Apa lah sangat bila kita dipanggil peniaga kecil-kecilan. Bukan berniaga juta-juta, ratus ribu pun susah nak sampai. Gaji bulanan pun tak banyak macam makan gaji (lepasan ijazah). Kalau bisness tu baik, maka baiklah gaji bulanan begitulah sebaliknya. Bila becakap pasal berkat, semua orang kata kerja kena jujur baru dapat berkat. Kalau sumber perniagaan tu dari duit yang tak elok, maka untung yang kita dapat itu katanya tidak berkat. Memang tak dapat nak dielakkan bila kita berniaga macam pasar mini ke, kedai runcit ke, restoran ke, kehendak pelanggan perlu dipenuhi. Hendak atau tak hendak, salah satu tarikan pelanggan ke kedai kita adalah rokok yang membahayakan kesihatan.
Bukan nak jual sangat pun, tapi dalam perniagaan macam ni, kalau tak penuhi kehendak pelanggan nanti kita yang rugi. Oleh sebab itu kita terpaksa jual (mahu atau tak mahu) walaupun ada sesetengah pihak mengharamkan menghisap rokok. Tapi hukum masih lagi diperdebatkan. Masih lagi tiada kata putus. Maka bersuaralah seorang “ustaz” yang tak cukup syarat di sebuah kampung, katanya, “Kalau nak berniaga macam tu, pergi berniaga macam orang orang Cina, lepas tu jadi orang Cina, boleh jual macam-macam, tak kisah halal ke haram ka, balun semua“. Dan tersentaklah hati seorang peniaga bila dikeluarkan kenyataan macam tu. Kata peniaga tersebut, “Kita bukan nak jadi orang Cina, tapi nak berniaga ni kena bijak, jangan jadi bodoh“. Si “ustaz” tadi pun macam tak puas hati, katanya lagi, “oooo… dah yang pergi jual benda yang tak berkat tu apekebendenya… kalau sumber dah tak berkat, hasil pun tak berkat la“.
Si peniaga masih boleh bersabar, jawab si peniaga, “Pasal berkat ni jangan kata aku peniaga, orang yang makan gaji macam awak pun boleh terjebak sekali. Nak tanya, pernah tak awak jawab telefon atau SMS yang bukan hal kerja dalam waktu sedang bekerja. Sedangkan gaji yang dibayar kepada awak selama 8 jam tersebut adalah untuk bekerja sepenuh masa. Itu tak masuk beli MC untuk cuti, chatting, berborak, mengumpat, tidur dalam opis. Itu kalau ikutnya gaji yang awak dapat tu langsung tak berkat. Katakanlah gaji awak RM 1800 sebulan, yang berkat mungkin hanya RM 1000, dan yang RM 800 lagi tu semua tak berkat. Hah! macam mana ni ustaz?“. Maka si “ustaz” tadi pun senyap dan tersengih-sengih macam kera sumbang, dan kawan-kawan yang menyokong si “ustaz” tadi pun masing-masing senyap tak berkata apa-apa.
Si peniaga berkata lagi, “Memanglah rokok tu ada yang kata haram dan ada yang kata makruh, tapi jangan la kita ni jahil sangat nak membezakan yang baik dan yang buruk. Tapi kalau rasa ragu-ragu dan dalam masa yang sama inginkan pelanggan datang ke kedai, maka asingkanlah duit rokok tersebut dengan duit jualan barangan yang lain“. Sekurang-kurangnya kita gembira, pelanggan pun gembira.






jual rokok pun masih dikira berniaga jugakkan…
tapi lebih elok kalau tak hisap rokok..membazir je..
dan mengayakan kerajaan je… :x
Baik hisap lolipop.
Haha.
haha.. baik hisap tuttt! err.. susu..
botol susu ok!.
Kerajaan da beri amaran tapi masih ramai lg yg hisap rokok. Kenapa ya? Tak merokok tu tak ‘cool’ ye? Hmm..
merokok tu “hot” bukan “cool”… tak caya try sentuh api rokok tu… hot ke cool? :D
kekeke