Kalau dalam suratkhabar, AMNO dan Be End benar-benar mahukan Kelantan? Kenapa? Kenapa tidak utamakan negeri-negeri yang lain yang lebih memerlukan? Atau mungkin AMNO dan Be End dah “kering”kan harta benda negeri tersebut dan tinggal hanya Kelantan yang belum dapat di”kering”kan. Kalau menurut ucapan Tuan Guru Nik Aziz masa pelancaran projek ECER bersama-sama dengan PM dan beberapa orang Menteri Besar, rupa-rupanya Kelantan ada MINYAK!.
Dalam ucapan Nik Aziz semasa pelancaran projek ECER, “YAB Dato’ Seri dan sidang hadirin sekalian,walaupun cadangan pendaratan gas dan minyak di pesisir pantai kita masih tidak diberi perhatian dalam ECER, saya masihlah memandang kepentingannya sebagai sesuatu yang bersifat mendesak. Pada kami, ia sepatutnya diletakkan sebagai paksi asas dalam menjana pertumbuhan ekonomi negeri. Seperti yang telah dikenalpasti oleh Kerajaan Negeri sejak 10 tahun lalu, kami masih merayu agar gas dan minyak didaratkan di Pantai Senok. Bukan senang deposit emas hitam ini boleh terbentuk. Dengan penuh susah payah Allah S.W.T. telah ratusan jutaan tahun memeram, mengatur dan memprosesnya secara sebab musabab jauh di kerak bumi. Dengan segala percaturan kimia melalui mendapan humus, fosil dan tindak balas haba di perut bumi, Allah S.W.T. telah dengan segala ehsan menyimpan lalu menganugerahkan bumi Kelantan dan laut Kelantan dengan bahan semahal ini. Mensia-siakan nikmat namanya apabila ia seolah-olah dibuat-buat ‘terlepas pandang’ dan tidak ditimbangkan untuk dimasukkan ke dalam pelan induk pembangunan Wilayah yang sebesar dan sepenting ini. Setakat ini, kami hanya berputih mata melihat khazanah bumi kami dipunggah dan dihirup sepuas-puas oleh golongan amir politik tanpa didaratkan di pantai Kelantan sendiri walaupun sesudu teh“.
Kenapa ini tidak diambil kira dalam ECER? atau takut Kerajaan Negeri Kelantan mempunyai duit yang banyak dan boleh memberi pembangunan yang lebih hebat dari negeri-negeri lain?. Benda ini dah nampak macam kes kemusnahan Iraq oleh U.S kerana U.S terdesak dengan simpanan minnyaknya yang makin berkurang. Di Malaysia pula begitu juga, serangan oleh pihak AMNO dan Be End terhadap PAS begitu hebat sehinggakan meluat nak muntah aku bila membaca surakhabar harian.
AMNO dan Be End memang serang habis-habisan Kelantan, tapi apa yang PAS boleh buat? Ketidak-adilan media massa yang dipegang oleh Be End menyebabkan banyak fakta yang menyokong kekuatan PAS di diamkan Be End. Mungkin ada yang berkata dengan lantang bahawa ekonomi Kelantan teruk, defisit terkumpul RM 400 juta, negeri yang termiskin dan lain-lain lagi. Takkan tiada langsung kebaikan yang dibuat oleh PAS di Kelantan? Tapi akhirnya semua terjawab, negeri yang diperintah oleh Be End lagi teruk. Sekurang-kurangnya negeri Kelantan dibawah pimpinan PAS berjaya melunaskan hutang-piutang semasa Be End memerintah dahulu. Pada tahun 2005 laporan akhbar menyebut Ketua Audit Negara Tan Sri Hadenan A. Jalil berkata tunggakan bayaran balik pinjaman kerajaan negeri meningkat kepada RM2.61 bilion pada akhir tahun lepas berbanding RM2.54 bilion pada akhir 2003. Hadenan berkata jumlah tunggakan Johor sebanyak RM598.35 juta, Kedah RM450.96 juta, Pahang RM414.48 juta, Selangor RM377.33 juta, Terengganu RM259.75 juta dan Negeri Sembilan sebanyak RM144.37 juta, Kelantan RM46.61 juta, Sarawak RM77.69 juta, Melaka RM76.22 juta dan Sabah RM70.20 juta. Dan berita terbaru dengarnya Kelantan sudah hampir melunasi hutang tersebut pada tahun 2007 dan tahun 2008 PAS mampu membayar habis. Negeri lain lagi banyak tunggakan hutangnya, semuanya adalah dibawah kepimpinan Be End. Ini bermaksud bahawa PAS bukan mengejar duit atau harta benda, tetapi Islam yang ingin ditegakkan. Malulah wahai Be End dengan apa yang kamu semua lakukan.
Itulah antara sebab musabab kenapa aku betul-betul berkempen untuk PAS. Bukan kerana duit dan harta benda, duit boleh dicari, harta boleh dikumpul tetapi dosa lagi dikumpul lagi teruk azabnya. Kalau aku sokong AMNO dan Be End, aku takut nanti bila dihitung diakhirat aku tak dapat jawab kenapa aku sokong kerajaan yang menghalalkan judi, arak dan maksiat di negara aku sendiri. Dah la dosa sendiri banyak, tambah lagi indirect “saham-saham” yang amat banyak disebabkan oleh AMNO dan Be End… Nauzubaillah…
p/s: Untuk infomasi yang lebih lanjut dengan fakta yang lebih jelas tentang kekayaan Kelantan sila layari http://kickdefella.wordpress.com/2008/03/06/kenapa-bn-mahu-sangat-rampas-kelantan/






begitu kah cerita nya …. duit dan minyak memang boleh buat orang x waras. Turun lah mengundi 8 Mac nanti !
http://penamaya.wordpress.com
Lagu ni lah dunio.
Ore tamak belako.
Ingat pitih jah.
Terima kasih. Menguatkan lagi keinginan saya mendengar kata abah. Sebelum ni saya tersepit antara abah dan majikan. Abah kata rezeki ada dimana-mana. Saya percaya itu.