Fatwa Sesat Dr.Masitah Ibrahim – Bahagian 2

2005 Julai 7
by Kipp

Isu pelacuran, Ustaz Ismail Noh bidas Mashitah
Wednesday, July 06 @ 17:19:57 MYT

Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Hrkh) – Kenyataan Setiausaha Parlimen Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim mengenai isu ibu tunggal boleh melacur jika darurat dibidas Ustaz Ismail Noh (PAS Pasir Mas).

Ustaz Ismail berkata, tindakan Dr. Mashitah menyatakan bahawa ibu tunggal boleh melacur dalam keadaan darurat untuk menyara anak-anak adalah satu kenyataan tidak berdasarkan kepada nas mahupun hadith.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Keterangan Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) (pindaan 2005) di Dewan Rakyat sebentar tadi. “Saya terkejut yang berhormat Dr Mashitah seorang yang mengaji, tetapi mengeluarkan kenyataan seperti ini” katanya.

Dalam keadaan ini, Dr. Mashitah seharusnya memberi jawapan bahawa ibu tunggal yang dalam keadaan darurat lebih baik meminta sedekah atau buat kerja lain daripada berzina. Secara jelas dalam Islam tidak ada kias yang membolehkan seseorang yang darurat itu melacur kerana melacur ini adalah berzina, katanya. Ujar beliau, di dalam Al-Quran sendiripun secara jelas memperincikan soal haramnya aktiviti penzinaan. “Jangan mendekati zina” kata Ustaz Ismail yang memberi maksud petikan ayat Al-Quran.

Justeru, beliau menyeru Dr. Mashitah supaya prihatin terhadap apa yang telah diucapkannya berhubung isu pelacuran seperti yang dilapor dalam akhbar baru-baru ini. – wn

4 Respons leave one →
  1. 2008 Ogos 5

    biasala..ulama umno..aku tak heran malah dah agak dah pun..islam hadhari,zina hadhari..insaflah..aku tak belajar tinggi,tapi aku tahu mana kaca mana mutiara..

    Kalo ada seribu orang macam ko ni, aku rasa selamat Malaysia… Insya Allah

  2. 2008 September 2
    akucumahamba permalink

    kita skrg ni hny bole b’doa kpd Allah moga2 diberikanNya petunjuk dan hidayah kpd saudara kita ni…buruk2 dia pun saudara seiman dan seagama gak.

    Hmmm.. betullah tu…

  3. 2008 September 4

    Aku yang tak sekolah tinggi ni pun tahu zina tu haram. Dah cakap dalam Quran lagi tu… Tiada apa yang boleh menghalalkannya…

    UMNO aje yang menghalalkannya.. tu la pasal fatwa dia cam gitu.. haha

  4. 2009 Ogos 29
    hamba Allah.. permalink

    igtlah manusia.. niat xkan menghalalkan cara. n berzina bknlh cra yg terbaik utk mencari rezeki yg halal lg diberkati.

    KIPP: Bukan cara terbaik, tapi haram la..

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS