Kelmarin ada sorang kawan aku ni closed aku dengan sebuah syarikat MLM baru kat Malaysia… so, dari awal hingga akhirnya dia menerangkan syarikat baru ni memang agak menarik. Tapi pada aku penerangan dorang tu ada sedikit kurang kena dengan pengetahuan yang aku ada… biasalah tu. So, dalam penerangan dia, dorang kata syarikat ni adalah:
1. Bawah kerajaan
2. Hasil suntikan Royalti minyak di Terengganu
3. Jual produk sendiri dan salah satu produknya ialah TELUR dari hasil Bioteknologi
4. Gabungan dua negeri iaitu Selangor dan Terengganu
Ok… Ada lagi yang aku dengar, tapi yang aku khususkan di sini ialah apa yang aku tulis kat atas.
- Pada dasarnya syarikat ini bawah kerajaan: maka pada aku pertolongan subsidi amat membantu syarikat ini bekembang, tetapi tidak beberapa baik untuk persaingan kerana “tak apa… kerajaan tolong“.
- Hasil suntikan Royalti Minyak Terengganu yang masih lagi dalam perbicaraan mahkamah, di mana pada pendapat aku Royalti ini adalah hak Rakyat Terengganu, tetapi kini…. dimana hak rakyat, hanya menguntungkan orang besar sahaja.
- Ketidakadilan dengan mengeluarkan produk atau bahan kawalan seperti telur untuk menjadi salah satu produk syarikat ini, katanya “Tak apa… sebab under kerajaan“…
- Pasal gabungan dua negeri ni yang aku dapat tangkap ialah melibatkan kerabat diraja di kedua-dua negeri… yang ni aku tak beberapa tahu sangat…
Pada aku, kalau ia benar-benar kukuh maka sudah pasti ia boleh survive dengan hasil usaha sendiri tanpa apa-apa pertolongan dari pihak lain.
Dan satu lagi sebelum aku terlupa, dorang ada mengatakan tentang teori BERLIAN. Maksudnya syarikat yang lama ni makin lama makin orang dah kenal dan orang dah tak mahu. Dan syarikat baru orang tak tahu lagi, maka kita jadi PERINTIS… boleh senang cepat… Dalam pemikiran aku, ini adalah pemikiran yang tidak berpandangan jauh. Setiap hari akan ada kelahiran baru, dan hampir 20 000 rakyat Malaysia yang akan menyambut kelahiran mereka yang ke 18, apa yang nak disrisaukan. Baik baru atau lama, adalah bergantung dari hasil usaha kita sendiri…. dan satu lagi, kalo boleh pergi tanya jiran anda atau kawan anda… “Apa itu Multilevel Marketing” dan disini aku berani menyatakan bahawa dari lima orang yang ditanya hanya seorang dua sahaja yang tahu apa maksudnya…






Komen-komen Pembaca