Bacaanku: Rich Dad, Poor Dad

2005 Ogos 23
by Kipp

Aku tertarik dengan buku yang dah lama orang katakan, dan dah jadi bestseller di U.S. Buku yang ditulis oleh Robert Kiyosaki, Rich Dad Poor Dad…. ada lagi sebuah buku yang ditulis beliau iaitu Business School…. Aku memang minat la dengan tulisan dia.

Aku pun belum abis lagi baca buku tu, tapi aku tertarik dengan satu rangkap ayat yang dinyatakan beliau iaitu…. In school they theach us to be a WORKER, but they do not teach us to be a RICHER. Bila aku pikir-pikirkan ada betulnya ayat tu…. Dalam Malaysia ni, kalo pegi belajar kat mana-mana U pun, mesti ada pensyarah yang cakap, “Capai PNGK yang tinggi dan aktif dengan kelab, sebab nanti boleh dapat kerja yang baik“. Pastu ada pulak matapelajaran Career yang mengajar kita macam mana nak pegi temuduga, buat resume dan lain-lain lagi…. dan aku salah seorang student tu… hehehehe…

Tapi maksud yang aku nak bagitau ialah, belajar tu baik… kalo boleh sampai amik PhD. Tapi yang sepatutnya kita di-trained-kan dan diajar adalah untuk menjadi orang yang berguna bukan untuk jadi KULI…. tuk tak?. Yang aku terfikir sekarang ni, apa-apa hal pun aku nak jadi usahawan yang membina diri aku sendiri yang mencipta kekayaan aku sendiri baik dari segi ibadah, ilmu dan juga harta…. itu yang aku idamkan.

Bukan jadi pekerja tu tak bagus…. tak de halnya… tapi kepuasan tu tak dapat. Rata-rata orang-orang yang bekerja cakap bila tengah bulan, duit pun habis… nak berzakat pun tak dapat… apatah lagi nak gi mengerjakan haji, jauh sekali. Dan lagi, kena perah habis-habisan tulang empat kerat, tapi bila nak demand gaji, mati pastu hidup semula pun tak tentu boleh dapat. Tu la pasal…

Tiada komen lagi

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS