Angkasawan Penumpang?
Sebelum aku mula menconteng blog ini, aku ucapkan “Selamat Pulang” kepada Dr. Syeikh Muszaphar Shukor yang menjadi angkasawan penumpang pertama Malaysia, TAHNIAH buat anda. Sebelum ini aku terperdaya dengan media di Malaysia yang mencanangkan bahawa angkasawan penumpang Malaysia seorang angkasawan “sejati”, aku masih lagi tak tahu yang mana benar dan yang mana salah. Aku memikirkan angkasawan ini memang layak untuknya di ISS dengan kelayakan yang menjadikan ia layak menjadi angkasawan seperti Neil Amstrong dan Yuri Gagarin yang biasa kita dengar. Akan tetapi bila membaca laman blog rakan-rakan bloggers di sini aku melihat ada satu yang tak kena dengan Kerajaan Malaysia itu sendiri dalam melahirkan seorang angkasawan penumpang pertama Malaysia. Banyak sumber yang aku dapat dari dalam dan di luar negara berkenaan hal ini.
Mereka mengatakan angkasawan kita “Penumpang” dan belanja tiket ke ISS telah menelan belanja RM 95 juta. RM 95 juta itu dari mana? bukan satu yang sedikit. Di sini aku ada dua laman blog yang berkaitan angksawan Malaysia ini untuk lawati bersama:
http://jamizalzainol.wordpress.com/artikel-projek-angkasawan-negara/
http://membebel.wordpress.com/2007/10/21/the-truth-michael-backman-menipu/
Dan ini aku bawa satu blog yang amat bagus untuk tatapan anda semua tentang “Spaceflight Participant” atau dikenali di Malaysia dengan Angkasawan Negara kononnya…
http://dupwp.wordpress.com/2007/10/22/melayu-ke-angkasa-sebab-bantuan-kerajaan/
Dari blog tersebut, aku dapat maklumat tentang pengiktirafan NASA kepada Dr. Syeikh Muszaphar Shukor dan Dr. Faiz Khaleed. NASA tak dapat mengiktiraf mereka berdua sebagai Astronauts, tetapi pihak Rusia tentunya tidak mahu memperkecilkan hati pelanggan Jet Sukhoinya, lalu bersetuju memberikan gelaran Cosmonauts kepada mereka berdua.
Posted on Oktober 22, 2007, in Bebas, Isu Semasa. Bookmark the permalink. 14 Komen.







Mereka mengatakan angkasawan kita “Penumpang” dan belanja tiket ke ISS telah menelan belanja RM 95 juta. RM 95 juta itu dari mana? bukan satu yang sedikit. Di sini aku ada dua laman blog yang berkaitan angksawan Malaysia ini untuk lawati bersama:
Ah, tunggu. Apabila angkasawan Malysia adalah penumpang, lalu untuk apa RM 95 Juta itu ? Itu ? Itu ?
apa ponya orang awak patut bangga dengan dia….bodoh
sungguh satu pembaziran..majukan ape yg berada di bawah dulu, baru lah naik ke atas..jgn terus meloncat ke atas..kalau tengok bersamamu tv3, banyak lagi org miskin..baik bagi duit tuh kat mereka..
Kita kan bangsa angkasa, kena pergi angkasa la.. hahaha
commonlah guys think positif… janganlah nak bangkang 100%.. mungkin ianya satu pembaziran bagi sesetengah orang.. tapi secara positifnya ia akan menanam minat kepada generasi muda untuk menerokai bidang angkasa lepas. dulu saya pun taklah berminat sangat dengan bidang angkasa lepas ni.. tapi bila ada program ni.. ianya telah menambah minat saya untuk mengetahui lebih lanjut lagi lebih2 lagi.. apa itu ISS… saya betul2 teruja dengan gambar yang menunjukkan station ISS itu terapung2 di angkasa. ianya betul2 menakjubkan. sejak ada program angkasa lepas ini… saya dah rajin mencari buku2 yang berkaitan angkasa lepas dan ingin mengetahui perihal bumi dan alam semesta…
mee maggie pun sedap tau…saya selalu makan mee maggie.. hehehe… commonlah guys!! sabar jelah pada orang yang kena kutuk tu. Saya selalu berfikir kepada yang positif saja. Pantang diperbodohkan ye?.. nak tanya ni? adakah anda seorang rakyat Malaysia?.. sori klu tersinggung. Tak apalah klu saudara nak kata apa pun itu hak anda. Anda punya hak untuk bersuara. Setiap orang mempunyai pendirian dan pandangan yang berbeza. Apa pun tahniah saya ucapkan kepada Angkasawan pertama Negara ‘Dr Sheikh Muzaphar Shukor Al Masrie’ kerana telah dinobatkan sebagai cosmonaut biarpun Amerika mungkin tidak mengiktirafnya. Kepada Angkasawan Negara kuatkan semangat dan tabahkan hatimu… jadikan kutukan dan kritikan sebagai pembakar semangat untuk terus berjuang demi negara tercinta Malaysia. Saya dan seluruh rakyat Malaysia akan sentiasa mendoakan kesejahteraan anda. Berfikirlah secara positif bahawa apa yang anda lakukan andalah untuk anak nusa dan bangsa. Hanya tuhan saja yang tahu niat baikmu itu.. niat yang baik pasti akan dibalas dengan kebaikan juga.. insyallah… AMIN.
releks.. jugaklah brother.. janganlah cepat melatah. saya faham maksud saudara tu.. itu sebabnya saya kata setiap orang mempunyai pandangan dan pendapat yang berbeza… memang masih ramai lagi rakyat kita yang melarat.. tapi pada pandangan saya kerajaan telah banyak membela rakyat dan saya bersyukur kerana negara kita masih ditahap yang boleh dibanggakan. Bukan macam disesetengah Negara Asian lain. Bila saya melihat negara yang pernah saya lawati sebelum ini seperti Indonesia dan Philipina.. saya benar2 merasa azab dengan kehidupan mereka yang amat daif dan melarat. Dalam masa yang sama alangkah saya bersyukur kerana dilahirkan di bumi Malaysia. Nasib rakyat di Malaysia masih terbela tidak seperti 2 negara yang pernah saya lawati sebelum ini. Mungkin juga kita tidak tahu apakah rakyat mereka terbela oleh negaranya. Sebenarnya saya tidak membanggakan sesiapa cuma berasa kagum dengan kesungguhan anak muda itu.. alangkah bertuahnya apabila seseorang itu dapat mencapai apa yang dia impikan selama ini dan melihat kebesaran Allah di atas sana.. yang pada pendapat saya tidak mungkin akan dicapai oleh orang yang tidak dianugerahkan kelebihan itu.. apa pun saya sokong blog anda… pendapat anda memang bernas… itulah kelebihan seorang anak Malaysia..
Terima kasih jugak kepada saudara kerana memahami apa yang ingin saya sampaikan. Sebagai manusia biasa kita kena menerima seseorang itu seadanya dan cuba menerima apa jua pandangan dan pendapat seseorang itu. Apa yang dapat saya katakan disini ialah jangan pula disebabkan ‘marahkan nyamuk seekor habis kelambu dibakar’ disebabkan nilai setitik habis rosak susu sebelanga. Saya sebenarnya bukannya cuba mengkritik anda tapi pada pendapat saya ada kata-kata anda yang saya rasa kurang sesuai untuk dilemparkan kepada seseorang. Mungkin anda tidak bermaksud begitu tapi kekadang kata2 itu seolah2 dilemparkan kepada orang2 tertentu. Apa yang saudara kesalkan disini ialah kerajaan bukan? jadi kepada kerajaan sajalah anda tujukan kemarahan itu dan tidak melibatkan kepada individu… itu baru adilkan? Bagi pandangan saya kerajaan telah banyak membela rakyat cuma kekadang itu rakyat yang kurang perihatin dengan pembelaan itu… sekurang2nya kerajaan telah memuatkan RMK 9 nya untuk membela rakyat dan menetapkan target untuk kemiskinan sifar menjelang tahun 2010. Jangan tak tahu petronas sebenarnya telah banyak mengeluarkan zakatnya.. tapi tak perlulah saya nyatakan disini… kang tak pasal2 pula saya digam. Cukuplah ianya menjadi rahsia bersama…nanti tersalah cakap atau tersalah tafsir naya pulak jadinya… Mungkin jugak Malaysia mementingkan nama.. tapi kekadang nama itu jugalah yang membolehkan seseorang atau dunia itu terkenal.. Sebelum ini dunia tidak kenal Malaysia sedangkan Singapura yang kecil dan hampir hilang dipeta dunia… satu dunia kenal… jadi tidak salahkan kalau Malaysia cuba mencari nama. Manusia mati meninggalkan nama… harimau mati meninggalkan belang… kalau Negara mati? Bolehkah? meninggalkan apa?… Nama jugakkan?… memang kata-kata anda ada kebenarannya… tapi janganlah disebabkan perasaan marah atau tidak puas hati itu bertukar menjadi perasaan benci dan mencaci sesama manusia… Wasalam… :-)
commonlah brother… jgnlah marah.. saja nak memeriahkan blog awak ni saja.. takkan itu pun tak boleh?.. bukan nak berbalah cuma nak bagi nasihat sikit2 je.. tak ada istilah mengalah dan kalah dalam hal ini. Kan saya dah kata setiap orang ada pendapat dan pandangannya sendiri. Memanglah pandangan saya dan saudara berlainan tapi tak semestinya kita tak boleh berkongsi pandangan dan pendapat. Dah tu saya tengok cuma kita bedua je yang berbalas pantun kat ruangan ‘Angkasawan Penumpang’ ni. Ah sebab tulah nak memeriahkan tajuk ni… :-)… relaks ah brother.. no heart feeling ok?.. see ya!!!.. :-)
Thanks brother… Sekurang2nya saudara menghargai komen2 saya.. wah siap buka blog baru lagik ek?… Thanks anyway… tidaklah saudara saya tak melabelkan saudara dengan marah.. mungkin istilah tu selalu digunakan.. ah sebab tulah bunyi dia mcm tu… apa pun semoga sukses dengan blog anda ini ok… see ya!!!… :-)
akum…..
saya puteri..
saya nak tahu dr.sheikh setia kepada yg satu ke???????????
betul ke dr.sheikh nie gay???
i x percaya tau!!!!
kenapa kita selalu kebelakang dari bangsa2 lain?boleh korang jawab?kenapa kita selalu kritik apa yang telah diberikan?berfikir la dengan positif..yang salah tetap slh..tpi kite fikir la skrngnye rakyat malaysia sudah ade yang sampai ke bulan..korang penah sampai ke?korang xteringin ke nk ke bulan?sekurang-kurangnya die dah jejak kaki kat muke bulan tu…nk harapkan kite?aku rase sampai beranak cucu cicit pn belum tentu dapat pergi..ape salahnye wakil malaysia pergi,tak perlu la kite nk kritik..bangge la dengan pencapaian NEGARA MALAYSIA..mesti ada maseg untuk di sampaikan pada kite..die dah sampai kebulan yang cerah?korang?sampai ke bulan yang xcerah2 ke?
kalu nak jek keta…agak2 laaa.jgn laa jek keta samapi terbalik……………..ni laaa reality org ‘melayu’ mcm aku zaman sekarang nie..buat apa2 mesti nakkan nama…suka sgt org panggil dia bohsia laa,pelacur jalanan laa,gay laa,kaki botol laa,zina laa,kaki betina laa,buang anak dan mcm2 laa………..ko tak pikir ke..tak rasa bersalah ker dgn duit sebanyak tu dlm beberapa hari jer habis digunakan.ko igat kat dunia akhirat nati…org yg dpt banggakan sesebuah negara dpt layanan istimewa,mana laaa th ada pangkat kat sana….hehehe
Pingback: Dikomen dan Mengomen « 3K - Kaji, Kritik, Kantoi