Arkib untuk 10 Mac 2008

10
Mac
08

The Beginning of Ending

Bersyukur pada Allah dengan keputusan PRU ke-12 kelmarin dan semalam dengan B.A menafikan 2/3 kerusi Parlimen untuk B.N. Malah bukan setakat itu sahaja apabila 4 buah negeri telahpun jatuh ketangan B.A. 2 negeri iaitu Kelantan dan Kedah dibawah pentadbiran PAS, Pulau Pinang dibawah pemerintahan DAP, Selangor dibawah pemerintahan PKR dan Perak masih lagi keputusan antara DAP atau PAS. Kemenangan untuk memerintah Malaysia oleh B.N boleh dilihat dengan “bantuan” negeri Borneo yang disapu bersih.

Tetapi kemenangan dan kekalahan bukanlah permulaan dan juga bukan pengakhiran. Masih awal untuk ditafsirkan. Masing-masing perlu memperbaiki diri sendiri.

Untuk Barisan Alternatif Rakyat (PAS, PKR, DAP)

Memang benar aku penyokong B.A terutamanya PAS. Dan memang impian aku melihat sebuah negeri jatuh ke tangan PAS selain Kelantan. Tiada hal dalam masalah ini kerana PAS telah menunjukkan kepimpinannya di Kelantan sehingga kini walaupun gagal untuk mendapatkan Terengganu semula, tetapi “kesilapan” di Terengganu boleh dijadikan iktibar untuk membina Kedah. Manakala PKR dan DAP yang mendapat majoriti 2/3 untuk memerintah Pulau Pinang harus bekerja kuat untuk menunaikan apa yang mereja telah janjikan di dalam menifesto semasa kempen dahulu. Jika tidak, pemerintahan mungkin akan bertahan untuk masa yang singkat. Walaupun begitu, aku yakin dengan pemerintahan mereka kerana tidak mudah untuk menawan dan tiba-tiba membiarkan sahaja ia terlepas. Bagi Selangor yang dikenali sebagai “Negeri Bandar” ini memang telah membuat kejutan apabila jatuh ditangan B.A. Tak disangka. Siapa tahu akan kejayaan ini memberi satu tempelak yang besar kepada B.N. Perak pun begitu juga. Tiada siapa yang sangka akan kejatuhannya keatas DAP dan PAS.

Namun begitu aku ingin ingatkan, walaupun ia satu kejayaan yang manis, ia menunjukkankan rakyat sudah bijak memilih, bijak membaca, bijak melihat dan juga bijak menjatuhkan!. Inilah yang dikatakan dengan The Beginning of Ending kepada pihak B.A jika mereka tidak menjalankan tugas mereka dengan baik. Jangan mengulangi kesilapan B.N. Bawalah perubahan yang anda canangkan sebelum ini demi rakyat, dan bukan untuk poket sendiri.

Untuk Barisan Nasional (UMNO, MCA, MIC, Gerakan, dll)

The Beginning of Ending sudah pun dilihat. Dengan kejatuhan yang teramat memalukan terhadap pemerintahan Pak Lah, maka sudah tentu rakyat dan juga ahli B.N ia sebagai satu kekalahan walaupun memerintah Malaysia, tetapi tidak lagi majoriti. Setiap dasar dalam Parlimen nanti sudah pasti akan dibincangkan dengan lebih sengit dan mendalam memandangkan B.A telah mula menunjukkan “kuasanya”. Kerana dek terlalu angkuh dan over confident untuk menakluk Kelantan, akhirnya 4 negeri hilang. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. B.N patut rasa malu dengan kekalahan ini.

Kehancuran MIC dan kekalahan Gerakan memang patut dijadikan iktibar. Sifat sombong, angkuh dan takabbur dengan kemenangan PRU-11 dahulu sudahpun hilang. Jangan anggap rakyat bodoh, kerana setiap pergerakan anda akan diawasi. Mungkin selepas ini lagi banyak laporan tentang salah guna kuasa, rasuah, penipuan, skandal seks akan di paparkan oleh B.A, dan rakyat akan mengadilinya dengan bijak sekali. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.




Bebaskan Palestin!

Ini adalah blog 3K - Kaji, Kritik, Kantoi. Blog ini hanya dipunyai oleh Kipp dan dia berhak menulis apa-apa mengikut kesukaan akal, hati, emosi dan kepala otaknya sendiri. Ruang lingkup tulisannya adalah berunsur apa-apa saja yang melibatkan hal-hal duniawi dan ukhrawi. Dan juga terbuka pada sesiapa yang nak komen, kritik atau apa-apa sahaja di atas tulisan oleh Kipp... selamat membaca!!!


E-mail Kipp ke:

kipptriplek@yahoo.com


Pemberitahuan:

Untuk aktiviti "menconteng", anda bolehlah ke halaman profil kipp dan "menconteng" dibahagian komen tersebut, atau klik sahaja di bawah ini.

klik disini

 

Mac 2008
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Kategori Artikel

Arkib Artikel

Foto Flickr Kipp

BN gila 21

BN gila 20

BN gila 19

BN gila 18

BN gila 17

More Photos

Statistik Pelawat Blog 3K

  • 28,472 kali dilawati

Apa?!