Bukan aku tiada modal untuk menulis entri ini, cuma ingin berkongsi maklumat walaupun kebanyakan daripada kita sudah tahu, tetapi ada masih yang terlupa – termasuklah aku.
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah )”
Riwayat Ahmad
Huraian:
i) Amanah bermaksud tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut tanpa mengabaikannya.
ii) Amanah meliputi berbagai-bagai aspek seperti amanah tehadap Allah dan Rasul-Nya, amanah terhadap diri sendiri dan amanah terhadap masyarakat dan perkhidmatan.
iii) Monopoli kuasa dan tanggungjawab yang luas di tangan seseorang akan menyebabkan kuasa itu tidak berkesan dan tanggungjawab tidak dapat dijalankan. Oleh itu sesuatu tugas itu hendaklah diamanahkan kepada mereka yang layak dan mampu melaksanakannya di mana ia memiliki ciri-ciri amanah, kepakaran dan ketakwaan.
iv) Tidak amanah adalah satu tanda munafik. Akibatnya seseorang itu tidak lagi dipercayai oleh masyarakat disebabkan sifat khianat yang telah dilakukannya terhadap sesuatu tanggungjawab yang diberikan kepadanya.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
| Kategori : AKIDAH Akhlak |
| Tajuk : |
| Ciri-ciri Orang Munafik |
| Hadith : |
|
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “.
Riwayat Ahmad
|
Itu bukan aku yang cakap. Tapi Tun Mahathir yang cakap. Boleh lihat di sini.
Semalam aku terbaca Utusan Malaysia sebab berita utama mereka ada nama Nik Aziz. Tok Guru Nik Aziz lebih popular dari Najib Tun Razak hari semalam sebab lebih kurang 3 mukasurat dalam akhbar tu ada nama Tok Guru Nik Aziz. Semua berkisar mengenai kemarahan orang UMNO terhadap Tok Guru Nik Aziz mendoakan kebinasaan Najib Tun Razak dalam hal royalti minyak Kelantan.
Dalam keseronokan pihak akhbar menghentam perbuatan Tok Guru Nik Aziz, Tun Mahathir pula dalam blognya semalam mempersoalkan kredibiliti ilmu pemimpin UMNO peringkat cawangan yang tidak memiliki pelajaran yang tinggi. Malah aku tertarik dengan beberapa perenggan ayat dari beliau:
4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.
5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.
6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.
Haha. Sudah terang lagi bersuluh memperlihatkan bahawa pemimpin UMNO sekarang kebanyakan lebih bodoh kurang terpelajar dari kita yang belajar peringkat Ijazah, Sarjana atau PhD sekali pun. Tun Mahathir cakap seperti itu sebab beliau seorang yang terpelajar, beliau seorang Doktor. Tetapi sayang, generasi UMNO sekarang tidak sepertinya.
Apa yang kita boleh harapkan dari generasi UMNO yang bodoh melantun-lantun kurang terpelajar ini untuk mengemudi Malaysia?. Bak kata ayah aku, “Aku sokong orang yang lebih cerdik dari aku sahaja“. Aku ada Sarjana, maka aku akan sokong orang yang ada Sarjana ke atas sahaja. Tun Mahathir cakap kebanyakan ahli profesional ada dalam PAS, kalau ahli profesional semestinya mempunyai Ijazah ke atas, malah lebih tinggi seperti Tok Guru Nik Aziz dan Haji Hadi Awang yang mempunyai Sarjana. Maka sokongan aku ialah untuk mereka. Kalau Najib Tun Razak pula?, aku pasti dia tidak mempunyai Sarjana, malah Ijazah pun masih diragukan.
UMNO sekarang, buruknya dah sampai berbau satu Malaysia!. Lepas ini tak tahulah jenis manusia bagaimana pula yang menjadi pemimpin UMNO kalau yang ada sekarang dah buruk, akan datang “Lu Pikir Lah Sendiri!“.
Pernah tak anda terfollow satu kereta gempak, siap spoiler, sticker depan, belakang, kiri dan kanan tapi lembab nak mamp*s?
Hari ni, aku ada terfollow kereta macam tu, dalam keadaan jalan double lane, aku beranikan diri lintas kereta tu. Kalau kena saman, Insya Allah aku tak akan menyesal, tapi kalau eksiden… itu lain cerita, aku akan sumpah 7 keturunan pemandu kereta lembab tu walaupun aku tak bertulah. Haha.
Punca kepada traffic jam, kemalangan jalan raya, jalanraya sesak sememangnya berpunca daripada pemandu sebegini. Kerajaan selalu berpesan agar rakyatnya memandu dengan sabar, pandu perlahan, berhati-hati dijalan raya, tapi kalau berhadapan pemandu lembab macam ni, memang tak boleh tahan.
Dalam sebarisan kereta, mungkin pemandu kereta yang dihadapan sekali boleh jadi seorang yang sabar, boleh pandu perlahan, dan berhati-hati dijalan raya, tetapi pemandu-pemandu yang mengikuti dari belakang yang terpaksa berhati-hati agar tak terlanggar kereta hadapan, main break, main clutch nescaya tak dapat menahan sabar dan akan memotong kereta hadapan kalau ada peluang.
Paling sakit hati kalau kereta yang lembab tu sporty macam kereta rally. Spoiler tinggi macam boleh terbang, ekzoz besar boleh masuk kepala kambing, sticker banyak macam ditaja tapi lembab macam siput babi. Kadang-kadang pemandu seperti ini macam suka bila ada kereta lain yang beramai-ramai follow keretanya. Bengap dan bengong.
Itu tak sebut lagi kereta yang penuh dengan bantal, Spiderman dan Pink Panther tersangkut di tingkap dan lain-lain lagi. Pernah tak anda terfikir, apa faedah kita hias kereta tu sebegitu?
Apa faedah spoiler?
Adakah dengan spoiler tinggi menjulang, besar gedabak boleh buat satu kereta itu laju atau terbang?. Aku tak salahkan kalau kereta mereka itu kereta Evo ke, Impreza ke, BMW M3 atau M5 ke, tak apa la juga. Tapi yang paling sedih, kereta tu hanyalah Wira, Saga enjin standard. Hah!.. buang duit sungguh.
Apa faedah sticker?
Kekadang aku tengok ada satu kereta Wira, Waja, Saga, Kancil dan lain-lain kereta Malaysia yang biasa yang letak sticker di pintu, dicermin belakang, cermin depan. Sticker Sparco, Recaro, Toyo, Spoon, RallyART.co.jp, dan macam-macam lagi. Tapi terfikir juga aku, mereka yang tampal sticker ni dapat komisyen atau royalti dari syarikat-syarikat ni?. Jawapannya tak ada satu sen pun syarikat tu banyar pada mereka. Jadi kenapa buang duit tampal benda alah yang tak berfaedah macam tu?.
Apa faedah banyak bantal dalam kereta?
Dah tak mampu sewa rumah ke sampai nak bawa bantal, tilam, teddy bear dalam kereta?. Kekadang tu letak bantal sampai tutup cermin belakang. Itu pasallah tak nampak kereta belakang yang ikut beramai-ramai, langsung tak ada kesedaran sivik.
Ciri-ciri yang aku sebutkan di atas tu sebenarnya memang berkaitan dua buah kereta yang aku terpaksa follow dengan lembab. Hampir 5 kali aku nyaris eksiden kerana nak melintas, tapi aku bersyukur Alhamdulillah tak jadi apa-apa pada aku. Terkeluar juga dari mulut aku sumpah seranah kepada pemandu lembab macam tu. Bak kata kawan aku, Emi (memang nama sebenar), “Orang depan ni main k*te ke sampai naik stim tak boleh bawa laju sikit. 40km/h aje lajunya, sengal nak mamp*s!“. Itu hanyalah sebahagian sumpah seranah kepada pemandu-pemandu lembab macam yang aku ceritakan di atas. Itu tak masuk lagi sumpah seranah orang lain.
Kepada pembaca yang mempunyai kereta-kereta yang sepeti yang aku sebutkan di atas, aku harap anda tak terasa, kalau terasa, itu masalah anda. Bukan masalah aku. Haha. Siapa yang makan cili, dia yang terasa pedas, panas dan hangat…
Setiap hari aku jumpa ramai orang. Kebanyakan mereka adalah prospek aku, baik dari kalangan Melayu, Cina dan India. Sambil aku menjalankan perniagaan, sambil itu juga aku melihat pandangan terhadap kewangan masadepan dari ketiga-tiga bangsa ini. Sehinggalah aku berjumpa dengan seorang prospek yang berbangsa Cina tetapi mengkagumi sistem perancangan kewangan menurut Islam.
Apa yang aku mahu coretkan di sini bukanlah mengenai lelaki Cina ini, tetapi pemikiran beliau mengenai orang Melayu yang beragama Islam. Pada mula perbincangan kami, kami banyak cerita mengenai politik, kewangan semasa, ekonomi, agama dan akhir sekali mengenai minda Melayu. Beliau banyak bertanya daripada menjawab soalan-soalan aku kerana setiap persoalan yang aku tanya disoal kembali kepada aku. Kadang-kadang agak keliru, tapi aku faham.
Satu soalan yang dia tanya, “Selama you buat takaful ni, berapa Melayu yang cakap tak da duit mau simpan dalam takaful?“, aku jawab dengan sejujurnya, “Bleh tahan gak la. Bila ajak sertai takaful, masing-masing kata tak ada duit. Nak raya lah, anak nak sekolah la, minggu depan la… last-last cancel“. Dia kata lagi, “Orang Melayu ni baik, cerdik and they have a lot of money, but many of them, they soooooo stupid!. I don’t want to insult you, but that the truth!“. Memang terkejut bila aku dengar. Mendidih darah kerana marah bila diselar sebegitu.
“I’m sorry la sebab I cakap macam tu, but when you see lot of Chinese shop yang jual handphone, casing handphone, benda-benda bodoh macam spongebob, dragonball that they put at their phone is useless. But the buyer is Malay also they were Muslim. I thought they have a lot of money instead bought that useless thing. But when it come to saving for future, education they keep saying – just borrow. I thought that Islam thought you to settle your debt sebelum mati kan?“. Memang terdiam bila aku dengar apa yang dia cakap. Sedangkan dia Cina bukan Islam pun tahu kena langsaikan hutang sebelum mati. Dan aku sendiri pun masih ada hutang lagi.
Kata lelaki Cina ini lagi, “Dulu I pernah juga jadi insurans agent, but not too long la sebab after my father meninggal, I jaga dia punya bisnes. Tapi yang bagusnya, bila dia mati, insurans bagi kita sekeluarga RM 500,000 for the coverage. You ingat kita boleh ada modal buka bisnes ka kalau tak da duit?. Duit coverage inilah yang bagi kita modal for open the business and of course to bayar hutang…. You ni kira bagus la sebab buat ini kerja, my Ustaz tell me that doing takaful also part of dakwah. You do takaful halal, insurans haram“. Aku tergamam sekali lagi. Cina ini pun ada ustaz juga? malah dia tahu pasal dakwah? Aku hanya pandang dia tergamam dan dia pandang aku tersenyum.
Apa yang dia cakap itu memang benar. Aku tak tahu apa niat dia, tapi dia telah mengajar aku bagaimana cara untuk aku bagi anak-anak aku mempunyai duit seperti dia bila aku mati kelak dan yang paling penting cara untuk aku langsaikan hutang aku andaikata aku tak sempat untuk langsaikannya.
Banyak lagi yang dia cakap. Semuanya memang masuk akal, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan mati. Tapi dia paling suka bila Islam ajar untuk buat faraid, wasiat, takaful dan zakat. Semua cerita pasal duit. Kata dia lagi, “You are Muslim should proud dengan you punya agama. Sebab Islam teach you everything from head to toe to grave yard. Kita punya agama tak ajar itu semua. Islam sudah ada sistem, tapi you orang tak guna. Rugi“.
Peristiwa ini membuat aku terfikir sejenak. Terkelu lidah. Tergamam dan banyak ter, ter, ter lagi… Apa yang ingin aku sampaikan bukan hanya bacaan semata-mata, tetapi kalau tak ada sesiapa yang sokong sistem Islam, siapa lagi yang kita mahu harapakan. Hanya kita.
Pagi tadi dalam kereta, sementara menunggu mesyuarat bermula, aku mendengar Hot Chat dari Hot FM, DJ Faizal Ismail dan Azhar Sulaiman yang menggantikan Fara Fauzana. Hot Chat ini sebenarnya aku tak tahu apa tajuknya, tetapi yang jelas ia mengenai perilaku murid dan guru di sekolah.
Aku tak mahu komen mengenai keseluruhan sesi itu, tetapi ada satu panggilan yang menarik perhatian aku yang berbunyi lebih kurang begini:
“Makcik memang ada pengalaman pedih, yang mana peristiwa ini pernah masuk satu majalah mengenai anak makcik yang menjadi mangsa buli tetapi sebaliknya apa yang berlaku anak makcik dipandang serong oleh guru-guru. Sebagai guru, mereka tidak boleh berfikiran negatif kerana mereka adalah pendidik. Mereka menerima latihan untuk menjadi pendidik bukan seperti ibubapa yang tidak menerima latihan itu. Itu yang makcik kesalkan sekarang“
Begitulah kata makcik tersebut dalam radio pagi tadi. Pada mulanya aku tiada nak komen apa-apa mengenai soal ini. Tetapi Hot FM berulang kali memainkan panggilan ini menyebabkan aku terpanggil untuk menulis artikel ini. Mungkin ibubapa dan guru yang membaca artikel ini akan terasa marah, tetapi aku tak kisah.
Secara jujurnya aku dibesarkan dalam satu keluarga yang dipenuhi dengan para guru-guru. Hidup aku biasa mendengar cerita itu, cerita ini mengenai murid jahat, nakal, baik, cerdik, alim, bijak dan lain-lain lagi. Pada aku ia sudah menjadi sebahagian dari darah daging aku. Cumanya aku tak ikut jejak langkah itu. Tapi tak bermaksud aku tak tahu mengenai dunia guru ini.
Aku sebenarnya kadang-kadang naik muak apabila mendengar ada ibubapa yang serang guru-guru kerana merotan anak-anak mereka. Itu tak masuk samanlah, gores kereta cikgulah, tunggu cikgu tepi jalanlah, dan macam-macam lagi. Bila ada ibubapa yang menyalahkan guru dalam masalah disiplin anak-anak mereka, maka sangat jelas bahawa ibubapa itulah yang menjadikan anak mereka sedemikian. Kerana aku percaya pendidikan awal bermula dari rumah.
Pepatah Melayu banyak menekan aspek hubungan anak dan ibubapa seperti “Tidak jatuh kuah kalau bukan ke nasi“, “Bapa borek, anak rintik“, malah dalam Islam sendiri mengajar kita untuk mencorak anak kita sendiri. Begitu rapatnya hubungan antara ibubapa dan anak. Tetapi kebanyakan dari kita tak sedar tentang hakikat ini, kebanyakan ibubapa banyak menuding jari ke arah guru apabila terjadi sesuatu kepada anak mereka. Satu sekolah mempunyai lebih kurang 500-1,000 orang murid, dan dikawal oleh 15-30 orang guru, dan ibubapa pula yang hanya mengawal 1-3 orang anak masih lagi menyalahkan guru jika anak mereka menjadi nakal atau jahat. Di mana letaknya integriti seorang ibu dan bapa? Dan persoalan sekarang ini adakah isu pendidikan anak itu perlu dipenuhi oleh guru sahaja?.
Secara pengetahuan am yang aku faham, guru adalah pendidik bahagian akademik anak muridnya, manakala ibubapa pula adalah pendidik bahagian keperibadian (sahsiah) anak-anak mereka. Pada aku ini adalah imbangan yang sesuai untuk aku gambarkan kepada kita mengenai tanggungjawab kependidikan anak-anak. Apa yang guru-guru boleh buat untuk membantu ibubapa ialah nasihat dan hukuman (mengikut undang-undang sekolah) jikalau ia melibatkan disiplin yang teruk. Tetapi apa yang berlaku sekarang ini, apabila anak-anak itu dihukum oleh guru-guru, maka guru-guru itu pula yang menjadi mangsa.
Ayah aku yang seorang guru, pernah jadi Pengetua sebelum jadi Guru Cemerlang berkata, “Tanggungjawab guru terhadap anak muridnya hanyalah terhad di dalam pagar kawasan sekolah. Apabila murid itu keluar dari sekolah, maka itu bukan lagi tanggungjawab guru“. Jelas dan telus. Itu sahaja yang aku dapat gambarkan. Masalah luar sekolah adalah masalah ibubapa dan kadang kala anak-anak ini sanggup menyalahkan sekolah dan guru-guru (dalam erti kata lain menipu) apabila ibubapa mendapati anak-anak mereka lebam sana, lebam sini sedangkan masalah itu berlaku luar sekolah. Tetapi bagi memastikan mereka (anak-anak) dipandang baik oleh ibubapa mereka, maka sekali lagi sekolah dan guru menjadi mangsa. Filem Anakku Sazali, arahan dan lakonan Allahyarham P. Ramlee sudah menceritakan perkara ini. Jangan terlalu percaya pada anak, nanti kita yang rugi.
Bagi para guru pula, maksud menjadi seorang pendidik itu luas maknanya. Waktu ini aku banyak melihat ramai dikalangan guru-guru menjadikan kerjaya ini sebagai pilihan terakhir dan satu kerjaya yang relaks tetapi boleh dapat duit. Walaupun tak semua begitu, tetapi modal inilah yang akan merosakkan nama guru-guru. Pada aku guru ini penuh dengan integriti, amanah, tabligh (penyampai) untuk memberi ilmu yang baik kepada anak muridnya. Dan ilmu inilah yang akan mejadikan mereka (murid) ini berjaya dalam hidup.
Walaupun dalam artikel ini aku banyak tekankan tanggungjawab ibubapa, tak bermaksud guru tidak penting. Guru banyak main peranan yang mengikut situasi, tetapi ianya tak sama dengan ibubapa. Itulah sebabnya aku banyak tekankan peranan ibubapa kerana aku juga sedang menerusi alam ke-ibubapa-an ini. Apa yang aku lakukan ialah mengikut apa yang ibubapa aku lakukan atas aku dulu, dan aku rasa ia satu cara yang baik. Maka tidak salah kalau aku mengambil cara yang sama.
Pandapat aku, kependidikan anak-anak ini perlu melihat kepada peredaran masa, tetapi tak semua. Mana yang perlu dimarah, kita marah. Mana yang perlu kita rotan , kita rotan. Mana yang perlu kita pupuk, kita pupuk. Mana yang perlu kita belajar, kita pelajari. Yang penting kita tahu anak itu amanah Allah S.W.T kepada kita dan kita sendiri yang mencorakkannya, bukan guru, bukan Guru Besar, bukan Pengetua, dan jauh sekali bukan juga tukang kebun sekolah.
Dalam aku belajar dan mengajar mengenai perancangan kewangan Islam kepada rakan dan kenalan, masih lagi ada yang lari dan memberikan alasan-alasan yang hebat tapi habat. Bukannya aku meminta wang atau pertolongan, tetapi aku meminta mereka mendengar dan mengambil iktibar dari apa yang aku ingin sampaikan.
Pasti anda setuju bahawa wang bukan segalanya, dan sesungguhnya wang bukan penentu kepada kebagiaan, tetapi kenapa Allah S.W.T banyak menyebut mengenai zakat dan sedeqah dalam Al-Quran?. Menurut Shiekh Yusof Al-Qardhawi, terdapat 27 ayat-ayat dalam Al-Quran menceritakan bahawa zakat itu penting selepas solat. Malah sistem kiraan faraid juga diceritakan oleh Allah S.W.T dalam Al-Quran, tetapi tidak diceritakan pula cara-cara menunaikan solat di dalam Al-Quran. Persoalannya sekarang ini adakah wang itu penting?
Malangnya kita orang Melayu yang menganut agama Islam tidak mempraktikkan dan memandang enteng mengenai soal wang, baik semasa hidup ataupun sesudah mati. Kata orang, harta tak boleh di bawa mati. Tapi kata aku bahawa harta itu boleh di bawa mati. Malah harta itu juga akan membantu kita di alam kubur kelak. Masakan Hadis Rasulullah menyatakan bahawa apabila kita mati, terputus perkara dunia kecuali 3 perkara iaitu:
1. Harta yang disedeqahkan ke jalan Allah
2. Ilmu yang bermanfaat
3. Doa anak yang soleh
Jadi? Apa alasan kita kali ini bagi membincang perancangan kewangan untuk masa hadapan?
Biasanya dikalangan kita, apabila datangnya wakil takaful, wakil unit amanah atau perunding kewangan, meraka akan bertempiaran lari. Alasan yang biasa kita dengar ialah “Tak apalah, aku tak ada duit lagi“, “Tak apalah, nantilah“, “Tak apalah, nanti bincang dengan isteri dulu“, “Tak apalah itu“, “Tak apalah ini“. Apa yang mahu ditakutkan. Apa yang mereka (wakil-wakil) ini ingin buat adalah untuk kebaikan kita.
Di mana Al-Falah yang kita mahu selama ini?
Dalam aku menjadi perancang kewangan Islam, apa yang aku tekankan ialah keadaan kewangan (financial condition) kita pada masa hadapan, sesudah mati dan juga bekalan untuk keluarga jika kita mati awal. Mungkin persoalan ini boleh membuka minta kita untuk menyedarkan kita apa yang kita kadang-kadang tertinggal:
APA YANG KITA TINGGALKAN UNTUK KELUARGA KITA JIKA KITA MATI ESOK?
WANG atau HUTANG
Aku sendiri juga pernah menyoal diri aku perkara yang sama. Takut dan sedih juga ada, malah lebih malang lagi, kita hanya mengetahui tarikh lahir kita, tetapi tidak mengetahui tarikh mati kita?. Masih lagikah perancangan kewangan tidak penting? Dan yang paling ironi ialah apabila kita memandang sebelah mata mengenai wang sedangkan kita hari-hari bekerja awal pagi balik petang kerana inginkan wang. Tidakkah itu sesuatu perkara yang ganjil?
Apa yang aku jelaskan di sini bukanlah sesuatu yang baru. Perkara ini telah lama diperkatakan, sediakan payung sebelum hujan, bukannya lari dari hujan kerana hujan itu rahmat dan berkat yang perlu kita ambil.
Pernah dapat klip 3gp tentang seorang mamat yang disuruh jadi imam solat subuh, tapi tak tahu baca doa qunut. Kawan si mamat tersebut mengajar doa qunut ada 2 jenis, iaitu qunut panjang dan qunut pendek. Qunut panjang dibaca “Qunuuuuuuuuuuuttt“, manakala qunut pendek dibaca “qunut!“. Maka terbahak-bahaklah kita ketawa kerana dek kejahilan dua mamat yang cetek ilmu agama ini.
Sebenarnya klip 3gp tu menayangkan banyak lagi adegan-adegan cetek ilmu agama dari dua mamat tersebut. Cuma yang penting yang aku mahu tekankan di sini ialah, adakah klip-klip 3gp seperti ini sebagai bahan lawak atau satu persendaan kepada orang Islam atau nasihat supaya kita dilengkapi dengan ilmu agama yang cukup?.
Memang banyak klip-klip seperti ini, tak susah nak cari, pergi YouTube pun boleh jumpa. Tapi adakah kita sedar dengan kemungkinan ini seperti mempersenda kita sebagai umat Islam. Tapi dilihat dari perspektif yang lain, ia menunjukkan dan menasihat kita umat Islam supaya tidak lupa akan agama.
Tetapi… perlukah cari ini digunakan. Dari nasihat menjadi bahan jenaka yang di “foward” melalui bluetooth dan terus di”upload” ke YouTube untuk tontonan umum tanpa mengira agama, bangsa dan negara.
Apakah pandangan penganut agama yang lain apabila melihat klip-klip ini?
Mungkinkah kita perlu melihat ini dari sudut yang positif? Tapi manakah sudut positif, dan yang manakah sudut negatif itu?
Mungkin hanya kita sendiri yang perlu tapis dan mengkaji apa yang terbaik untuk kita.





