Kipp ke:

kipptriplek@yahoo.com


Pemberitahuan:

Untuk aktiviti "menconteng", anda bolehlah ke halaman profil kipp dan "menconteng" dibahagian komen tersebut, atau klik sahaja di bawah ini.

klik disini

 

Mac 2008
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Kategori Artikel

Arkib Artikel

Foto Flickr Kipp

BN gila 21

BN gila 20

BN gila 19

BN gila 18

BN gila 17

More Photos

Statistik Pelawat Blog 3K

  • 28,376 kali dilawati

Apa?!