28
Jun
05

Fatwa Sesat Dr. Masitah Ibrahim

Mungkin anda dah dengar pasal kenyataan Dr. Masitah Ibrahim tentang dibenarkan menjual badan (melacur) untuk sara hidup yakni dalam keadaan darurat. Ok lah…. kita bukan nak beremosi… cuma nak tanya sedikit la…. Dalam keadaan negara kita yang serba boleh ini, rasa-rasa DARURAT tu ada tak?

Kita perlu memahami sebenarnya… nak cakap macam mana pun aku tak tau, tapi yang penting sekarang ni pun dah ramai yang MELACUR sebab dengan kononnya tak ada duit nak sara hidup, ada yang jadi GRO, PELACUR, yang cari SUGAR DADDY…. Wahai pembaca sekalian… mana letaknya kepala dan otak yang ALLAH sediakan kepada kita… pada pemikiran aku, banyak lagi perkara lain yang boleh dibuat untuk menampung kehidupan keluarga…. boleh jual nasi lemak, jual keropok lekor, jual air tetepi jalan, ambil upah jaga anak, buat MLM ke…. macam-macam sekarang ni, tapi nak tak nak aje… orang kata KALAU NAK SERIBU JALAN, KALAU DAH TAK NAK BERIBU DALIH…

Dengan DALIL yang Dr. Masitah keluarkan itu…. aku sure ada yang akan ambil tindakan (melacur) untuk mendapatkan wang… baik wang sara hidup, mahupun wang tambahan…. Kan PM cakap yang Malaysia ini PESAT MEMBANGUN… ramai orang yang berjaya…. malah dah DIISYTIHARKAN NEGARA ISLAM….. kenapa pilihan seperti ini yang perlu dipilih…. Astaghfirullah…..

Pada pendapat peribadi, aku memang tak sokong dengan kenyataan tersebut… Senang ceritalah, anda cuba fikir…. jika anda (si suami) telah meninggal dunia dan meninggalkan seorang isteri bersama-sama dengan 4 orang anak. Si isteri kita tidak mempunyai kewangan untuk sara hidup keluarga kita yang telah kita tinggalkan…. pada waktu itu, si isteri kita mengambil jalan untuk melacur bagi menampung kehidupan keluarga… Pada pendapat anda, rasa-rasanya jika anda masih hidup, adakah anda sanggup tak melihat isteri anda ditiduri oleh lelaki lain????…. cuba fikirkan keadaan itu… aku memang tak sanggup….. Nauzubillah… 

Jangan mengulangi sejarah JAHILIAH

Jangan sampai TSUNAMI melanda baru nak ingat KAABAH

Jangan sampai NYAWA DI HUJUNG HALKUM baru nak ingat RASULLULLAH

Jangan sampai pintu TAUBAT DITUTUP baru nak cari ALLAH

dan satu lagi nak bagitau anda semua… dalam ISLAM ada satu perkara yang kita perlu ingat dalam setiap perkara yang kita lakukan, iaitu:

MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA

Fikirkanlah…..


2 Respon to “Fatwa Sesat Dr. Masitah Ibrahim”


  1. 1 zulkinain
    Jun 12, 2008 at 12:00 pm

    “Sesungguhnya Kejayaan Jin n Manusia hanyalah dalam Agama, Sejauh mane ketaatanya pd Allah S.W.T. Dgn cara Baginda S.A.W..

  2. September 6, 2009 at 2:43 pm

    saya sokong.d Malaysia masih banyak lagi cara nk cari rezeki bagi menampung hidup.

    Satu lagi yg paling penting sikap kita thdp orang lain yg mengalami kesusahan hidup.kena peka kpd jiran2,kawan2 & orang2 susah disekeliling kita.KITA KENA BANTU! setakat yg kita termampu.Tetapi rasanya jika kita bergerak secara kumpulan/gerakan/persatuan/group,nescaya kita dapat membantu org2 yg memerlukan dengan lebih berkesan/sempurna.

    yg penting KENA PEKA & sentiasa bersikap suka membantu.BUKAn MEMBATU!kutuk sahaja yg kita tau buat.mesti ada perasaan EMPATI & MENGASIHANI/kesian kpd org lain.

    Bolehlah bantu ikut keperluan sprt: Wang Ringgit,tenaga,buah fikiran,sokongan moral dll.

    Tidaklah yg susah/miskin rasa tertekan & buntu lalu membuat keputusan diluar batasan SYARIAT.
    kita pun tumpang sama dpt DOSA klu tk membantu.

    Kita jgn hanya fikir diri sendiri sja.mengejar tuntutan peribadi sja.memenuhi keperluan diri semata2 tanpa melihat keperluan org2 yg susah & memerlukan.asyik fikir nk tukar kereta baru,beli baju baru,mengumpul sweberapa banyak harta,membesar & menghias rumah tk sudah2,melancong kesana-sini,menunaikan haji & umrah berkali2,membeli barang2 kdg yang mewah @ tk perlu dsb.kadang2 bayar ZAKAT HARTA pun tk pernah.org kta KEMUT/BAKHIL.jarang nk BERSEDEKAH.

    Segala kelebihan yg ada pada diri kita ini, baik yang berupa HARTA,ILMU,WANG,PANGKAT/KUASA wajiblah dikongsi bersama @ berfaedah kepada orang lain/masyarakat@agama.Jika tidak nantilah HUKUMAN DARI ALLAH.sekejap saja klu DIA nk beri!

    Kalau semua yg mempunyai kelebihan dri org lain sentiasa membantu yg memerlukan,sedah tentu mrk tidak akan terdorong membuat kerja2 yg salah dsisi ALLAH,sebab kita dh bantu@beri perhatian kpd keperluan mrk.ada sokongan moral.semua org susah dapat dibantu!

    Cth: anak yatim&miskin dibinakan rumah anak yatim,beri bantuan modal berniaga bagi yg ingin berniaga,beri khidmat nasihat dlm apa juga lapangan yg mrk ceburi,perkenalkan mrk dgn agensi/pertubuhan2/jabatan2 & apa2 sja yg dapat membantu mrk dlm sbrg kegiatan/keperluan mrk,beri bantuan pakaian,beri sumbangan yuran asrama/pengajian U/elaun duit saku bulanan/bantuan buku latihan,seragam sekolah,tuisyen/kelas tambahan percuma,skim anak angkat,skim keluarga angkat dll.pokoknya MEMBANTU dgn IKHLAS,bukan ada agenda lain…..

    JANGAN HARAP KERAJAAN SEMATA2! boleh buat dgn sendirian @ jemaah spt: scra sekampung,buat group prihatin @ kelab dsbnya.barulah nasib org yg susah TERBELA!

    Pd pengamatan saya skrg ni dilihat,banyak rumah anak2 yatim yg dibina oleh golongan/insan prihatin sangat memerlukan bantuan KEWANGAN utk terus HIDUP bagi menampung keperluan anak yatim & miskin.AYUH mari kita BERSEDEKAH membantu mereka!kalau nk buat rumah anak yatim lagi baik! ajak kwn2 lain bantu sama.kita mesti bersyukur kpd nikmat ALLAH yh diberikan kpd kita.KONGSIKAN dgn org lain yg memerlukan! WASSALAM.

    KIPP: Dengar citer Malaysia nak join sabijik lagi F1 (bawah lotus).. funded by Malaysia Government…. Satu lagi cara pembaziran wang rakyat Malaysia… So, aper cerita?


Tinggalkan jawapan




Bebaskan Palestin!

Ini adalah blog 3K - Kaji, Kritik, Kantoi. Blog ini hanya dipunyai oleh Kipp dan dia berhak menulis apa-apa mengikut kesukaan akal, hati, emosi dan kepala otaknya sendiri. Ruang lingkup tulisannya adalah berunsur apa-apa saja yang melibatkan hal-hal duniawi dan ukhrawi. Dan juga terbuka pada sesiapa yang nak komen, kritik atau apa-apa sahaja di atas tulisan oleh Kipp... selamat membaca!!!


E-mail Kipp ke:

kipptriplek@yahoo.com


Pemberitahuan:

Untuk aktiviti "menconteng", anda bolehlah ke halaman profil kipp dan "menconteng" dibahagian komen tersebut, atau klik sahaja di bawah ini.

klik disini

 

Jun 2005
I S R K J S A
    Jul »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Kategori Artikel

Arkib Artikel

Foto Flickr Kipp

BN gila 21

BN gila 20

BN gila 19

BN gila 18

BN gila 17

More Photos

Statistik Pelawat Blog 3K

  • 28,635 kali dilawati

Apa?!

Komen Spam Yang Ditahan